Apabila ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI Di Dalam Bilik Air

APABILA ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI DI DALAM BILIK AIR
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Pengalaman sebenar! Pertama kali sepanjang bergelar ibu dan kalau boleh biarlah kisah apabila anak terkunci diri sendiri di dalam bilik air ni menjadi yang terakhir. Panic attack, panic moment segala jenis panic yang keluar pagi Jumaat yang sejuk lagi sedap tarik selimut tau! Crying face… Sedangkan, pintu bilik air di rumah Kak Fa tu, memang senantiasa ditutup jer jika tidak ada sesiapa yang menggunakan. Memandangkan dah besar, dah bebas lampin pakai buang, dah tinggi dan boleh capai – Makanya, dah pandai pulas pintu bilik air sendiri. Sebelum-sebelum ni, anak Kak Fa tak pernah pun memandai-mandai sendiri nak masuk bilik air sendiri. Pagi tadi, nak dijadikan cerita sebab dah tertulis nak jadi kan? Jadi juga insiden selama lebih kurang 10 minit.

Asal kejadian, pada waktu tu lebih kurang dalam pukul 7.30 pagi. Kak Fa baru jer lepas mandikan Firash dan nak siapkan dia untuk ke sekolah. Sewaktu Kak Fa tengah buka almari nak ambil baju seragam sekolah dia, Kak Fa tak perasan yang dia senyap-senyap buka pintu bilik air dan masuk dalam bilik air sendiri kemudian tutup pintu dari dalam. Mencarilah Kak Fa sekeliling rumah… Firash…Firash… Terpanggil-panggil Mommy kau ni nak! Hu hu hu…. Kot ya nak main hide and seek pun… Janganlah bagi jantung Mommy ni luruh! Sick smile… Tanya nenek dia, nenek dia kata tak perasan. Kemudian, Kak Fa terdengar bunyi kunci pintu seperti sedang cuba dipulas dari dalam bilik air. Kak Fa pun pergilah ke pintu bilik air tu dan cuba nak buka. Tak boleh! Sah terkunci dari dalam ni! Dahlah pintu bilik air tu memang jenis yang tak ada kunci. Hanya boleh lock dari dalam jer. Aduhhh!

Firash dekat dalam, mula-mula ok. Bila dia sedar yang pintu bilik air tu tak boleh dibuka dari luar… Dah mula teriak dah! Crying faceLangkah pertama: Tenangkan si anak supaya dia jangan panik walaupun mak dia tengah panik. Open-mouthed smile Ha ha ha… Dok pujuk dan pujuk suruh dia berundur ke belakang sebab konon-kononnya Mommy dia nak rempuh pintu. Nak jadi kuat kononnya walaupun tak adalah kuat mana pun! Dah tu? Dah pulas-pulas pintu bilik air tu tak boleh juga nak buka? Nak buat macam mana? Kena ambush jer lah kot? Lagipun pada waktu dan ketika itu tak ada sesiapa lagi di rumah kecuali Kak Fa dan juga nenek dia. Mujur Firash jenis cepat tenang juga kalau dengar Mommy pujuk (kalau kena pada cara dan gaya pujuk).

Sampai sakit jugak kaki dan badan Kak Fa ni tendang pintu bilik air tu. Tak nak juga terbuka. Alahaiii… Sick smile… Dari tenang kat dalam tu dah mula kedengaran tangisan dan dah mula… “Mommy… open… Mommy…help…”… Berulang-ulang kali dia bercakap minta tolong sambil menangis. Kesian anak Mommy. Itulah, siapa suruh main bilik air? Mommy tak suruh pun… Firash… Firash… Ok tenang Mommy tenang… Jangan panik Mommy… Think of the smartest way to solve this.

Langkah kedua: Ambil tukul besi. Itu dah kira last resort dah tu pada Kak Fa. Ambil tukul besi dan pecahkan tombol pintu! Itu jerlah caranya yang Kak Fa boleh fikir dan mampu fikir pada waktu tu. Sebelum nak hentak tombol pintu tu dengan tukul besi, sempat lagi What’s App pada boss tu, beritahu – “Salam. Morning boss. Saya lewat masuk office sikit pagi ni. Anak saya terkunci dalam bilik air.”. Mujurlah boss jenis memahami keadaan. Jawapannya… “Ok, jangan lewat sangat ya.”… He he he… Open-mouthed smile… Saya pun tak nak lewat sangat lepaskan anak saya yang terkurung tu boss. Kak Fa keep on pujuk Firash dan ingatkan dia jangan buat itu, jangan buat ini dalam bilik air tu. Iyalah, faham-faham jerlah kan? Bila budak terkurung dalam bilik air, open to many risks. Kita tak naklah jadi hal lain pula. Akhirnya dengan sekuat hati, Kak Fa hentak tombol pintu bilik air tu sebanyak 3 kali dan jatuhlah tombol pintu bilik air tu. Tak apa, pintu bilik air “jahanam” boleh digantikan kembali. Anak tu lebih penting! Itulah intan, itulah nyawa, itulah payung oiii… Sorang jer… Tak ada dua, tiga lagi oiii….

Terbuka jer pintu, terus dia terkam Mommy dia. Kak Fa terus pujuk dan tenangkan Firash. Lama juga dia berdakap dengan Kak Fa tak nak lepas. Sambil-sambil tu, bebel jugalah pada dia. Kenapa Firash main bilik air? Firash kan tak pernah main bilik air? Kenapa kunci dari dalam? Haaa…tulah kan dah tak boleh buka. Next time, jangan buat lagi ok? – Kata orang tak kena tak tau, dah kena baru tau. Tapi dalam masa yang sama, buatkan Kak Fa alert tentang anak yang sudah semakin panjang akal juga. Alert Kak Fa kepada kemungkinan-kemungkinan yang macam ni. Dok ingatkan diri lagi sampai saat menaip entri ni supaya kejadian seumpama ini tak berulang lagi. Firash oh Firash.

Terus sibuk nak ambil tau tentang tombol pembuka pintu tersekat dari dalam… Supaya dapat mengelakkan terjadinya perkara seumpama ini. Dah kena baru tau kan? Hu hu hu… Sad smile… Tips tombol pintu terkunci dari dalam yang Kak Fa dapat dari sumber dari Facebook:

APABILA ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI DI DALAM BILIK AIR (2)

APABILA ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI DI DALAM BILIK AIR (3)

Tu satu… Untuk mengelakkan pula ada beberapa cara yang boleh Kak Fa dan ibu bapa semua lakukan seperti tips elakkan anak terkunci dari dalam bilik air atau mana-mana bilik:

Gunakan Masking Tape Atau Cellaphone Tape Pada Semua Pintu

APABILA ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI DI DALAM BILIK AIR (4)
Kredit: Sumber dari Google

Lepas ni semua pintu Kak Fa akan buat macam ni. Dah terjadi sekali, lantaklah nampak buruk ke apa ke? Janji Firash tak terkunci dari dalam lagi. Cukuplah sekali ni jer.

Gunakan Getah Pada Pintu

APABILA ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI DI DALAM BILIK AIR (5)
Kredit: Sumber dari Google

Buat macam ni pada pintu. Supaya tak terkunci dari dalam. Boleh juga kan? Kalau nak cantik sikit. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Gunakan Plaster

APABILA ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI DI DALAM BILIK AIR (6)
Kredit: Sumber dari Google

Gunakan plaster yang balut luka pada pintu seperti gambar di atas pun ok juga ni. At least, cantik juga! Hu hu hu…

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga masalah terkunci dalam bilik air. Cuma lepas ni nak kena fikir nak mengganti pintu bilik air tu pulak. Sebab Kak Fa yang tembun ni punya tendang dan ambush, sampai pecah surface pintu bilik air tu. Memang tak boleh guna lagi dah. Tempat tombol kunci pun dah “koyak” teruk. Tapi nanti-nantilah ganti tu… Dulukan yang mana yang utama dulu. Moga-moga lepas ni tak terjadi lagi kejadian seumpama ini dan moga-moga Firash dah learnt the lesson of being locked up alone inside a room dan takkan ulang lagi acah-acah nak duduk dalam bilik sorang-sorang sendiri. Sick smile

*Tak pernah-pernah pun dia main macam tu... Pagi ni boleh pula dia nak main macam tu... Tapi benda dah nak jadi kan? Nak cakap pun cam tak boleh nak cakap apa lagi dah... Hurmmm... Mommy lah kena hati-hati dan alert lebih lagi lepas ni supaya tak berulang kejadian seumpama ini. 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apabila ANAK TERKUNCI DIRI SENDIRI Di Dalam Bilik Air, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, November 3, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia