Apa Nak Buat Selepas Memarahi Anak?

APA NAK BUAT SELEPAS MEMARAHI ANAK
Kredit: Gambar diubahsuai dari Google

Mak…Oh…Mak…Mana mak-mak semua ni? Open-mouthed smile… Bidang memarahi anak adalah salah satu bidang mak-mak kan? Smile with tongue out… Bila kesabaran teruji, bila semakin menjadi-jadi, bila rasa macam dah banyak sangat santan yang belum diperah pada anak tu – marah anak adalah salah satu perkara yang tak boleh lari dari kehidupan seorang ibu. Kak Fa mengaku yang Kak Fa bukannya seorang ibu yang lemah-lembut dan takkan marah anak. Kalau tidak takkanlah sampai meleleh air mata anak Kak Fa kena marah dengan Kak Fa? Kannn… Bukti boleh tengok dalam gambar yang Kak Fa paparkan di bawah. Meleleh air mata anak Kak Fa kena marah dengan Kak Fa. Yang berbezanya adalah cara seseorang ibu memarahi anak-anak mereka. Setiap ibu ada cara mereka yang tersendiri. Ada parenting style masing-masing. Kak Fa marah tapi Kak Fa tak memetir ataupun rotan ikut sesuka hati ataupun pukul anak sesuka hati. Alhamdulillah, marah Kak Fa masih berhemah… Open-mouthed smile… Masih waras lagilah walaupun sedang marah. Cumanya… Apa nak buat selepas memarahi anak?

Tenangkan Diri

Bila masa kita memarahi anak, dah terlepas marah, tertinggi suara dari kebiasaannya dan bermacam-macam jenis “ter” itu, bukan sebab semata nak marah anak sebab buat ragam jer… Kadang-kadang tu, faktornya datang dari diri kita sendiri. Kita mungkin rasa letih sangat nak kendalikan emosi diri kita sendiri dan dalam masa yang sama terkesan pula dengan sikap dan ragam anak-anak. Lama-lama bila dah hilang kesabaran terkeluarlah rasa marah dengan sikap anak bercampur-baur dengan emosi kita yang tak stabil. Lepas termarah, timbul pula rasa sedih, bersalah dan macam-macam lagilah. Makanya, apa yang Kak Fa buat adalah, Kak Fa asingkan diri sekejap dari anak Kak Fa dan ambil sedikit masa untuk tenangkan dan stabilkan emosi Kak Fa sendiri dulu. Dalam hal ni, Mama Kak Fa akan bantu Kak Fa untuk kendalikan anak Kak Fa seketika sementara Kak Fa stabilkan diri Kak Fa. Dari satu perspektif, sebenarnya bagus sebab secara tak langsung anak-anak belajar dari kita yang bila marah sangat, take five untuk bagi laluan pada diri untuk tenang dan berfikir. Secara tak langsung, kita juga dah tunjukkan pada anak-anak untuk ikut bagaimana cara nak kawal rasa marah.

Minta Maaf

Lepas dah cool down, Kak Fa akan minta maaf pada anak Kak Fa. Walaupun terlalu kecil untuk memahami perkataan maaf tu dan boleh tahan juga dia punya merajuk tu. Hu hu hu… Sick smile Bukan senang nak pujuk anak bujang yang seorang tu. Dok sibuklah Mommy dia cakap… “I’m sorry Firash”… Dia boleh jawab “No”… Dah Mommy pula kena bagi masa pada dia cool down. Haaa…Kannn? Anak-anak sekarang? Walaupun kecil lagi tapi dah faham sesiapa yang menyakiti hati mereka. Mintalah maaf sampai anak maafkan. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Macam-macam caralah Kak Fa nak minta kemaafan dari si anak kecil yang bakal berusia 4 tahun tu. Bukan senang oiii! Tapi tak lama. Kenapa perlu meminta maaf dari anak walaupun hakikatnya anak ada kesilapan mereka yang tersendiri? Sebab, bila kita meminta maaf dari anak, anak akan belajar bahawa kita sebagai manusia semuanya tak lari dari khilaf dan tak lari dari melakukan kesilapan. Biarpun siapa kita, status kita – kita tetap seorang manusia yang tidak boleh lari dari khilaf. Ada masanya sebagai manusia, kita buat keputusan dan tindakan yang salah, namun kita bertanggungjawab di atas setiap tindakan kita dan kita harus berani untuk meminta maaf.

Jelaskan Kepada Anak

Here comes the storytelling session! Ada ketika kita perlu jelaskan kepada anak, kenapa kita marah? Kenapa kita terhilang kawalan dan sebagainya. Sebabnya kita tak boleh expect yang anak akan faham, kita letih, kita penat, kita ada masalah besar, kita tengah tak larat, kita tengah tahan sakit, kita tengah apa-apa pun sekali! Anak kecil biasanya tak akan faham. Jadi sebagai ibu kita kena jelaskan dengan cara yang paling berhemah dan terangkan yang kita akan cuba untuk perbaikinya selepas dari itu.

Connect Dengan Anak

Parenting Tantrum:

Parenting tantrum ini adalah diibaratkan sebagai satu signal sebenarnya untuk beritahu bahawa kita kurang connection dengan anak. Anak meragam, anak buat hal, anak banyak kerenah. Semua sebab anak hanya nak tarik perhatian kita untuk spend time dan layan mereka. Hanya mereka. Makanya, rapatkan hubungan dengan anak terutama selepas termarah tertinggi suara. Itu juga satu petanda pada anak untuk beritahu yang kita dah tak marah pada mereka lagi. Dan percayalah, bila kita mula rapatkan hubungan dengan anak, layan mereka lebih bila mereka perlukan, spend time dengan mereka, secara tak langsung anak-anak akan lebih mudah mendengar kata kita, tak banyak ragam dan kerenah. Semuanya akan nampak smooth sangat selepas itu.

Maafkan Diri Sendiri

Parenting sesungguhnya bukan satu perjalanan yang mudah semudah sebutannya. Ada ketikanya kita dihimpit oleh pelbagai tekanan, ada masanya kita rasa mudah sangat nak atasi semua benda. Itu perkara normal. Semua daripada kalangan kita-kita ni pun masih di dalam pelajaran untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak masing-masing. Bukan mudah untuk membina kesempurnaan. Maafkanlah diri sendiri atas kesilapan dan bertekadlah untuk tidak mengulanginya lagi. Setiap satu kesilapan yang kita lakukan sebagai manusia pasti selepas itu meninggalkan satu pengajaran untuk kita pelajari.

Kak Fa marah anak Kak Fa semalam bila dia meragam dan buat perangai pukul-pukul Kak Fa disebabkan Kak Fa detoks gajet pada dia. Tentang detoks gajet ni, nanti Kak Fa ceritakan. Memang on and off Kak Fa detoks gajet. Tapi menjadi-jadi pula santannya bila Kak Fa buat keras tak nak bagi gajet malam semalam. Memang Kak Fa kawal gajet dan ada jadual gajet…Cuma semalam dia emosi terlebih dan Kak Fa pun emosi. Kak Fa marah dia… Lama juga nak pujuk… Lepas agak-agak sejam baru dia nak ok dengan Kak Fa. Kak Fa marah bukan sebab Kak Fa tak sayang… Sebab Kak Fa sayang… Next year dah 5 years… Kak Fa memang kena lebih serius detoks gajet pada anak Kak Fa… Dari peruntukkan jadual waktu gajet yang ada sekarang, Kak Fa kurangkan lagi… Biasalah… Kali pertama dikurangkan lagi catuan itu… Memang agak meragamlah… Kak Fa pula tengah pening dan tak stabil banyak perkara… Tu yang jadi insiden malam semalam… Cumanya… apa Kak Fa buat malam semalam untuk kebaikan anak Kak Fa juga…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apa Nak Buat Selepas Memarahi Anak?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 7, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia