Tips Tinggalkan Anak Di Dalam Kenderaan

TIPS TINGGALKAN ANAK DI DALAM KENDERAAN

Dedikasi khas buat ibu-ibu yang sentiasa memandu seorang diri bersama anak-anak. Dedikasi khas buat ibu-ibu yang terpaksa memandu sendirian berhad tanpa kehadiran pasangan most of the time. Terbaru Kak Fa terbaca mengenai dua orang kanak-kanak yang berusia 3 dan juga 5 tahun yang telah dilarikan oleh penyamun yang menyamun kereta ibu mereka di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di Johor Bahru. Dikatakan ibu kanak-kanak yang terlibat cuma nak mengambil payung dari bonet kereta sahaja kerana hari hujan bila sampai di perkarangan rumah. Tapi tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam kenderaan wanita yang berkenaan di mana anak-anaknya wanita itu masih berada di dalam kereta. Mujurlah dah jumpa kembali dalam keadaan selamat… Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar… Gugur jantung! Kadang-kadang tu, bukannya kita memilih hendak bersendirian, tetapi kadang-kadang tu terpaksa ya tak? Ada masa-masa terpaksa tinggalkan anak di dalam kenderaan sendirian disebabkan kita ada urusan lain… Sedikit tips tinggalkan anak di dalam kenderaan buat mommies.

Kak Fa adalah orang yang paling sukar nak melepaskan anak dalam apa jua keadaan sekalipun. Berat hati! Nak tinggalkan dia dalam kenderaan sendirian pun…Kak Fa takkan sesekali sanggup walaupun waktu tu Kak Fa kejar masa what so not. Kak Fa lebih rela kena marah, orang pandang serong atau orang cakap bukan-bukan belakang Kak Fa rather than Kak Fa tinggalkan anak Kak Fa sendirian di dalam kenderaan. Kak Fa sanggup ambil semua consequences yang kesannya terkena pada Kak Fa daripada biarkan anak Kak Fa sendirian di dalam kenderaan. Biarlah Kak Fa kena marah, biarlah orang nak pandang serong pada Kak Fa, biarlah orang nak berkata Kak Fa macam-macam di belakang… Yang paling utama adalah keselamatan si anak. Itu yang utama. Kak Fa tak nak menangis tak berlagu kemudian. Biar menangis sekarang dari menangis kemudian.

Tinggalkan anak hanya sekejap dan sekejap itu jugalah tidak mustahil macam-macam boleh berlaku pada anak. Nak salahkan siapa jika ada penjenayah melarikan kereta atau berlaku kemalangan yang tidak terjangka? Pastinya bukan salah si anak kecil yang ditinggalkan di dalam kereta bukan? Cubalah sebaik mungkin untuk tidak meninggalkan anak di dalam kereta sendiri. Hatta cuma nak membayar caj petrol di stesen petrol sekalipun. Kak Fa sanggup susah payah unbuckle baby car seat dan dukung sambil herot-berot anak Kak Fa yang “semangat” juga tu dari tinggalkan dia di dalam kereta sendirian. Paling-paling tidak pun, Kak Fa akan isi petrol siap-siap sebelum membawa anak Kak Fa keluar.

Cumanya, masalah setiap individu berbeza dan kita takkan tahu. Dalam keadaan terdesak, sememangnya ibu bapa terpaksa juga nak tak nak tinggalkan anak sendiri di dalam kenderaan atas beberapa faktor. Setiap orang punya alasan yang tersendiri kan? Untuk pastikan semuanya selamat mungkin ibu-ibu boleh mencuba untuk mengikuti tips yang disarankan oleh artikel melalui pautan di SINI:

  1. Jika nak tinggalkan anak, biarkan cermin kereta sedikit terbuka. Matikan enjin serta penyaman udara. Kunci semua pintu dan jangan pula tinggalkan lama-lama.
  2. Kalau dapat, bawalah seorang penjaga. Tak kisahlah sesiapa yang boleh jaga anak ketika kita nak keluar sekejap untuk urusan kita tu. Jika tidak ada sesiapa yang temankan, lebih baik dukung saja dan bawalah anak bersama biarpun rasa susah sedikit.
  3. Jangan amalkan sikap bertawakal sahaja. Jika terlampau yakin memang boleh membawa padah. Kalau nak bertawakal pun, perlu juga ada disiplinnya, bukan tawakal begitu sahaja. Kita perlu juga berusaha mengambil dan menyediakan langkah-langkah keselamatan sebelum menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Tapi seelok-eloknya tak payahlah tinggalkan oiii…. Kak Fa tak berapa nak berkenan idea meninggalkan anak di dalam kenderaan walaupun sekejap sahaja. Jangan! Kalau boleh jangan! Jangan ya? Hu hu hu…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Tinggalkan Anak Di Dalam Kenderaan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 17, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Terima kasih untuk tips kak. No 1 tu ada juga buat time isi minyak. Cuma kena cari pump yang dekat dengan kaunter. And make sure handphone kena bawa sekali.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia