Tips Atasi Anak Echolalia Atau Suka Ulang Cakap

Tips Atasi Anak Echolalia Atau Suka Ulang Cakap
Kredit: Sumber dari Google

Bila kita kata “Firash dah makan?”… Kadang-kadang dia jawab “Tak nak makan!”… Ada masa-masa dia tak jawab, dia akan ulang kembali “Firash dah makan?”… Bila kita kata “Firash main train?”… Bila loyar buruk dia sampai, dia akan ulang cakap kita “Mommy main train?”. Ada masa-masa dia akan ulang kembali “Firash main train?”… Rasa nak ketawa sebab geli hati bila anak Kak Fa sesekali suka mengulang semula cakap / soalan yang Kak Fa tanyakan pun ada. Sindrom anak-anak yang akan mengikut semula kata-kata kita. Comel kan? Tapi… Jangan biarkan ya? Sebab kalau dibiarkan anak akan mempunyai masalah kefahaman yang berpanjangan atau kelemahan memahami bahasa yang dikenali sebagai Echolalia (ulang semula). Jangan biarkan! Tapi bantu mereka perbaiki masalah ini… Bagaimana? Ini ada sedikit tips atasi anak echolalia atau suka ulang cakap.

Kak Fa jadi concern… Bila Kak Fa notice sesekali Firash akan ulang semula apa yang Kak Fa cakap. Atas sebab concern tu, Kak Fa gigih cari gali segala maklumat tentang anak suka ulang cakap dan jujur Kak Fa akui, tak banyak artikel yang Kak Fa Google dapat membantu… Hanya satu jer yang Kak Fa jumpa yang betul-betul precise and compact melalui artikel di SINI. Menurut artikel tersebut, Puan Iffah Rashida, Speech and Language Therapist di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia berkongsi cara untuk mengatasi masalah ini di kalangan anak-anak yang berusia 1 sehingga 2 tahun.

Echolalia Atau Ulang Semula

Echolalia bermaksud perkataan yang diulang semula selepas sesuatu perkataan atau ayat didengari. Echolalia (atau ulang semula) ini adalah normal bagi kanak-kanak berumur 1 hingga 2 tahun ke atas. Pada umur 3 tahun, pengulangan semula ini akan semakin berkurangan.

Contohnya:

Ibu : adik nak makan
Anak: adik nak makan.

Pengulangan ini bagus kerana ia memberikan peluang untuk anak menggunakan/ikut contoh ayat yang diberi.

Echolalia juga sering digunakan bagi kanak-kanak yg mempunyai masalah reseptif (kefahaman)

Contoh:
Ibu: macam mana nak masak kek?
Anak: macam mana nak masak kek? (tak faham soalan dan kurang kosa kata untuk menjawab maka anak lebih cenderung utk ulang semula soalan yg ditanya)

Kanak-kanak yang didiagnos Autisme juga sering melakukan Echolalia. Selain kelemahan memahami bahasa,Ia juga sebahagian daripada stereotype, repetitive behaviour. Contohnya mengulangi dialog kartun yg digemari berulang-ulang kali sehingga menjadi (stimming). Cara praktikal ingin membantu anak adalah:

Kurangkan Bertanya Soalan Yang Anak Tidak Boleh Jawab

  • Bila anak tak faham soalan mereka akan ulang semula atau senyap.
  • Jika tanya soalan anak akan ulang semula soalan jadi dia tidak pelajari ayat yang sepatutnya dia cakap.

Jika Anak Ulang Sesuatu Tetapi Tidak Kena Pada Konteks / Situasi

  • Figure out apa yang anak cuba maksudkan
  • Beri contoh ayat seperti kita adalah anak kita - if anak kita boleh guna ayat yang betul, apa ayat yang betul dia patut guna.

Contoh:
Anak: happy birthday to you... (sambil tengok cake)

Ibu perlu tafsir apa yang dimaksudkan anak. Dan beri ayat yang sepatutnya anak cakap.

Ibu: Saya nak makan kek. Saya nak kek.
Anak : saya nak kek.

Gunakan Echolalia Untuk Panjangkan Ayat Mereka. Ibu Bapa Perlu Banyak Menggunakan Ayat Penyata

Kucing minum air. Kereta merah tu laju. Supaya anak akan ikut dan menambahkan kefahaman bahasa mereka.

Jika anak stimming berulang-ulang kali tanpa sebab dengan mengulangi dialog yang disukai kerana input screening yang terlalu banyak.
  • Perlu kurangkan sreening time.
  • Masuk campur, bermain dengan anak instead of dia bermain seorang diri.
  • Perkenalkan dengan aktiviti-aktiviti bermain yang pelbagai secara konsisten supaya anak tambah kefahaman bahasa, tingkatkan komunikasi 2 hala dan sekaligus ianya boleh mengurangkan Echolalia tersebut

Setakat permerhatian, memanglah bukan kerap tetapi sepertimana yang disarankan melalui rujukan sumber Kak Fa, memang tak boleh dibiarkan… So? Of course, I need to work out to eliminate symptom Echolalia tu…. Kalau boleh biar diasspear terus… Comel-comel lah tetapi kalau dah memudaratkan dan beri kesan yang negatif… It’s better to prevent kan?

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Atasi Anak Echolalia Atau Suka Ulang Cakap, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, October 26, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia