Rahsia Pengikat Kasih Sayang Ibu & Anak!

Farah Waheda Wahid
1
RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK!

Setiap ibu-ibu ada senjata dan cara mereka yang tersendiri di dalam mengikat kasih sayang di antara ibu & anak. Setiap ibu-ibu punyai rahsia pengikat kasih sayang ibu & anak! Yang paling common sekali adalah menyusukan anak melalui penyusuan susu ibu secara eksklusif... Namun... Bagi Kak Fa yang kurang bernasib baik serta tidak berpeluang lama untuk menyusukan anak Kak Fa melalui penyusuan susu ibu secara eksklusif, Kak Fa punya rahsia pengikat kasih sayang alternatif di antara Kak Fa dan anak Kak Fa yang tersendiri! Winking smile... Well, I do not put myself as a loser just because I didn't breastfed my son. Tiada sebab untuk Kak Fa rasa Kak Fa ni loser hanya semata satu kekurangan itu. Kekurangan bukan alasan kekalahan mahupun kelemahan ya tak? Nak tau apa rahsia pengikat kasih sayang kami berdua beranak? Nak tau...harus baca...Winking smile

Rahsia pengikat kasih sayang di antara Kak Fa dan anak Kak Fa adalah melalui SENTUHAN... Bagi anak-anak kecil sentuhan melambangkan banyak perkara, sentuhan mempunyai kuasa tertentu yang mana sebagai ibu Kak Fa percaya sentuhan adalah salah satu cara untuk menenangkan anak kecil, menguatkan anak kecil, membantu Kak Fa mempunyai interaksi positif yang kuat dengan anak kecil Kak Fa dan juga memupuk ikatan Kak Fa sebagai ibu dengan anak Kak Fa. Bila menyebut sentuhan... Tentunya Kak Fa merujuk kepada urutan dan belaian dengan penuh kasih sayang! Red heart Yang tidak pernah Kak Fa miss walau sehari dalam kehidupan Kak Fa sebagai ibu selama ini dengan sokongan TROPIKA BODY HAIR DAN BODY OIL LAVENDER.

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK! (2)

Sebelum berkenalan dengan TROPIKA BABY HAIR DAN BABY OIL LAVENDER, Kak Fa pernah mencuba beberapa jenama baby hari dan baby oil yang lain. Tapi kerap bertukar-tukar. Selepas Kak Fa diperkenalkan dan berkenalan dengan lebih rapat TROPIKA BABY HARI DAN BABY OIL LAVENDER, melalui pengalaman selama hampir 4 tahun bergelar seorang ibu, Kak Fa secara jujurnya mengakui, inilah companion terbaik Kak Fa dan Firash di dalam sesi sentuhan kami! Smile... Bukan kerana jenama! Bukan kerana harga! Bukan kerana populariti jenama TROPIKA. Kak Fa ada sebab Kak yang tersendiri di mana bagi Kak Fa berdasarkan pengalaman Kak Fa sebagai pengguna, Kak Fa sukakan TROPIKA BABY HAIR DAN BABY OIL LAVENDER disebabkan oleh:

Bahan-Bahan TROPIKA BABY HAIR DAN BABY OIL LAVENDER

Dijamin dari bahan-bahan natural yang selamat (bebas dari bahan kimia) untuk penggunaan bayi dan kanak-kanak di mana pembuatannya adalah dengan menggunakan minyak kelapa dara serta diperkaya dengan ekstrak lavender.

Tidak Berminyak Melampau, Mudah Serap & Terbaik Untuk Penggunaan Jangka Panjang

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK! (3)

Penggunaan bahan-bahan secara semulajadi adalah penting kerana badan dikatakan berupaya untuk menyerap 60% bahan yang dikenakan pada kulit. Daya serapan kanak-kanak adalah lebih tinggi dari orang dewasa. Jadi tiada masalah untuk penggunaan kerap atau jangka masa panjang. Tangan pun tidak berminyak secara melampau.

Sebagai Aromaterapi

Bau lavender? Siapa yang kata tak sedap? Bau favourite Kak Fa ni! Bau lavender kan sememangnya terkenal harum dan menenangkan? Serta menjadi aromaterapi kepada anak-anak kecil.

Kak Fa selalunya akan gunakan TROPIKA BABY HAIR DAN BODY OIL LAVENDER ni selepas Kak Fa mandikan Firash pada waktu petang ataupun sebelum waktu tidur. Rahsia pengikat kasih sayang kan? Winking smile Bukan setakat main sapu-sapu macam tu jer dah... Takkkk... Kak Fa akan urutkan Firash dan belaikan Firash dengan sepenuh kasih sayang. Kuasa sentuhan ibu! Tapi kenalah ada gaya dan teknik yang betul serta selamat. Kebiasaannya, Kak Fa akan mulakan dengan urutan kaki.

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK! (4)
Kredit: Gambar dari Google

Kak Fa akan mulakan dengan kaki Firash di mana Kak Fa akan gosokkan beberapa titik TROPIKA BABY HAIR DAN BODY OIL LAVENDER pada tapak tangan Kak Fa dan mula mengurut tapak kaki Firash. Kak Fa akan urutkan tumit sehingga jari kaki Firash dengan ibu jari Kak Fa. Kemudian dengan menggunakan tapak tangan, Kak Fa akan urut bahagian bawah dan bahagian atas kaki Firash. Perlahan-lahan, membuat bulatan dengan ibu jari Kak Fa di seluruh bahagian bawah setiap kaki dan kemudian ke jari kaki. Jangan tarik mana-mana kaki seperti yang dilakukan untuk mengurut kaki orang dewasa. Sebaliknya, perlahan-lahan mengurut setiap jari kaki hingga ke hujung. Ini akan membantu merangsang hujung saraf.

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK (5)

Angkatkan salah satu kaki dan buatkan pukulan lembut pada pergelangan kaki dan perlahan-lahan memanjangkan ke arah pergelangan kaki dan perlahan-lahan memanjangkan ke arah peha. Perlahan-lahan urut dari kaki sehingga peha. Buat secara tenang dan santai jer. Sambil tonton televisyen pun boleh.

Penutupnya Kak Fa dengan perlahan-lahan Kak Fa akan mengenggam peha Firash dengan kedua-dua tangan Kak Fa. Perlahan-lahan Kak Fa urutkan dari peha hingga ke kaki seperti bagaimana Kak Fa memerah tuala.

Lepas tu, Kak Fa beralih kepada bahagian tangan.

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK (6)

Corak mengurut adalah agak sama dengan kaki. Memegang tangan anak kecil dan membuat pukulan pekeliling di tapak tangan. Perlahan-lahan membuat pukulan kecil pada jari jemari anak kecil dan bergerak sehingga ke hujung jari. Kemudian pusingkan tangan ke belakang dan perlahan-lahan mengurut lurus ke arah pergelangan tangan. Selepas itu, perlahan-lahan mengurut pergelangan tangan dengan gerakan membulat, seperti memakai gelang tangan. Gerakkan pukulan perlahan-lahan ke arah lengan dan kemudian ke arah lengan atas. Urutkan seluruh lengan dengan gerakan membulat lembut seolah-olah memerah tuala.

Dah siap kaki, dah siap tangan, Kak Fa akan beralih kepada urutan perut, dada dan bahagian belakang badan Firash.

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK (7)

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK (8)

Jangan kasar sangat! Usap dan belai dengan lembut dan biarkan anak selesa. Itu yang Kak Fa selalu amalkan. Sentuhan tu biarlah kalau boleh anak boleh merasa kasih sayang kita. Ya tak?

Bukan setakat pengikat kasih sayang antara Kak Fa dan Firash, tetapi juga TROPIKA BABY HAIR & BODY OIL LAVENDER dah bantu Kak Fa untuk selesaikan masalah kulit siku kering Firash. Sejak-sejak Kak Fa lakukan rutin SENTUHAN dengan menggunakan TROPIKA BABY HAIR & BODY OIL LAVENDER, dari sebelumnya:

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK (9)
Kredit: Gambar dari Google

Kini, elok jer lembap siku Firash, dah tak kering dan tak terkopek-kopek lagi dah.

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK (10)

Untuk makluman anda, TROPIKA BABY HAIR DAN BODY OIL LAVENDER adalah sangat bagus di dalam membantu mengurangkan dan melegakan masalah kulit sensitif seperti ekzema, ruam lampin, ruam susu, ruam panas, kerak kepala dan juga boleh melebatkan rambut. Kak Fa tak gunakan sekadar untuk sesi sentuhan ajaib Kak Fa kepada Firash sahaja... Tetapi Kak Fa juga gunakan TROPIKA BABY HAIR DAN BODY OIL LAVENDER sebagai minyak rambut di dalam memastikan rambut anak bujang Kak Fa lebat! He he he.... Open-mouthed smile

RAHSIA PENGIKAT KASIH SAYANG IBU & ANAK (11)

Lihat rambut saya? Lebat dan hitam tak?

Bagus sangat-sangat TROPIKA BABY HAIR DAN BODY OIL LAVENDER pada Kak Fa... Sebab, tak cukup dengan itu, ia turut dikatakan dapat melindungi kulit anak kecil daripada kuman, bakteria dan juga virus.


Semenjak menjadi pengguna konsisten, TROPIKA BABY HAIR DAN BODY OIL LAVENDER, benar-benar menjadikan sentuhan ajaib sebagai rahsia pengikat kasih sayang ibu & anak Kak Fa menjadi! Berbeza dengan pengalaman penggunaan minyak-minyak bayi sebelum ini. Sangat refreshing dan sangat menenangkan kedua-dua kami anak beranak. Bukan sekadar Firash yang happy, Kak Fa pun happy sama. Kak Fa memang dah jadi addicted dengan produk-produk TROPIKA.

Ikut-ikutkan banyak lagi Kak Fa nak ceritakan, tapi buat masa sekarang, inilah rahsia pengikat kasih sayang ibu & anak Kak Fa yang mungkin boleh anda ikut jejak langkah? Ada lagi, pengalaman Kak Fa bersama produk TROPIKA yang Kak Fa rasa Kak Fa tak patut simpan sorang-sorang. In Shaa Allah, ada ruang waktu terluang, Kak Fa akan kongsikan produk TROPIKA yang menjadi pilihan Kak Fa yang seterusnya untuk pengetahuan dan manfaat bersama. Barang baik tak baik simpan-simpan sendiri ye tak? Winking smile

Kalau nak teka apa produk TROPIKA yang seterusnya yang Kak Fa nak kongsikan sebagai pengguna tegar... Cubalah teka dengan heading to Laman Facebook Tropika Beauty ataupun boleh jer terus tengok laman web mereka di Tropika Beauty.

*Psssttt - Bakal bersambung lagi tau!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kite pun setuju yang sentuhan antara ibu / ayah dengan anak membuatkan kita semakin dekat.. hee~ tapi macam best jek minyak ni.. kena beli..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !