PreSchool | Dia Yang Paling Manja!

Farah Waheda Wahid
0
PRESCHOOL _ DIA YANG PALING MANJA!

Sifat manja tu memang tak dinafikan dan Farah tak nak nafikan. Sebab dia seorang trang tang tang jer di rumah kan? Seluruh perhatian tertumpu pada dia. Buah hati pengarang jantung Mommy dan Nek Ma. Juga #mylittleboyfriend. Tapiii…. Preschool | Dia Yang Paling Manja! Open-mouthed smile….Ha ha ha… Itu tak dapat nak menahan rasa nak tergelak dan rasa macam… Whattt? Siap dah ada Mommy dekat school lagi! Manja sangat dengan Mommy dekat school dia… Tapi baguslah juga… Dia manja dengan Mommy dekat school dia jadi rajin membaca dan rajin belajar. Winking smile. Alhamdulillah… Manja dengan cara yang positif.

Hakikatnya… Semanja-manja anak Kak Fa, dia masih manja berbatas. When Mommy says no, the answer is still no! When Mommy says cannot… the answer will remain cannot… Menangis juga, kena marah Mommy dia juga! Tak percaya? Sila tonton video kesedihan dan kepiluan dia menangis kena marah dengan Mommy sebab tak nak mengaji!


Semua orang pun sayang anak... Nak nak lagi bila seorang tu jer terkontang-kanting. Tapi manja biar berbatas. Itu prinsip Kak Fa. Anak dengan sifat manja ni biasanya akan melakukan segala cara untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dan diinginkan, dan ketika dia mendengar kata tidak ada masa-masa dia akan mengamuk, marah, merengek, menendang dan sebagainya. Habis tu? Macam mana kalau anak kita sendiri sudah memiliki sifat manja? Ahaksss… Open-mouthed smile Mewarisi sifat Mommy dia ni…Manja! Bluekkk Smile with tongue out… Silalah muntah hijau ya? Sick smile…Ekekeke… Tapi memang diakuilah! Bukan saja nak gebang! Memang dah diperakukan yang Kak Fa ni manja!

Ini adalah cara Kak Fa menghadapi anak manja Kak Fa:

Konsisten Dengan Apa Yang Kak Fa Katakan

Salah satu penyebag yang sering menyebabkan sifat manja muncul adalah bila kita sebagai ibu bapa tidak konsisten dengan apa yang telah kita katakan pada anak. Biasalah…mak-mak ni selalunya hati akan mudah cair kan? He he he… Open-mouthed smile Termasuklah Kak Fa! Ketika anak meminta sesuatu yang mereka inginkan dan kemudian kita mengatakan tidak, maka anak berkemungkinan besar akan merengek atau menangis kerana tidak dapat apa yang mereka inginkan. Kita sebagai ibu bila lihat air muka, bila lihat kesedihan, kepiluan dan dengar tangisan anak ni, salah-salah hemat boleh jadi tidak tetap pendirian kemudian mungkin berubah hati, lembut hati dan berikan apa yang anak-anak mahukan. Kalau kita tak keras, they will get the ideas that, kalau nak sesuatu buat perangai! Selagi tak diikut, selagi tu dia meragam… Makin lama makin rancak pulak… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi Kak Fa pekakkan telinga dan jadi keras sekeras-kerasnya hati ni ha…

Kalau dari awal dah kata tak tu… sampai ke sudah Kak Fa kata tak. Pada hari kejadian lah… Walaupun Kak Fa terpaksa tengok depan mata Kak Fa anak Kak Fa menangis dengan sepilu-pilunya. Ujian tu untuk Kak Fa… Sama ada Kak Fa boleh konsisten dengan apa yang Kak Fa dah katakan pada dia ataupun tidak. Bila dia menangis Kak Fa biarkan jer… Tapi tak adalah lama sangat…Kemudian Kak Fa cuba pujuk dia dan beritahu dia elok-elok apakah alasan Kak Fa tak boleh nak memenuhi permintaan dia.

Berikan Penjelasan Yang Mudah Difahami

Ketika anak Kak Fa meminta sesuatu dan Kak Fa tak dapat atau tak boleh nak penuhi, Kak Fa berikan penjelasan kenapa dia tak boleh mendapatkan sesuatu tu. Anak-anak berhak marah, sedih dan kecewa jika keinginan mereka tidak dapat dipenuhi, namun dengan memberikan penjelasan yang mudah difahami kepada anak, lama-kelamaan anak akan jadi lebih matang dan faham. Lepas pada tu, dah mudah dah nak atasi rasa sedih dan faham bila dia boleh meminta kembali apa yang dia inginkan.

Memberikan Pujian

Bila anak Kak Fa buat sesuatu perkara yang baik, bagi Kak Fa tak ada salahnya untuk Kak Fa puji dia, walaupun perkara tu kecil sangat-sangat. Kak Fa percaya yang dengan terus memuji dia, anak akan menjadi termotivasi untuk melakukan perkara-perkara baik yang lain. Selalunya Kak Fa akan peluk dan cium dialah ketika dia melakukan sesuatu perkara baik. Bukan setakat anak akan jadi termotivasi, tetapi dia dapat rasa kasih sayang Kak Fa pada dia.

Misi Melibatkan Anak Dalam Pelbagai Kegiatan Sosial

In Shaa Allah, ini ada dalam planning Kak Fa untuk pembentukan perkembangan dia pada masa akan datang. Sebabnya, bagi Kak Fa dengan melibatkan anak dalam kegiatan sosial, anak akan belajar untuk berkongsi, berkomunikasi serta mengawal ego dirinya. Selain itu, Kak Fa dapat gunakan pendekatan ini untuk memberitahu dan menjelaskan pelbagai pelajaran kehidupaan dan nilai moral yang ada di dalam kelompok sosial yang berkenaan (melalui bahasa yang mudah difahami). Contohnya, Kak Fa dapat jelaskan tentang erti bersyukur dan sebagainya.

Memberikan Hukuman

Hukuman tu bukannya selalu membawa kesan buruk pada anak. Pemberian hukuman yang tepat dan kena pada caranya akan membuatkan anak-anak belajar untuk tidak mengulangi perbuatan buruk kembali. Contohnya, Kak Fa ambil barangan permainan dia dan catu dia dari bermain selagi dia tak buat sesuatu yang Kak Fa suruh.

Menunjukkan Dan Menjelaskan Perilaku Yang Baik Dan Buruk Pada Anak

Memberitahu perilaku baik yang harus dilakukan oleh anak tu sesuatu perkara yang semua ibu bapa biasa lakukan, tetapi tetap kena jelaskan setiap perkara yang berada di sekitar kita. Contohlah, contoh, kalau kita pergi ke sesuatu tempat dan melihat ada anak lain yang merengek atau mengamuk kerana sesuatu hal, katakan pada anak bahawa hal tersebut adalah sesuatu perkara yang tidak elok dan jelaskan akibat yang akan terjadi jika tetap melakukannya.

Umumnya, orang ramai berpendapat yang anak manja ni sukar dibentuk… Silap pandangan tu…Sebab hakikatnya, kalau kena gaya dan cara kita membentuk In Shaa Allah… Mudahlah kita membentuk anak tu walaupun anak tu adalah anak manja. Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik… Flirt male

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !