PETUA Hilangkan Parut CHICKEN POX, PARUT JERAWAT Dan PARUT TERKENA BENDA PANAS Secara Tradisional

Farah Waheda Wahid
2
PETUA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX, PARUT JERAWAT DAN PARUT TERKENA BENDA PANAS SECARA TRADISIONAL
Kredit: Gambar dari Google

Sebenarnya entri ni adalah entri untuk menjawab komen salah seorang pembaca di Bubblynotes.Com hari ni. Sampai dua kali kau hantar pada Kak Fa dik… Dengan pesanan mohon jawab untuk petua hilangkan parut chicken pox. Gigih Kak Fa struggling nak menjawab pertanyaan pembaca Bubblynotes.Com dengan sedaya upaya walaupun terdapat kekangan tugasan hakiki di pejabat. Alhamdulillah, sempat juga Kak Fa curi masa untuk cuba menjawab soalan adik tu… Yalah, yalah…demi tak menghampakan pembaca Bubblynotes.Com… Meh sini meh dengan penuh kasih sayang rapat-rapat baca entri Kak Fa ni meh… Petua hilangkan parut chicken pox, parut jerawat dan parut terkena benda panas secara tradisional.

PETUA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX, PARUT JERAWAT DAN PARUT TERKENA BENDA PANAS SECARA TRADISIONAL (2)

Tapi sebelum apa-apa Kak Fa nak beritahu, petua ni Kak Fa dapat dari laman media sosial Facebook di SINI ya? Kalau tak menjadi, jangan salahkan Kak Fa pula tau! Open-mouthed smile Ha ha ha… Cubalah dulu mana tau kot-kot serasi dan berhasil? 

Petua 1

Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. In Shaa Allah jika diamalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 2

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan dikatakan parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam (jeragat) dan jerawat di wajah.

Petua 3

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. In Shaa Allah, ianya dikatakan amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Petua 4

Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 5

Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 6

Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Ada 6 petua ni, pilihlah untuk mencuba yang mana satu… Kak Fa doakan semoga berkesan dan berjaya kepada sesiapa yang di dalam misi pencarian nak menghilangkan parut-parut yang berkenaan. Winking smile

*Takpun, cuba contact dengan mana-mana agen Shaklee... Ada tau... Set untuk hilangkan parut Chicken Pox... Tu mudah juga tapi kena keluar modal sikit ok? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terima kasih berkongsi petua yang bagus ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. kite dulu mak mandikan dengan air basuhan beras.. hee~ lepas tu pakai bedak sejuk jek.. tpai sekarang dah banyak jenis minyak / losyen untuk hilangkan parut..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !