Ingat Mommy Jer! Rupa-Rupanya Anak Pun BRUXISM Juga!

Ingat Mommy Jer! Rupa-Rupanya Anak Pun BRUXISM Juga!
Krerk krerk krerk… Kak Fa dengar bunyi gigi berlaga ataupun bunyi orang mengisar gigi (tooth grinding)… Surprised smile Hah? Siapa lagi dalam rumah ni yang gigi berlaga bila tidur selain daripada Kak Fa? Bila diamat-amati betul-betul… Bunyi tu datang dari orang yang sedang nyenyak tidur di sebelah Kak Fa. Open-mouthed smile Ha ha ha… Siapa lagi kalau bukan anak Kak Fa. Ingatkan Mommy jer! Rupa-rupanya anak pun BRUXISM juga! Rolling on the floor laughing Aduhaiii… Menurun rupanya BRUXISM ni kan? Winking smile… Ingatkan tak adalah diwarisi oleh anak Kak Fa… Rupa-rupanya dia pun BRUXISM juga!

Feeling bila dengar orang lain gigi berlaga ni? NGILU! Ha ha ha… Open-mouthed smile Agaknya orang lain yang terpaksa tahan dengan gigi Kak Fa yang berlaga setiap kali Kak Fa tidur pun selama kini, macam tulah agaknya. Rasa NGILU! Baru kau tau… Macam mana rasanya kan? Ekekeke… Tinggi sungguh tahap kesabaran dan ketabahan mereka menahan rasa NGILU tu! Smile with tongue out… Menaip entri ni pun Kak Fa terasa NGILU oiii… Wakakaka… Open-mouthed smile.

Sampai hati tau! Ada orang kata, orang yang tidur gigi berlaga ataupun mengeluarkan bunyi orang mengisar gigi (tooth grinding) sewaktu tidur ni sebab berkait dengan saka. Crying face Huwaaa… Gigihlah Kak Fa mencari tahu melalui Google mengenai kesahihan informasi ini. Surprised smile Adalah terjumpa… Dikatakan tanda-tanda seseorang itu mempunyai saka adalah bunyi gigi berlaga ketika tidur. Rujukan melalu pautan di SINI. Sejauh mana kebenarannya… Kak Fa tak pasti dan tak dapat nak berikan kepastian. Cumanya, memang rata-rata sumber secara majoriti memperkatakan mengenai saka dan gigi berlaga. Huh…

Kak Fa pilih nak percaya yang mana? Bukan tak nak percayakan kenyataan atau hakikat ok? Cumanya, Kak Fa lebih percaya kepada penjelasan medik mengenai tabiat mengisar dan mengetap gigi ini yang dipanggil sebagai BRUXISM. Ini penjelasan 4 orang doktor melalui artikel yang diterbitkan di pautan di SINI ya?

Di dalam bahasa perubatan, tabiat mengisar dan mengetap gigi dipanggil sebagai BRUXISM. Perbuatan mengisar gigi ini adalah pergerakan mengetap, menggesel atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan. Ianya boleh terjadi sama ada semasa tidur ataupun terjaga. Mereka yang mempunyai masalah ini mungkin atau tidak mengalami sebarang simptom.

Ingat Mommy Jer! Rupa-Rupanya Anak Pun BRUXISM Juga! (2)
Kredit: Sumber dari Google

Apakah Penyebab Tabiat Mengancing Dan Mengetam / Mengetap Gigi?

Tabiat ini mungkin disebabkan oleh:
  • Stres atau tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari.
  • Perubahan gigitan yang mungkin berlaku akibat trauma atau rawatan gigi.
  • Susunan gigi yang tidak betul.
  • Masalah perubatan seperti Celebral Palsy.
  • Posisi badan yang tidak betul.
  • Perubahan hormon.
  • Tidak diketahui punca.

Apakah Tanda-Tanda Dan Akibat Tabiat Ini?

Di antara tanda-tanda dan akibatnya adalah:
  • Permukaan gigi haus.
Print
Kredit: Sumber dari Google

  • Gigi atau tampalan patah.
  • Sakit kepala.
  • Sakit di bahagian sendi rahang.
  • Gigi terasa ngilu atau sakit.
  • Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut.
  • Kesakitan/luka di bahagian sudut mulut.
  • Kesukaran untuk tidur.
  • Sakit telinga.
  • Sakit pada otot muka.

Apakah Yang Boleh Dilakukan?

  • Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang.
  • Tingkatkan kemahiran menangani stres.
  • Kurang pengambilan alkohol.
  • Dapatkan nasihat doktor pergigian di mana, orang BRUXISM mungkin perlu tampalan semula ataupun occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam.
Ingat Mommy Jer! Rupa-Rupanya Anak Pun BRUXISM Juga! (4)
Kredit: Sumber dari Google

Sekiranya perbuatan mengisar gigi ini berkatian dengan kesakitan pada sendi rahang, terdapat beberapa rawatan yang boleh didapati di klinik pergigian.

Sedikit infografik mengenai BRUXISM buat informasi kita bersama:

Ingat Mommy Jer! Rupa-Rupanya Anak Pun BRUXISM Juga! (6)
Kredit: Sumber dari Pinterest

Ku
Kredit: Sumber dari Pinterest

Nampak-nampak gayanya, berlawan-lawanlah kami berdua beranak melaga gigi… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Psssttt…cuba malam ni dengar-dengar pasangan atau anak-anak atau adik beradik… Ada tak yang gigi berlaga bila tidur… Kalau ada tu maksudnya ada BRUXISM jugalah tu… Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ingat Mommy Jer! Rupa-Rupanya Anak Pun BRUXISM Juga!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 4, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia