DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall

Farah Waheda Wahid
3
DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall  (5)
Kredit: Sumber dari Google
DC Comic – Justice League – Segala bagai mak nenek Superman, Batman adalah kegemaran anak-anak lelaki. Ibu bapa yang ada anak-anak lelaki mesti dah mahir sangat dah dengan DC Comic – Justice League kannn? Smile… Anak Kak Fa masih dalam fasa Thomas and Friends, Open-mouthed smile ha ha ha… tapi dia kenal lah dengan Superman, Batman tu semua. Tanya jer… Memang dia boleh jawab. Cumanya dia tak adalah so into DC Comic or Justice League characters. Kebetulan last weekend Kak Fa dapat jemputan dari Yuyu Zulaikha untuk Habib Turns 3 Birthday Bash di DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall yang bertemakan Superheroes! Tema Superheroes… tapi Kak Fa dan Firash tak pakai costume pun… Nerd smile

DC Comic Super Heroes Cafe terletak di Tingkat 2, betul-betul berhadapan dengan butik Super Heroes di dalam Sunway Putra Mall. Menarik juga tempatnya. Semua makanan dan minuman yang dihidangkan di DC Comic Super Heroes Cafe ni adalah makanan yang berkonsepkan superheroes kegemaran anak-anak lelaki seperti Aquaman Special, Wonder Woman Special, Batman Pod, Krypto Super Dog  dan macam-macam lagi. Tapi Kak Fa tak adalah pesan semua menu-menu tu semua. Sebab itu adalah hari jadi anak Yuyu kan? Kak Fa datang memenuhi undangan Yuyu jer.

Untuk majlis hari jadi anak-anak… Kak Fa suka dengan konsep yang mereka tawarkan. Kak Fa cerita bukan sebab apa… Sajalah Kak Fa nak kongsi dengan you alls kan? Mana tau…Kot-kot ada yang merancang nak organize birthday party anak-anak masing-masing. Lepas tu anak pula minat kepada watak-watak superheroes dalam DC Comics atau Justice League… Memang ngam sangatlah kalau anda pertimbangkan nak menganjurkan birthday party yang berkenaan di DC Comics Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall.

Kak Fa kongsi sikit ya bagaimana suasana sewaktu sambutan hari lahir Habib yang ketiga di DC Comics Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall tempoh hari.

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall (4)
Kredit: SINI

Kanak-kanak adalah insan yang paling ceria bila dapat bersuka-ria begini. Sepanjang berada di kafe yang berkenaan Firash enjoy his time. So much indeed! Iyalah… Ada ramai kawan-kawan kan? Firash kan excited bila ada kawan… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Makanya sukalah dia… Dapat permainan dapat kawan…

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall  (2)

Ini adalah contoh hidangan yang Kak Fa makan sewaktu majlis anak Yuyu tempoh hari.

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall  (1)

Dan ini pula adalah Firash punya meal yang dikhaskan untuk dia dan juga kanak-kanak lain. Set-up dan presentation, Kak Fa bagi thumbs up Thumbs upkalau nak kata untuk tarik perhatian kanak-kanak makan. Terutamanya bagi kanak-kanak yang susah nak makan seperti Firash. Walaupun hidangan tu khusus untuk Firash… Tapi Kak Fa tetap pulun juga… Mommy Firash kan suka makan makanan anak? Ha ha ha… Open-mouthed smile

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall  (3)

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall (3)
Kredit: SINI

Makanan bagi Kak Fa sedap! Bukan sebab makan free Kak Fa puji sedap ok? Sebab memang sedap! Untuk burger yang Firash makan tu… Patty dia sangat tebal dan sangat umphhh! Memang puas makan! Kak Fa pun bukan nak taip entry food review pun you alls… Kak Fa sembang-sembang kosong jer ni… Tapi dalam masa yang sama, Kak Fa bagi idea dan tunjukkan pada anda lokasi yang boleh dipertimbangkan di dalam senarai penganjuran majlis hari jadi anak di kawasan Lembah Klang ni ha. Smile.

Keseluruhan…penganjuran majlis di DC Comics Super Heroes, Sunway Putra Mall memang bagus dan berjalan lancar.

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall (2)
Kredit: SINI
Dengan tema Super Heroes atau lebih kepada Batman tempoh hari, Kak Fa dan Firash terutamanya memang sangat enjoy dan balik dengan kenyang perut. Sesekali bagi anak berjalan jauh sedikit dari kawasan perumahan dan bagi dia bersosial dengan rakan-rakan sebaya di dalam majlis sebegini pun syok juga… Sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati si anak kecil itu. Lagipun… Firash belum pernah jejakkan kaki lagi ke Sunway Putra Mall walaupun Sunway Putra Mall tu sudah lama beroperasi. Ngeee… Open-mouthed smile

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall
Kredit: SINI

DC Comic Super Heroes Cafe, Sunway Putra Mall  (4)

Untuk Yuyu sekeluarga… Thank you for having us for Habib Turns 3 Birthday Bash. Terima kasih kerana sudi jemput Kak Fa ni ha… sebab ingatkan Firash… Smile… In Shaa Allah… Ada rezeki nanti kita bertemu lagi! Winking smile

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. syoknya sambut besday sini...

    kalau dgn anak-anak, risau nak lalu sini, nanti kena pow..hahha... tunggulah suatu hari nanti bawak anak2 sini..hahha..ntah bila tak tau..;-))

    ReplyDelete
  2. bestnya !!!!! boleh plan untuk majlis anak2 nanti.. hee~ maklum la.. anak2 dah pandai demand..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !