Cara Ajar Anak Kecil Berenang

CARA AJAR ANAK KECIL BERENANG!  (3)

Sejujur-jujurnya… Kak Fa adalah sejenis manusia yang tak pandai berenang! Open-mouthed smile Ha ha ha… Tapi bercita-cita besar dan tinggi nak ajar anak berenang! #ehhh… siapa kata bila kita tak boleh berenang, tak pandai berenang, kita tak boleh ajar anak untuk berenang? Boleh jer! In Shaa Allah boleh… Yakin boleh! Usaha selagi boleh… Haaa, macam tulah… Itu jer yang Kak Fa pegang… Walaupun tak pandai berenang, Kak Fa tetap gigih nak ajar anak berenang. Cara ajar anak kecil berenang bagi ibu bapa yang tak reti berenang macam Kak Fa ni? Meh sini Kak Fa nak story dan kongsi dengan anda… Cara seorang ibu yang tak pandai berenang dan ajar anak berenang!

Biasakan Anak Dengan Kolam Renang

CARA AJAR ANAK KECIL BERENANG!  (2)
Mula dari awal. Sedari Firash berusia beberapa bulan, Kak Fa selalu rendamkan dia dalam kolam inflatable yang Kak Fa beli dari TESCO dan Kak Fa sesekali adalah juga bawa anak Kak Fa ke taman-taman tema air atas tajaan atau tiket blogger… Smile. Nak bawa sendiri memang kalau asyik kira bajet asyik tak terbajet. Rezeki anak… Dapat juga merasa dia ke taman tema air di sekitar Lembah Klang ni ha. Ada juga yang Kak Fa pergi atas majlis hari keluarga syarikat yang Kak Fa bekerja. Biasakan anak dengan kolam renang supaya anak tak jadi risau atau takut serta terganngu dengan kedalaman air.

Pastikan Mood Bagus Sewaktu Nak Ajar Anak Berenang

Haruslah mood kena bagus… Nak ajar anak sesuatu perkara yang baru bagi mereka kita sebagai ibu bapa kena menjadi lebih sabar. Mula-mula nak masuk kolam yang lebih dalam, ada kemungkinan anak-anak kecil ada perasaan takut…ada kemungkinan jer, tetapi biasanya anak-anak kecil ni pantang nampak air. Kan kan kan? Open-mouthed smile. Tapi mungkin juga ada perasaan takut dan was-was. Kena pastikan kita sentiasa dekat dengan anak sehingga anak rasa selesa dan senang berada dalam kolam.

Cipta Pengalaman Yang Menyeronokkan

Buat anak-anak rasa seronok berkubang dalam kolam renang… Open-mouthed smile Sama-sama bermain-main dengan mereka… Main percik-percik air ke? Mula dengan kolam yang cetek terlebih dahulu, kemudiannya secara perlahan-lahan dan beransur-ansur beranjak ke kolam yang lebih dalam. Cipta pengalaman, cipta moment sehinggakan anak-anak rasa itulah pengalaman serta memori indah di antara mereka dan kita sebagai ibu bapa.

Cuba Pergerakan Mengikut Tahap

CARA AJAR ANAK KECIL BERENANG!  (1)
Mula-mula kita biasakan dulu dengan kolam renang. Bila dah biasa dan anak dah mula rasa ada rasa percaya diri, ibu bapa boleh mencuba untuk tiarapkan anak atas air dan apungkan mereka di atas air. Tiarapkan dan apungkan badan anak dengan kedua-dua belah lengan kita. Suruh anak depangkan tangan seolah-olah dia menjadi kapal terbang. Mesti suka punya lah! Kak Fa cakap dengan Firash…Firash let’s become an aeroplane… Mommy hold you! Mula-mula dia takut… Keep on beritahu anak… Jangan takut…Mommy pegang…Mommy ada ni… Bagi dia confident sikit… Selepas tu, bila dah dah biasa dengan gerakan tu, kita beralih pula dengan memegang ketiak anak dengan dua tangan dan biarkan kakinya bergerak-gerak sendiri. Dengan cara macam ni, sedikit demi sedikit anak akan belajar untuk mengapungkan diri. Soal apung terapung ni, sebenarnya kemampuan ni dimiliki oleh manusia secara semulajadi. Just go with the flow… tahu-tahu jer anak sudah berenang bolak-balik di dalam kolam. Serius!


Kak Fa memang tak biarkan dia seorang diri dalam kolam. Kak Fa kalau nak terapung tu memang tak boleh lah kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile Tenggelam lagi ada! Smile with tongue out… Jadi, Kak Fa berdiri jer dalam kolam tu dan kadang-kadang Kak Fa jauh sikit dari Firash dan biarkan Firash gigih berkayuh nak sampai kepada Kak Fa dan dapatkan Kak Fa… Dari situ, Kak Fa latih dia untuk rasa percaya diri untuk usaha berkayuh dan sampai pada Kak Fa. Of course, Kak Fa tak nak biarkan dia macam tu jer sorang-sorang dalam kolam… Di dalam pemantauan rapat Kak Fa. Cuma, Kak Fa latih untuk enhance rasa berani dan percaya diri pada dia.

Alhamdulillah, walaupun Kak Fa ni tak pandai berenang, nampaknya Firash semakin mahir…Yang tak reti berenang macam Kak Fa tu, cubalah macam mana cara Kak Fa ajar Firash berenang ni… Mana tau berhasil juga untuk anak-anak kecil anda? Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Ajar Anak Kecil Berenang, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, October 30, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia