Bidding Goodbye To The Baby Years

Farah Waheda Wahid
0
BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS
Kredit: Gambar dari Google

I have been struggling to say goodbye to the baby years… Crying face… Sungguh! Mak-mak akan fahamlah perasaan sebegini macam mana kan? Winking smile Jujur Kak Fa beritahu yang … my throat hurts! Tetapi apakan daya… Itulah kitaran kehidupan. Soon my one and only son dunia akhirat will officially turns 4. Mana boleh nak menidakkan hakikat itu lagi? Yang baru jadi mak tu nanti taulah bagaimana rasanya. Your time will come and you will definitely feel the same way that I do at this moment… But… Ok… Let’s do this now… Bidding goodbye to the baby years.

Memanglah, kalau ikutkan hati seorang ibu kalau boleh nak anak tu stay besar tu sahaja. Ha ha ha… Open-mouthed smile Mana mungkin!  Mengarut aihhh… Lepas tu kenalah fikir yang umur kita ni semakin hari semakin meningkat. Takkanlah kita dah tua bongkok nanti pun anak kita kekal bayi selamanya kan? Kekal bayi selamanya di hati tu lain! Bagi ibu-ibu walau umur anak mereka berapa pun, they will always be our baby. Kalau tak percaya, jika ada rezeki bertemu muka dengan Kak Fa dan Firash, cuba tanya Firash sendiri… “Siapa baby Mommy?”… Laju jer dia menjawab… “Firash baby Mommy”. Nantilah kalau ada kesempatan Kak Fa rakamkan video pengakuan Firash tu sebagai bukti kepada anda semua… Winking smile

Well… Inilah kenyataannya. Huh… Berat rasanya hati ni, tapi Kak Fa lepaskan juga hari ini … Goodbye to the baby years! Crying face Huwaaa…

#1: I Am Done With “Barut”, Mittens and Booties

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS! (10)

Lama dah tinggal dah ni… No more barut! Barutnya pun entah ke mana dah Kak Fa letak… Cari-cari tak jumpa… Open-mouthed smile Ha ha ha… Lupa ingatan pula ke mana perginya barut-barut Firash… Tak tau sama ada tercicir sewaktu berpindah hari tu ataupun tertinggal di rumah lama. Terbayang-bayang dan terhidu-hidu bau minyak telon yang disapu dan diurut lembut ke perut comel Firash pada waktu itu sehingga sekarang. Ha ha ha… Open-mouthed smile Ayat melampau tak? Tapi ya lah… Sebelum pakaikan barut Kak Fa mesti sapu dan urut lembut perut Firash sewaktu dia bayi.

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (3)

Selesai juga dengan mittens dan booties. Dulu setiap hari berpasang-pasang mittens dan booties. Kak Fa suka collect mittens and booties. Mittens selalu basah sebab Firash suka sangat kulum mittens tu. Selalu kena gantikan. Ada masa-masa tu, tau-tau jer dah ada dalam handbag dan terbawa pergi ke office. Crying face Huwaaa… Rindunya pada mittens and booties Firash!

#2:  I Am Done With “Buaian”

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (6)

Firash dah tak tidur buai dah! Tak derlah lagi duduk menghenjut buaian sambil tonton televisyen atau sebelah tangan makan nasi sebelah tangan lagi menhenjut buaian si kecil molek tu. Cumanya, kadang-kadang bila dia tiba fefeeling baby tu, dia minta juga buaian. Tak buka lagi buaian dekat rumah tu… Nampak-nampaknya kalau nak lenyapkan permintaan nak masuk buaian tu, kena dismantle juga buaian tu secepat mungkin… Ahaksss… Open-mouthed smile Sebenarnya nak dismantle, tapi tak ter-dismantle sebab hati tak sampai kononnya… Ekekekekeke… Smile with tongue out Kena kuatkan hati dan kena tabahkan hati juga nak dismantle buaian Firash ni…

#3: I Am Done With Puree

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (7)
Dulu setiap minggu mesti tak lupa taip senarai rotation puree untuk Firash. Hari ni nak buat puree carrot, esok buat puree brokoli, esoknya lagi buat puree avocado… Selepas tu, setiap hari mesti bagi dia makan resipi puree yang berbeza rasa. Dia pun suka… Masa tu semangat badan dia… Gigih sediakan puree, bekukan puree segala bagai… Tapi tulah… Semua tu dah tinggal kenangan kan? Masa berlalu begitu pantas… Dah nak masuk usia 4 tahun ni, dah pandai request nak makan macam-macam, pandai demand pun ya… Ha ha ha… Open-mouthed smile

#4: I Am Done With The Teething Process

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (2)

Walaupun masa tu gigi baru nak tumbuh, tapi bila kita masukkan jari sendiri dalam mulut dia, kuat juga dia gigit… Ha ha ha…boleh terasa. Kecil-kecil cili padi… Dah berlalu dah waktu-waktu gusi gatal kerana nak tumbuh gigi tu… Bila ingat balik… Muka ada sinyum sendiri ma…. Smile.

#5: I Am Done With Crawling, Baby Walker, Belajar Bertatih Phase


BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (10)

Lantai dah tak ada tukang mop dah! Ha ha ha… Open-mouthed smile Kalau tak dulu bersih satu rumah dia mop sebab asyik menyusur, merangkak ke sana ke mari. Tukang kutip permainan yang berterabur sana sini dan masukkan dalam mulut pun dah tak ada dah…Dah pencen sekarang… Kerjaya dia sekarang, main berterabur satu rumah dan kemudian bila dah puas main baru dia masukkan kembali dalam semua container khas untuk toys dia.

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (8)

Kerjaya sebagai baker (acah jer)… Kerjaya sebagai pembuka pintu kabinet dan meluncur dengan laju dengan baby walker pun dah retire dah. Tapi baby walker masih ada lagi tersimpan rapi. Buat kenang-kenangan kan?

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (11)

The sight of seeing him tergoyang-goyang nak balance kan badan sebab nak berdiri dan belajar bertatih pun dah hilang dari pandangan mata tetapi tetap subur dalam bayangan serta imaginasi Kak Fa. Sofa bukan tempat berpaut pada dia lagi sekarang… Tetapi sofa adalah tempat dia jump! Hu hu hu… Satu hari nanti, mau roboh juga sofa kat rumah tu kalau hari-hari dah jump! I am anticipating that to happen… Seriously! Cuma tunggu masa jer tu lagi nak roboh tu… So, I keep on telling myself… Mommy standby Mommy, standby!

#6: I Am Done With Baby Spa

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (9)

Dulu rajin juga Kak Fa bawa dia ke baby spa… Bagi dia berendam dalam jakuzi di baby spa, bagi dia dapat massage treatment… Seronok dia bila dapat berendam dalam air macam tu. Masa tu Mommy cuma boleh tengok dari tepi jer… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sekarang? Sekarang kita mandi pool jer dekat rumah. Mommy pun boleh join sama masuk berkubang dalam air pool tu. Kesukaan berendam tetap tak berubah… Masalah tak nak naik dari pool pun tetap tak berubah… He still remains the same… Cumanya dah tak ada dah aktiviti ke baby spa…Dah lebih tahap usia…

#7: I Am Done With Baby Feeder

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (5)

Dulu nak bagi makan buah, bagi melalui baby feeder ni ha… Sekarang tak perlu lagi… Gigit dan kunyah! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Baby feeder tu dah jadi mainan dia dah pula… Seronok moment tu… Beli macam-macam buah, lepas tu bagi dia rasa kepelbagaian rasa… Paling suka buah lai dan buah oren…. Sekarang kalau jumpa buah lai atau buah oren dia buat main dulu… Golek sana golek sini … Memang kena sorok! Makanan mana boleh buat permainan! Pening nanti orang yang makan nakk….

#8: I Am Done With Diapers Hunting

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS (2)

At his age 3 years 11 months… As of today…Makanya secara rasmi diumumkan tamatlah sudah diapers hunting untuk Firash. Setelah ujian dilaksanakan dengan tidak memakaikan dia diaper ketika ke school hari ini dan segalanya baik-baik sahaja nampaknya… Serta-merta Kak Fa putuskan bahawasanya tamatlah era membeli diaper secara berbondong-bondong dari supermarket. Hari ni secara rasminya, Kak Fa retire dari membeli lampin pakai buang. Berlalulah fasa itu kini… Sekarang ni, kita focus cari undergarment comel-comel jer… Terutamanya… Thomas and Friends… Ha ha ha… Open-mouthed smile

#9: I’m Done With Baby Carrier

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS (3)

Walaupun masih boleh dikendong kalau nak gunakan baby carrier Omni 360 ergobaby yang terbaru di pasaran tu… Tapi I doubt he wanted to be locked inside that baby carrier… Ha ha ha… Open-mouthed smile…. Goodbye baby carrier!

Kejap… Kak Fa rasa macam Kak Fa ada tertinggal lagi kot beberapa perkara, tetapi tak boleh nak ingat! Yang ni jer jelas dalam ingatan Kak Fa ni ha… Sooner or later… Mungkin Kak Fa akan ucapkan goodbye kepada stroller pula…

BIDDING GOODBYE TO THE BABY YEARS!  (1)

Buat masa sekarang ni belum lagilah, sebab kalau masuk mall sesekali, Kak Fa dudukkan juga dia di dalam stroller… Kesian kan? Jalan di dalam lautan mall yang luas tu… Penat… Kak Fa pun boleh rasa penat, apatah lagi dia… Sebelum dia minta Kak Fa kendong dia… Eloklah Kak Fa bawa-bawa letakkan dia dalam stroller… Taklah selalu… Sesekali jer… Masih ada lagi tersimpan dalam bonet kereta tu ha… Smile Untuk kegunaan pada masa-masa kecederaan gittew.

Oh my! Cepatnya masa berlalu… Anak Mommy is a big boy already now! I do cherished the moments of your baby years and I am still enjoying you now… Bagi sorang ibu, memang susah nak let go semua benda ni… Tapi nak ke tak nak, tetap kena let go… When you see how big your tiny baby now… Memang ada 1001 rasa dalam diri yang bersarang… Jangan nak pusing bebola mata 360 darjah sangat ya? Semua wanita yang bergelar ibu pasti akan merasa fasa ini…. Psssttt… Tapi kannn… Kadang-kadang bila rasa rindu sangat… Boleh jadi arghhhh rindunya… Tiba-tiba air mata boleh bergenang dengan sendirinya… ha ha ha… Open-mouthed smile

Goodbye to the baby years!

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !