Betul Ke Jadi ANAK TUNGGAL Membosankan Untuk Anak?

Farah Waheda Wahid
2
Betul Ke Jadi ANAK TUNGGAL Membosan  kan Untuk Anak

Melayan kerenah,  sindiran,  kiasan,  pertanyaan ataupun asakan soalan manusia ni memang sesuatu yang memenatkan untuk Kak Fa. Sampaikan satu tahap,  Kak Fa jadi an ignorance person terhadap segala-gala yang ada di sekitar Kak Fa. Smile Kalau jawab kot ni,  akan dipusing kot tu,  kalau dijawab kot tu,  akan dipusing kot ni.  Sebab tu bila dah selalu sangat kena asak dengan macam-macam soalan,  akhirnya Kak Fa jadi seorang yang lebih selesa untuk membatukan diri.  Salah satunya,  nilah ni, isu yang Kak Fa cuba ketengahkan dalam entri kali ini. Jadi ANAK TUNGGAL itu adalah satu keadaan yang membosankan dan mewujudkan kekosongan dalam jiwa serta diri seseorang anak.  Betul ke jadi ANAK TUNGGAL membosankan untuk anak?  Korang rasa? 

Come on lah... Shifty Tak habis-habis lagi ke sikap nak membanding-bandingkan tu?  Dari segenap segi nak dibandingkan.  Susu formula versus susu ibu.  Ibu bekerjaya versus ibu sepenuh masa.  Ibu tinggal anak di pusat asuhan versus ibu tinggal anak di rumah ibu bapa.  Sampaikan ibu anak ramai versus ibu ANAK TUNGGAL pun nak bandingkan juga?  What is wrong with you people? Surprised smile  Allahuakbar!  Sudah-sudahlah tu!

Kak Fa ni pun ANAK TUNGGAL seibu sebapa juga.  If you want to know the real life of the only child,  tanya Kak Fa ni ha.  And if you want to know how I raise my only son,  pun boleh juga.  Walaupun Kak Fa ni bukanlah pakar keibubapaan yang ada doctorate kan? Winking smile

Jujur... Kak Fa memang rasa rimas dan semak bila sejak akhir-akhir ni Kak Fa asyik kena sindir sebab anak Kak Fa sorang jer...  Lepas tu berasak-asak yang dok ajukan soalan bila nak menambah,  bila nak menambah. Uhuksss korang ingat nak menambah anak tu, hari ni terfikir esok dah berbadan dua?  Allahuakbar!  Tu tak termasuk perkara-perkara atau faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan juga.  Contohnya masalah kesihatan atau komplikasi?  Sebagaimana keadaan atau situasi setiap individu tu pasti ada alasan di sebaliknya.  Tak semua yang akan diceritakan pada orang lain.  Jaga sensitivity please?  Buka minda dan buka mata sedikit?  Boleh? 

Amboiii...  Memang trending ya?  Zaman kini ukur hidup orang lain? Panjang bebel Kak Fa dah kan?  Macam nilah,  sebelum entri ni jadi terlalu berjela-jela (elehhh kalau berjela-jela pun apa masalahnya... Open-mouthed smile Ha ha ha...  Entri Kak Fa kan?  Bukan entri you all...  Tak nak baca terpulang...  Kak Fa tak paksa punnn!), Kak Fa nak kongsi sedikit pengalaman Kak Fa sendiri sebagai ANAK TUNGGAL dan juga sebagai seorang ibu kepada ANAK TUNGGAL Kak Fa.

Bila menyandang gelaran ANAK TUNGGAL ni,  itu bukan semestinya sesuatu yang membosankan untuk anak.  Sampaikan ada yang menyindir,  tak ada kawanlah,  kesian sorang-sorang sunyi lah...  Apa dunia ni memang orang yang bergelar ANAK TUNGGAL tinggal sorang-sorang jer ke?  Tak ada Hamba Allah lain dah ke atas muka bumi ni?  Motif?  Nak banding-bandingkan kehidupan ANAK TUNGGAL dengan yang ramai adik-beradik?

Sebenarnya bila menjadi ANAK TUNGGAL ni,  bukanlah BOSAN dan KEKOSONGAN itu sahaja yang menjadi peneman seorang anak. Ada banyak cara dan peranan yang boleh dimainkan oleh para ibu bapa yang mempunyai ANAK TUNGGAL untuk tidak menjadikan KEBOSANAN dan KEKOSONGAN itu sebagai sahabat karib mereka. 

Meh sini meh,  Kak Fa kongsikan cara Kak Fa kendalikan Firash yang merupakan ANAK TUNGGAL selama ini.  As if up to date for now lah kan?  Ha ha ha...  Bulan depan tak siapa yang tau.  Allah jer yang tau.  Ok ok gurau-gurau... Winking smile

Ibu Bapa Perlu Jadi Sahabat Anak


Betul Ke Jadi ANAK TUNGGAL Membosan  kan Untuk Anak (2)

Bila dah anak tu ANAK TUNGGAL,  sebagai ibu bapa, kita kena ready untuk sentiasa ada untuk anak pada kebanyakkan pada waktu yang mana mereka memerlukan teman sepanjang proses tumbesaran mereka.  Sentiasa ada bukan bermaksud memanjakan anakntu berlebih-lebihan. Jangan salah faham pula. 

Ada ketika mereka memerlukan kawan untuk bermain dan bergurau senda ketika mereka keseorangan di rumah.  Ada ketika mereka punya perasaan ingin makan bersaing-saing atau bersama kawan ketika waktu makan.  Ada ketika mereka memerlukan kawan untuk apa-apa sahaja tujuan.  Jangan sesekali ambil mudah tentang keperluan yang satu ini.  Jangan anggap perkara ini tak penting. 

Ketika mereka memerlukan kawan,  kitalah yang kena berada di situ untuk menjadi kawan mereka. 

Libatkan Anak Di Dalam Kepelbagaian Aktiviti Sejak Usia Awal


Betul Ke Jadi ANAK TUNGGAL Membosan  kan Untuk Anak (3)

Give them the opportunity to mingle around dengan rakan-rakan lain sesekali.  Let's say pada setiap hujung minggu ke?  You can do anything.  Bawa mereka beriadah di playland ke?  Bawa mereka ke playschool mingguan ke?  Bawa mereka ke swimming class ke?  Apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan mereka dan kanak-kanak lain. 

Hantar Ke Tadika Seawal 4 Tahun


Betul Ke Jadi ANAK TUNGGAL Membosan  kan Untuk Anak (4)

Ambil kesempatan trending masyarakat kini yang menghantar anak-anak ke tadika seawal mungkin. Daripada duduk terperap dan duduk sahaja di rumah macam tu tak ada apa-apa.  Sekurang-kurangnya banyak perkara yang anak-anak kecil kita dapat explore dan belajar di sekolah. Jangan disebabkan mereka anak tunggal kita kongkong minda mereka sehingga mereka merasa tertekan kerana sentiasa berseorangan. 

Tak banyak pun yang Kak Fa amalkan,  setakat 3 perkara ini sahaja buat setakat ini.  Yang mana,  Kak Fa rasa itu agak memadai buat anak Kak Fa pada waktu dan ketika ini. Pada Kak Fa,  apa yang masyarakat patut faham dan tahu adalah,  menjadi ANAK TUNGGAL bukanlah tiket ke arah kehidupan yang MEMBOSANKAN ataupun KESUNYIAN kerana KESEORANGAN.  Masyarakat juga perlu faham yang menjadi ANAK TUNGGAL bukan bermaksud terlalu dimanjakan walaupun hakikatnya ada di luar sana anak-anak yang terlalu dimanjakan.  Kalau tak jadi ANAK TUNGGAL pun,  kalau nak terlalu dimanjakan pun boleh.  Tapi bukan Kak Fa ya? 

Pada ibu bapa yang senasib dengan Kak Fa,  yang Allah turunkan rezeki seorang sahaja cahaya mata,  janganlah rasa down kerana anak kita cuma seorang sahaja.  Cherish the moment to the max.  Hargai anugerah dan rezeki serta tanggungjawab dan amanah yang telah Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.  Jangan kita sia-siakan.  Jangan juga rasa sedih bila mengenangkan anak-anak keseorangan tiada berteman di rumah kerana ada cara untuk kita atasi keseorangan dan kesunyian itu pada anak.  Abaikan cakap-cakap orang sekeliling dan terima seadanya dengan berlapang dada. 

*Rezeki itu milik Allah dan kehendak Allah kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Kenapa perlu mempersoalkan tentang rezeki orang lain?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Rasanya kadang jadi anak tunggal pun lebih syok.. xperlu nak share barang2..hehe... And patut lebih bersyukur dgn rezeki Allah dikurniakan anak walaupun seorang.. LeYa ni dah 3 tahun belum ade rezeki anak lagi...

    ReplyDelete
  2. x de lebih best semua x payah kongsi haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !