BAHAYA Tidak Cukup Tidur Pada Anak!

Farah Waheda Wahid
0
BAHAYA TIDAK CUKUP TIDUR PADA ANAK!

Cerita soal waktu tidur yang mencukupi untuk anak ni… Kak Fa nak mengaku yang Kak Fa boleh bertukar dari sebaik-baik Wonder Woman kepada seganas-ganas Incredible Hulk! Green with envy Ha ha ha… Open-mouthed smile Percaya tak? Menjaga waktu tidur anak memang sangat penting bagi Kak Fa… Tetapi kadang-kadang tu, walaupun Kak Fa cuba nak jaga waktu tidur anak Kak Fa, dia pula yang tak nak jaga waktu tidur dia. Sampaikan Kak Fa terpaksa gelapkan satu rumah baru dia nak tidur. Sejak-sejak dah school ni, waktu siang pun kena paksa untuk nap. Kalau tak paksa, memang tak nap lah dia. Kecuali… Kecuali kalau dia benar-benar letih. Paksa tu bukan apa… Paksa tu sebab nak pastikan yang dia cukup tidur… Kerana ada bahaya tidak cukup tidur pada anak.

Mungkin satu dua perkara yang Kak Fa nak kongsikan ni dah biasa sangat para ibu bapa dengar, tetapi ada lagi yang Kak Fa nak tambah hasil dari pembacaan Kak Fa baru-baru ini.

Mempengaruhi Perkembangan Otak

Sepertimana hasil daripada sebuah kajian yang telah dipublikasikan di Frontiers in Human Neuroscience, kurang tidur di kalangan kanak-kanak dapat mempengaruhi perkembangan otak mereka. Kajian tersebut telah dilakukan oleh beberapa orang professor dari Brown University, Boulder Colorado University dan Zurich University. Menurut Salome Kurth, iaitu seorang pemerhati dari University Hospital of Zurich, terdapat kemungkinan proses tidur melibatkan penyambungan saraf-saraf pada otak kanak-kanak. Kondisi tersebut jelas berpengaruh kepada kematangan otak.

Mengakibatkan Otak Anak Bekerja Lebih Lambat, Perkembangan Tersekat

Kajian juga menunjukkan bahawa tidur adalah sangat penting kepada otak kanak-kanak. Merujuk kepada kajian yang dilakukan terhadap 13 kanak-kanak yang berusia di antara 5 sehingga 12 tahun, waktu tidur yang singkat akan mengakibatkan otak kanak-kanak bekerja dengan lebih lambat. Ianya mempengaruhi kadar myelin di mana selain otak kanak-kanak bekerja dengan lebih lambat, di dalam masa yang sama perkembangannya juga akan menjadi tersekat.

Kemampuan Kognitif Tidak Optimal

Kanak-kanak yang mempunyai kebiasaan tidur yang tidak teratur atau tidur selepas 9.00 malam memiliki skor membaca dan kemampuan matematik yang rendah. Kurang tidur mengakibatkan ritma tubuh terganggu dan membataskan keupayaan otak untuk menerima informasi terbaru. Kajian yang diketuai oleh Professor Amanda Sacker dari University College London menyatakan bahawa kanak-kanak yang memiliki waktu tidur yang tidak teratur adalah refleksi dari keadaan keluarga yang tidak tenteram, seterusnya memberikan kesan kepada kemampuan kognitif mereka.

Daya Tubuh Yang Lemah

Biasalah tu… Bila tak cukup tidur, memang tubuh rasa tak bermaya dan semacam. Kita yang dewasa ni pun akan terasa benda yang sama juga. Kanak-kanak yang memiliki tidur yang cukup akan memiliki yang tubuh yang segar dan bertenaga serta tidak mudah dihinggapi penyakit.

Sedikit tips untuk menjadikan pola tidur anak teratur adalah tidak membiasakan anak-anak makan makanan yang manis sebelum tidur. In Shaa Allah, dengan mengelakkan makanan manis sebelum tidur, waktu tidur anak akan menjadi lebih teratur dan kualiti tidur anak juga akan meningkat.

Kak Fa akui, ada masa Kak Fa struggle juga nak suruh Firash tidur ikut waktu… Cara paling senang… Tutup lampu, tutup segala yang bercahaya… Pretend tidur… Lepas tu tidurlah dia tak lama selepas itu… Winking smile.

*Sebab tu, Kak Fa terkadang tu rela tak terlibat dalam aktiviti luar rumah ketika Firash tidur. Tak apalah tak dapat sama-sama meraikan ataupun tidak dapat pergi ke mana-mana, asalkan Firash cukup tidur. Lagipun, kalau anak cukup tidur ni, sebenarnya kurang sikit ragamnya… He he he… Kalau tak cukup tidur tu yang macam-macam perangai boleh keluar tu… Smile with tongue out

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !