Bahaya Tali Pusat Terbelit Di Leher Bayi

Farah Waheda Wahid
0
Bahaya Tali Pusat Terbelit Di Leher Bayi
Kredit: Gambar dari Google

Cerita mengenai kehamilan pula!  Cerita tentang TALI PUSAT bayi. Setakat ni belum ada lagi di antara kalangan yang Kak Fa kenal melalui pengalaman TALI PUSAT bayi yang terbelit di leher. Cuma dulu sekalilah Kak Fa pernah dengar Mama Kak Fa berborak dan ada sebut pasal bayi yang tali pusatnya terbelit di leher. Satu perkataan jer yang automatik muncul dalam otak Kak Fa ni...  Bahaya tali pusat terbelit di leher bayi. 

Tali pusat adalah merupakan talian hayat untuk bayi di dalam kandungan.  Nuchal cord biasa ditemui dan berlaku kepada satu dalam tiga kelahiran.  Tali pusat yang panjang juga adalah antara penyebab ia meliliti bayi. Panjang tali pusat bayi umumnya rata-rata 50sm sehingga 60sm.  Namun setiap bayi mempunyai panjang tali pusat yang berbeza-beza. Fuhhh..  Tiba-tiba teringat tali pusat anak Kak Fa yang gynae kata sangat-sangat panjang dulu.  Tapi tak mustahil pun sebabnya ada tali pusat yang panjangnya melebihi 100sm dan pendek iaitu kurang daripada 30sm. Syukurlah,  tiada insiden anak Kak Fa terbelit tali pusat di leher...  Terima kasih Allah. 

Sebelum usia kehamilan mencecah 36 minggu,  selalunya kepala janin belum memasuki bahagian atas pinggul. Pada ketika ini saiz bayi masih kecil dan jumlah air ketuban masih banyak sehingga boleh menyebabkan bayi terlilit tali pusat semasa berpusing atau aktif bergerak.  Bagi kehamilan kembar dan polihidramniosis pula,  kuantiti air ketuban yang lebih banyak meningkatkan lagi risiko leher bayi terlilit atau terbelit tali pusat. 

Kebanyakan ibu akan dimaklumkan mengenai keadaan tali pusat bayi terbelit atau melilit leher janin melalui imbasan ultrasound color doppler atau tiga dimensi semasa pemeriksaan antenatal.  Dalam beberapa keadaan ia boleh dilihat selepas kepala bayi keluar dari perineum (melalui kelahiran normal)  atau rahim semasa pembedahan caesarean dilakukan. 

Faktor Penyebab Tali Pusat Terbelit Atau Terlilit


1. Tali pusat terlalu panjang. 
2. Kandungan Wharton Jelly kurang di dalam tali pusat yang seperti tali pusat bayi bermasalah tumbesaran dalam rahim.  (Intrauterine Growth Restricted - IUGR).
3. Air ketuban terlalu banyak.
4. Kandungan berbilang atau kembar. 
5. Kedudukan bayi songsang. 

Bahaya Tali Pusat Terbelit


1. Bayi menjadi lemas atau mengalami kekurangan oksigen. 
2. Degupan jantung menurun atau menjadi lemah terutama ketika kontraksi rahim.  Ia lazimnya dikesan oleh alat kardiotokografi (CTG).
3. Bayi mengalami sindrom aspirasi mekonium atau membuang air besar dalam air ketuban apabila bayi kekurangan oksigen dan sekiranya air ketuban termasuk ke dalam paru-paru bayi akan menyebabkan radang paru-paru dan sesak nafas. 
4. Kepala bayi mungkin susah atau lambat turun dan keluar dari perineum.
5. Meningkatkan kemungkinan untuk kelahiran alat bantu semasa proses kelahiran seperti vakum,  forsep atau pembedahan caesarean disebabkan masalah-masalah di atas. 
6. Muka bayi menjadi sedikit kebiruan dan bengkak selepas dilahirkan. 

Menurut Dr. Mastura Mohd Mokhtar,  Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di KPJ Shah Alam Specialist Hospital,  sekiranya sebelum bersalin doktor mengesan tiga kali lilitan bayi,  ada doktor yang akan berbincang dengan ibu sama ada akan bersalin secara caesarean ataupun normal dan selalunya tidak membahayakan bayi semasa proses kelahiran.  Kalaulah tali pusat tu melilit ketat sangat,  kebiasaannya doktor akan potongkan tali pusat terlebih dahuku sebelum ibu meneran untuk mengeluarkan bahu dan badan bayi. 

Sumber Rujukan: Majalah Pa & Ma Keluaran Oktober 2017

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !