Alasan Kukuh Kenapa Perlu "Sental" Anak Selepas Beriadah Di Playland!

Farah Waheda Wahid
3
Alasan Kukuh Kenapa Perlu Sental Anak Selepas Beriadah Di Playland!

Mak aiii! Surprised smile Kotornya! Macam tu sekali kotornya kawasan playland sampaikan tapak stokin Kak Fa jadi hitam macam tu! … Surprised smile Jadi memang tak hairanlah jika ada di kalangan anak-anak kecil yang jatuh sakit atau kurang sihat selepas ibu bapa membawa mereka beriadah di playland pada cuti sekolah mahupun hujung minggu! Tak berapa nak gemar bawa anak ke playland tetapi kesianlah... Sesekali nak juga bawa mereka keluar dari kawasan perumahan dan bergembira kan? Betul tak? Dan inilah salah satu alasan kukuh kenapa kena "sental" anak selepas beriadah di playland!

Alasan Kukuh Kenapa Perlu Sental Anak Selepas Beriadah Di Playland! (2)

Dah bergolek, dah baring, dah masuk dalam timbunan bola-bola berwarna-warni... Oh my goodness! Bayangkanlah berapa banyak bakteria dan juga kotoran yang dah melekat pada tubuh badan anak kita? Bakteria dan virus yang terdapat di merata playland tu serta di mana-mana sahaja adalah merupakan ancaman bagi kesihatan anak-anak yang lebih prone to sickness berbanding kita yang dewasa ni. Waktu-waktu usia macam anak Kak Fa ni, tubuh badan anak akan lebih cepat kotor. Al-maklumlah sedang giat berekplorasi orang kata.

Bila berada di playland... tangan adalah satu bahagian tubuh yang paling cepat melakukan perhubungan dengan kuman. Pegang tu, pegang ni. Jangan lupa cuci tangan anak dengan menggunakan sabun! Bukan setakat tangan... Tubuh badan secara menyeluruh. Tolong jaga kesihatan anak dan juga dalam masa yang sama lindungi kulit anak-anak secara semulajadi tanpa bahan pengawet, steroid, ramuan sintetik dan petrokimia.

Bagaimana? Haa... Ni yang Kak Fa nak bagi satu tips dan nak ajar sikit ni... Harapnya sudilah membaca dan sudilah pertimbangkan ya? Sebab bagi Kak Fa, dalam banyak-banyak produk anak kecil yang terdapat di pasaran, Kak Fa sangat menyakini produk minyak kelapa dara Tropika di dalam memelihara kesihatan kulit anak Kak Fa.

Kegemaran Kak Fa adalah Tropika Natural Bubble Wash.


Alasan Kukuh Kenapa Perlu Sental Anak Selepas Beriadah Di Playland! (3)

Dah pernah cuba ke belum? Bagi Kak Fa yang mempunyai anak yang kini bakal mencecah usia 4 tahun, Kak Fa berkongsi cerita ini supaya ibu bapa yang tak tahu menjadi tahu dan ibu bapa yang selama ini terpandang-pandang iklan produk Tropika menjadi lebih jelas tentang manfaat produk ini. Ini bukan sebab Kak Fa dibayar atau disuruh melakukan review ke atas produk ini ya? Bukan sebab tu... Tapi sebab Kak Fa sendiri yang sukakan produk Tropika ni setelah menjadi pengguna Tropika Natural Bubble Wash.


Alasan Kukuh Kenapa Perlu Sental Anak Selepas Beriadah Di Playland! (4)

Kak Fa mula menjadi pengguna Tropika Natural Bubble Wash ni pada suku kedua tahun ini. Kak Fa gunakan pada setiap kali Kak Fa mandikan Firash sebagai mandian dan syampu untuk melembabkan kulit serta melembutkan rambut Firash. Senang! Bagi Kak Fa, Tropika Natural Bubble Wash benar-benar memudahkan Kak Fa serta menjimatkan kos perbelanjaan Kak Fa di zaman serba mahal ni. Mandian dan syampu sekali! Tak perlu beli asing-asing. Berbelanja secara bijak katanya.

Yang paling Kak Fa suka adalah ianya merupakan produk yang natural serta tidak beralkali, tiada steroid, parabens atau sebarang kimia. Asasnya cuma Minyak Kelapa Dara yang mempunyai kepekatan isi kandungan yang menjimatkan. Tak perlu pakai banyak-banyak... Pakai sikit pun dah cukup untuk membersih keseluruhan tubuh badan anak Kak Fa dengan baik.

Kadang-kadang bila bermain di playland, disebabkan betapa "bersih"nya playland tu... Ada juga Kak Fa spotted sedikit ruam-ruam merah pada tubuh badan Firash selepas dua tiga hari bermain di playland.

Alasan Kukuh Kenapa Perlu Sental Anak Selepas Beriadah Di Playland! (5)
Kredit: Gambar dari Google

Boleh nampak jugalah dia tergaru-garu sana, tergaru-garu sini. Iyalah kotorkan dalam tu? Memanglah kalau tak betul-betul bersih tubuh badan selepas tu walau dah bersabun dan bersental bagai, tetap akan muncul juga kesan-kesan sebegini. Dulu memang macam ni, tetapi sejak Kak Fa mula gunakan Tropika Natural Bubble Wash. Ruam-ruam merah macam ni dah tak muncul lagi dah. Mujarab nampaknya Tropika Natural Bubble Wash ke atas Firash. Ehhh...baguslah! Dari situ, Kak Fa dah tak pernah bertukar produk lagi dah untuk Firash.

Setiap kali mandi, Kak Fa akan sabun ke seluruh bahagian badan Firash termasuk wajah, ketialk, kaki, sela-sela kuku, telinga dan area vital. Punyalah gigih Kak Fa nak banteras kuman dan melegakan kulit Firash secara semulajadi daripada radang seperti ruam. Bukan setakat ruam disebabkan bermain di playland yang tidak diketahui tahap kebersihannya itu. Tetapi juga, sangat-sangat bagus di dalam mengelakkan ruam panas. Iyalah, Firash kan dah sekolah... Terkadang tu baju seragam sekolah tu, boleh tahan juga panas bila dah berlari sana berlari sini. Nak nak jenis yang tak boleh panas. Ahakss... Dah mengalahkan Uncle Fattah Amin dah pula dia ek? Winking smile Dikatakan tak boleh berjemur dan tak tahan panas. Ok ok gurau-gurau jer... Uncle Fattah Amin, jangan marah Mommy Firash ya? Ampunnn... Sejak-sejak jadi pengguna produk Tropika Natural Bubble Wash... Firash dah tak dihinggapi ruam... Alhamdulillah...lega hati Mommy ni ha...

Oh ya... Sebelum Farah terlupa, selain melegakan kulit secara semulajadi daripada radang seperti ruam panas sebenarnya Tropika Natural Bubble Wash juga melegakan kulit secara semulajadi daripada radang seperti ruam lampin atau ekzema. Cubalah korang... Anak-anak yang ada masalah ruam lampin atau ekzema tu, ikhtiar untuk bantu pulihkan dan kurangkan ruam lampin serta ekzema mereka. Eeee...Kak Fa memang kesian sangat pada anak-anak kecil yang ada ekzema ok? Ramai di antara kawan-kawan Kak Fa yang anak mereka mengalami masalah ekzema yang tak berkesudahan. Tu sebab Kak Fa cerita ni, mana tau, Tropika Natural Bubble Wash boleh bantu serba-sedikit anak-anak kecil anda kan?

Selain tu, Tropika Natural Bubble Wash ni dapat membantu untuk mengurangkan masalah kerak kepala dan sesuai untuk kulit sensitif.


Kak Fa dapat perhatikan perbezaan sebelum dan selepas menjadi pengguna Tropika Natural Bubble Wash ni pada Firash. Hasilnya? Memang sejak-sejak jadi pengguna Tropika Natural Bubble Wash, Firash jarang terkena ruam panas dan juga terkena penyakit-penyakit seperti batuk, selesema selepas bermain di playland. Kak Fa rasa, Kak Fa dah buat keputusan yang betul dengan menjadi pengguna setia Tropika Natural Bubble Wash ni. Iyalah...anak kannn? Bukan senang untuk Kak Fa dapatkan dia... Memang bagai menatang minyak yang penuhlah Kak Fa menjaga serba-serbi tentang dia.

Menguruskan kesihatan anak adalah cabaran buat Kak Fa. Tahun-tahun awal adalah tempoh "kritikal" bagi setiap ibu bapa sebabnya anak-anak mudah dijangkiti batuk, selesema, cirit-birit dan demam. Kak Fa dah rasa dah oiii, macam-mana kesiannya Kak Fa tengok dia batuk teruk selama sebulan sebelum ni. Macam-macam ikhtiar yang Kak Fa dah buat. Kemudian, bila Kak Fa decide nak gunakan Tropika Natural Bubble Wash, nampaknya, batuk seperti dah tak nak kawan dengan Firash lagi dah... Ha ha ha... Alhamdulillah...

Oh ya... Untuk batuk tu kan? Kak Fa ada nak cerita lagi... produk Tropika juga... Bagus sangat-sangat ok... Cepat melegakan batuk! Tapi itu nanti dulu... Nanti Kak Fa taipkan cerita lain berkenaan dengan batuk dan juga produk Tropika yang Kak Fa maksudkan tu... Bukan setakat Firash jer yang cepat lega dari batuk... Termasuk dengan Kak Fa sendiri cepat lega dari batuk. Bagus tu.. Kak Fa betul-betul suka... Tapi tunggu jap ek? #kosabarjap... Nanti Kak Fa ceritakan.

Sementara Kak Fa sambung cerita, mungkin anda boleh cuba-cuba melawat ke Laman Facebook Tropika Beauty ke? Sambil-sambil tu bolehlah tengok-tengok produk-produk lain yang bernaung di bawah jenama Tropika kan? Kalau ada yang nak buat persiapan untuk bayi yang bakal lahir... Memang Kak Fa sarankan berdasarkan pengalaman untuk anda menjadi pengguna produk Tropika. Berikan yang terbaik untuk bayi anda ok? Kalau tak cukup maklumat? Boleh jer terus tengok laman web mereka di Tropika Beauty.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. memang patut sangat ni. kebersihan sana teruk juga utk anak2.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian, kebersihan anak2 memang kena ambil perhatian lebih..

    ketahui info lanjut mengenai:-
    kembung perut
    selsema
    minyak urut

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !