Home » , , , , , , , , , » Aktiviti Jimat Kos Bersama Anak-Anak Di Zaman Serba Mahal!

Aktiviti Jimat Kos Bersama Anak-Anak Di Zaman Serba Mahal!

AKTIVITI JIMAT KOS BERSAMA ANAK-ANAK DI ZAMAN SERBA MAHAL!  (2)

Zaman serba mahal – Majoriti masyarakat sangat-sangat terasa kesannya! Terutama dari kalangan rakyat marhaen seperti Kak Fa ni. Serba-serbi mahal sampaikan dah naik trauma nak keluar dari rumah. Asalkan keluar jer… sekelip mata mengalir macam air Ringgit Malaysia tu ha. Bukan tahap koyak lagi dah… dah jatuh tahap rabak! Jujur… Kak Fa sememangnya agak mencatu aktiviti keluar dari rumah dan Kak Fa lebih selesa untuk menghabiskan masa di rumah serta bergerak di kawasan-kawasan sekitar taman perumahan Kak Fa jer. Jika benar-benar tiada keperluan ataupun tidak ada kepentingan, Kak Fa lebih memilih untuk memerap di rumah. Ha ha ha… Open-mouthed smile Sejak bilalah Kak Fa ni jadi hommy type ya? Sejak zaman serba mahal… Seriau rasanya! Tapi kesianlah juga pada anak Kak Fa… Jarang-jarang sekali dia dapat berjimba di luar seperti kanak-kanak lain… Kebanyakan pada masa di rumah dan berkitar di kawasan rumah jer… Kesian dia… So that’s where I’ve came up with senarai aktiviti bersama anak-anak di zaman serba mahal! Yang mana mungkin sesetengah dari anda juga melakukan perkara yang sama.

Jika dilihat sebetul-betulnya…Sebenarnya terdapat banyak aktiviti jimat kos yang boleh dilakukan bersama-sama dengan anak-anak dan di dalam masa yang sama sebenarnya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga serta dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Sejak hidup bercatu ni, Kak Fa memang berkira setiap segi sisi kehidupan… Dalam masa yang sama, Kak Fa agak macam pecah kepala juga memikirkan untuk anak Kak Fa supaya dia tidak terasa tersisih dari dunia luar, kehidupan seperti kanak-kanak lain di luar dan juga terasa tidak seperti kanak-kanak lain. Bila dah dalam kehidupan bercatu ni…makanya terpaksalah perah otak untuk jadi kreatif di dalam perancangan aktiviti terutamanya di hujung minggu kan? Kalau tak ada apa yang nak dilakukan…boleh jatuh bosan tahap maksima Firash tu dan kemudian mulalah meragam dan merengek. Iyalah, dia pun nak juga beriadah kan?

Sesekali sebenarnya elok jika membiarkan anak berasa bosan. Kak Fa pernah terbaca yang apabila seseorang anak merasai pengalaman menjadi bosan, dia akan belajar untuk mengatasinya dan membuatkan dia menjadi seseorang yang lebih baik. Rasa bosan dapat membantu anak menemukan bakat tersembunyi yang ada pada diri mereka dan juga dapat melatih daya imaginasi anak yang sering digunakan untuk menghiburkan diri mereka sendiri. Contohnya bermain dengan objek-objek yang boleh digunakan sebagai bahan imaginasi mereka.

Apa yang Kak Fa buat di dalam kehidupan bercatu untuk menjimatkan kos tanpa mengorbankan hak seorang anak untuk bergembira serta beriadah di zaman serba mahal ini adalah beberapa perkara yang Kak Fa senaraikan di bawah:

Aktiviti Kraf

AKTIVITI JIMAT KOS BERSAMA ANAK-ANAK DI ZAMAN SERBA MAHAL!  (1)

Kak Fa gunakan segala sumber yang ada seperti laman web – free printables, barangan kraf yang diberikan oleh pihak PR kepada Kak Fa untuk tugasan sebagai blogger yang sememangnya khusus untuk kanak-kanak seusia anak Kak Fa, buku-buku mewarna dan segala yang relevan untuk aktiviti kraf bersama-sama anak di dalam mengisi waktu terluang kami bersama. Kebetulan Firash sememangnya minat dengan aktiviti kraf. Dia jadi seronok dan gembira bila dapat melakukan aktiviti-aktiviti sebegini pada waktu terluang terutamanya pada hujung minggu. Kak Fa ambil peluang ni untuk mengisi masa hujung minggu Firash dengan sebaiknya. Kadang-kadang tu, sampai berjam-jam dia boleh menghadap apa yang dilakukan tu. Kak Fa pun samalah kan? Terpaksa lepaskan segala benda dan fokus di dalam menghabiskan masa bersama-sama dia dan melakukan aktiviti bersama-sama dia.

Syukurlah… banyak sources boleh membantu Kak Fa di dalam menjalankan aktiviti kraf bersama anak Kak Fa. Sekarang ni dah mudah… Cuma memerlukan sedikit masa untuk mencari tahu sumber dan belajar dari sumber-sumber yang ada untuk aktiviti-aktiviti DIY yang boleh dilakukan di rumah. Berlambak-lambak free printables dan juga sumber-sumber lain yang boleh kita gunakan sebagai ibu bapa. Cuma nak kena rajinlah kan… Rajin mencari… Rajin melayan… Open-mouthed smile Ha ha ha…

Taman Permainan

AKTIVITI JIMAT KOS BERSAMA ANAK-ANAK DI ZAMAN SERBA MAHAL! (3)

Yang selalu menjadi mangsa! Taman permainan yang terletak di dalam kompaun kawasan perumahan Kak Fa… Aktiviti yang selalunya dilakukan pada petang hari bila cuaca dah sejuk dan redup. Bila dah asyik terkurung jer… dan dapat lepas…Memang super duper over excited lah dia kan? Kalau tak hampir 2 jam di taman permainan tu, memang tak sah. Payah juga nak ajak balik… Kadang-kadang tu, kena paksa balik juga… Macam-macamlah pujukan untuk menarik perhatian dia supaya nak balik. Open-mouthed smile Ha ha ha… Bukan setakat dia jer habis berpeluh sampai basah baju, dalam masa yang sama Kak Fa pun sama juga… Habis berpeluh sampai basah baju jadinya. Tak perlu bayar, tak perlu bakar petrol dalam enjin… Jalan kaki jer… He he he… Smile with tongue out Dah sampai taman permainan.

Mandi Kolam

AKTIVITI JIMAT KOS BERSAMA ANAK-ANAK DI ZAMAN SERBA MAHAL! (4)
Kredit: Gambar dari Google

Acara kegemaran anak Kak Fa! Acara kegemaran semua kanak-kanak pun… Main air! Kak Fa selang-selikan aktiviti kraf, taman permainan dan berendam! Memang seronok betul Firash kalau dapat berendam di dalam swimming pool yang sememangnya disediakan untuk para penduduk di dalam kompaun kawasan taman perumahan. Jika anda tinggal di kawasan yang menyediakan perkhidmatan sebegini, anda juga boleh mengambil kira idea ini sebagai aktiviti riadah hujung minggu yang menjimatkan kos perbelanjaan riadah bersama anak-anak. Smile. Jika tidak ada kemudahan sebegini… Mungkin saja anda boleh menggunakan kemudahan yang tersedia di mana-mana lokasi yang berdekatan dengan anda yang ditawarkan secara percuma. Makanya, berkubanglah kami berdua beranak di dalam kolam sampai kecut! Smile with tongue out.

Berkelah Di Padang

AKTIVITI JIMAT KOS BERSAMA ANAK-ANAK DI ZAMAN SERBA MAHAL! (5)
Kredit: Gambar dari Google

Ada sesetengah orang berpendapat yang berkelah di padang ni boleh dikira aktiviti ortodoks… Tapi tak kisahlah… Ortodoks pun ortodoks lah… Kak Fa selalunya akan bawa anak Kak Fa ke padang-padang yang berhampiran yang sesuai untuk aktiviti sebegini. Sesekali feeling macam mat saleh picnic dekat padang. Best juga! Selalu tengok dalam filem jer kan? Tak perlu susah payah masak segala bagai untuk picnic… Simple jer… Bawa tikar, bawa air, bawa sandwich atau apa sahaja makanan kegemaran Firash, termasuk basikal… lepas tu lepaskanlah dia bermain basikal di bawah pemantauan Kak Fa… Bila dah penat… Duduk di tikar serta makan dan minum… Tak adalah sewaktu tengah hari terik… Tunggulah cuaca redup dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Boleh buat macam-macam aktiviti di padang tu pun… tak kisahlah nak berlari tanpa arah tujuan ke? Macam yang Firash suka… Main rumput, main bunga rumput, main basikal ataupun main layang-layang ke? Ikut selera tekak masing-masing…

Mungkin tidak se-happening riadah hujung minggu di kawasan luar dari kawasan perumahan… tetapi Alhamdulillah, Firash masih lagi gembira dan suka dengan apa yang dilakukannya pada setiap hujung minggu sebegini. Kak Fa rotate-lah… tak adalah buat benda yang sama jer setiap minggu. Sekurang-kurangnya dia rasa gembira dan rasa masa dia terisi seperti kanak-kanak lain juga. Sesekali kami ada juga keluar… Sesekali tu macam let say Kak Fa ada jemputan event yang melibatkan kanak-kanak ke? Ataupun saja ke mall ke? Frekuensi sesekali tu… Yang Kak Fa boleh kata adalah sebulan sekali… Selebihnya kami lekat di rumah… He he he… Open-mouthed smile

Kak Fa percaya setiap ibu bapa ada cara mereka yang tersendiri di dalam menghabiskan hujung minggu bersama anak-anak… Bagi Kak Fa, inilah cara Kak Fa membesarkan dan mengisi masa hujung minggu Firash…. Aktiviti yang dikatakan jimat kos! Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Aktiviti Jimat Kos Bersama Anak-Anak Di Zaman Serba Mahal!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, October 12, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. tu la...tp kdg2 ada jgk nk bg sekali try gi tmpt mahal...so far tak expose lg tmpt2 gitu..ok la

    ReplyDelete
  2. Mahu atau tidak kos hidup tetap meningkat

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia