7 Sifat & Sikap Guru Tadika Yang Ibu Ini Mahu!

7 SIFAT DAN SIKAP GURU TADIKA YANG IBU INI MAHU!

Hari tu… sewaktu Kak Fa tukarkan tadika untuk anak Kak Fa, adalah beberapa orang rakan yang personally message Kak Fa dan bertanyakan kenapa dan mengapa Kak Fa tukarkan tadika untuk anak Kak Fa tu. Selain daripada masalah dan juga faktor peribadi yang berpunca dari Kak Fa sendiri sebenarnya secara jujur, Kak Fa sudah lama berkira-kira ingin tukarkan Firash ke tadika lain. Cuma terkadang tu rasa, nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak. Kak Fa perhati jer, Kak Fa pantau jer… Dan Kak Fa berikan tempoh masa. Kak Fa ni jenisnya tak suka nak bercakap-cakap berulang kali tentang kemahuan Kak Fa atau expectation Kak Fa… Tapi Kak Fa akui, tak suka ulang-ulang atau cakap secara tak menjaga hati tu adalah merupakan kelemahan Kak Fa juga. Bukan Kak Fa tak belajar… Yang bahasa kiasan tu kadang-kadang tak beri kesan… Tapi Kak Fa sebolehnya nak menjaga hati…Ha macam tulah… Faham tak? Sebab Kak Fa tak nak keruhkan hubungan sesama manusia…. Tapi… bila dah kronik… Kak Fa ni sikapnya terus tarik macam tu jer… Cut the cord Kemudiannya agak terpinga-pinga atau tak ketahuan punca jugalah pihak yang satu lagi. Ha…macam tulah… Tapi, setiap ibu bapa ada expectation mereka yang tersendiri. Termasuklah Kak Fa… Ada 7 sikap dan sifat guru tadika yang ibu ini mahu! Kiranya…luahan hati jugalah ni…

Kak Fa memang cerewet, memang fussy dan memang sangat fokus kepada hal-hal yang berkaitan dengan anak Kak Fa. Kak Fa akui, I am not an easy person to be pleased as a mom and I am not an easy person to understand as a mom. I have a high expectation and hopes. Normal kot? Seorang ibu yang mahukan yang terbaik untuk anaknya? Bukan obsessed tetapi inilah perasaan seorang ibu yang mahukan yang terbaik untuk anaknya. Tak kira sama ada anak pertama, anak kedua, anak ketiga, anak keempat, anak kelima, keenam, ketujuh dan seterusnya. Nak nak lagi, tu seorang sahajalah buah hati pengarang jantung Kak Fa. Nak menjadi pun dia, tak menjadi pun dia juga. Tentulah nak menjadi kan? Siapa yang mahukan tak menjadi? Tapi nak jadikan menjadi tu bukan bermakna Kak Fa perlu serah bulat-bulat pada Firash… Kak Fa pun kena mainkan peranan. Kak Fa akan involve semaksima mungkin dan Kak Fa tau territory Kak Fa…Mana sepatutnya dan mana yang tak sepatutnya…

Apa yang Kak Fa mahukan sebagai seorang ibu dari guru tadika yang mendidik Firash adalah:

Berilmu

Maaf! Kak Fa bukan berniat nak merendah-rendahkan sesiapa dan tahap pendidikan sesiapa pun! Tak terlintas sedetik pun dalam hati Kak Fa ni. Tapi apa yang semua orang perlu faham tentang pendirian Kak Fa adalah Kak Fa is in the stand that pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan yang sangat penting untuk membentuk satu solid foundation pada anak-anak kecil sebelum mereka memulakan alam persekolahan yang sebenar. Bagi Kak Fa, guru yang baik adalah guru yang sentiasa mendalami dan belajar ilmu-ilmu di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tanpa ilmu yang baik dan cukup, mana mungkin seorang guru pendidikan awal kanak-kanak memahami kerenah, kehendak, keperluan dan perkembangan yang bersesuaian dengan anak-anak kecil?

Contohnyalah kan? Apakah syllabus yang sesuai untuk diajarkan kepada anak-anak berumur 4 tahun? Bagaimana untuk menyesuaikan dengan kemampuan dan tahap pemikirannya? Berapa lama pula ruang fokus bagai anak berusia 4 tahun ini? Benda-benda ni semua perlu diambil kira. Bukan Kak Fa nak mempersoalkan kredibiliti seorang guru. Cara pengajaran yang bagaimana pula sesuai dengan mereka? Semua benda-benda ni memerlukan ilmu. Maka, Kak Fa harap sangat yang mendidik Firash mendapatkan ilmu-ilmu ini daripada training yang disediakan oleh pihak sekolah atau sendiri yang laburkan wang untuk pergi ke mana-mana kelas yang banyak diadakan pada masa kini.

Sabar

Terlebih sabar pun tak boleh, terkurang sabar pun tak boleh. Bersederhanalah. Kak Fa pun faham perkara ni. Kalau tak ada sifat sabar memang sangat-sangat tak sesuai untuk menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak. Sifat sabar tu penting sangat-sangat kerana anak-anak sebesar umur 4 sehingga 6 tahun belajar mengikut peringkat dan kemampuan mereka. Mereka tidak akan terus dapat apa yang kita ajarkan, tunjuk dan baca. Bagi sesetengah anak, mereka mengambil masa untuk menghafal atau mengingati sesuatu. Some are too cheeky sehinggakan asyik nak bermain sahaja. Tapi tolonglah sabar di dalam berusaha untuk mendidik mereka supaya nampak perkembangan mereka kan?

Panggil semua anak-anak kecil dengan penuh kasih sayang. Santuni mereka kerana mereka punya hak untuk dihormati dan disantuni seperti kita yang dewasa ni. Panggilan seperti “hoi! hei!” dengan herdikan serta tengkingan adalah sangat tidak bertamadun kerana mereka semua mempunyai nama untuk dipanggil.

Jika anak-anak kecil buat perangai, panggilan nama mereka dengan baik. Tegur mereka dengan tegas tetapi bukan mengherdik atau menengking. INGAT mereka berumur 4 sehingga 6 tahun bukan 20 atau 40 tahun. Mereka belum matang, jika mereka berfikir, mereka berfikir dalam masa yang lama. Mereka tidak menjawab kerana mereka memikirkan sesuatu. Mereka terlalu bising kerana banyak perkara yang bermain di fikiran mereka dan tidak sabar untuk berkongsi dengan rakan dan guru. Mereka menangis kerana perlukan perhatian. Mereka lambat kerana baru pertama kali mendengarnya, baru pertama kali merasai pengalaman datang ke sekolah.

Kreatif

Guru yang baik adalah guru yang kreatif. Perlu diingatkan bahawa anak-anak yang berada di dalam lingkungan umur 4 sehingga 6 tahun bukan seperti pelajar kolej yang boleh duduk diam di kerusi masing-masing dan hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh seorang guru di hadapan kelas.

Kak Fa mahukan guru pendidikan awal kanak-kanak yang cergas, tidak boleh duduk diam, sentiasa ada benda baru untuk diajar, yang sentiasa ada cara baru untuk menyampaikan pembelajarannya dan sentiasa mahu anak-anak kecil yang diajarnya responsif dan aktif di dalam kelas.

Positif

Nak jadi guru ataupun guru tadika, anda perlu menjadi seorang yang positif pada pandangan Kak Fa. Positiflah…Kalau agak sukar nak mendidik seorang kanak-kanak tu, sukar nak dapatkan tumpuan dari mereka… sebagai guru tadika anda perlu positif untuk terus berusaha dan faham yang kanak-kanak tu akan mengambil sedikit masa serta tidak berputus asa terhadap kanak-kanak yang berkenaan. Jangan sesekali bersangka negatif bila perkembangan kanak-kanak tu agak perlahan atau agak sukar untuk dikawal. Itu cabaran awak sebagai seorang guru tadika. Ya tak? Terus bagi semangat, terus mencari tahu bagaimana nak merubah anak-anak murid tu. Guru tadika adalah perantara. Allah yang memberikan ilmu dan hidayah pada anak-anak kecil.

Penyayang

Sifat penyayang tu perlu sebab untuk melakukan sesuatu kesilapan kecil adalah merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak. Kalau tak penyayang, mustahil untuk anak-anak kecil belajar dengan baik. Salah satu sifat Allah ialah Ar-Rahim iaitu Yang Maha Penyayang. Apa salahnya kita menjadi seorang penyayang dengan semua kanak-kanak tanpa pilih kasih atau mengasingkan mereka?

Tidak Pilih Kasih

Ini memang Kak Fa tak boleh blah… Serius! Sebab mak pak kanak-kanak tu kaya, berkerjaya besar dan berpangkat… anak mereka menjadi “favourite” kita. Jangan sampai puji dan lebihkan calon “favourite” ini. Banyak impak negatif pada kanak-kanak yang selalu menjadi anak emas pada masa hadapan. Sikap “over-confident” dan rasa bangga diri akan memakan diri kanak-kanak. Itu belum lagi kesan kepada kanak-kanak yang bukan “favourite”. Tentu mereka rasa tersisih. Tak termasuk lagi apa perasaan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tadika yang sama kan?

Jangan fikir ibu bapa tak memerhati…Ibu bapa memerhati dan memantau ya… Cuma kadang-kadang tak bercakap jer… Dan jangan ambil kesempatan juga untuk meminggirkan anak-anak yang datang dari keluarga sederhana atau berpendapatan kecil. Smile.

Guru Yang Faham Kepuasan Ibu Bapa

Kepuasan ibu bapa itu adalah bila anak-anak yang dihantar ke tadika yang dijaga dan diajar oleh guru, daripada tidak tahu membaca doa, kini sudah pandai membaca dan menghafal pelbagai doa. Dari sukar untuk fokus seketika, kini telah menunjukkan peningkatan ke atas fokus mereka. Dari tidak mahu atau tidak suka menulis atau membaca, kini sudah boleh sekurang-kurangnya seketika untuk membaca atau menulis. Dari ada perkara-perkara yang ibu bapa mengalami kesukaran untuk membentuk anak-anak mereka, guru tadika telah bantu dan telah nampak perkembangannya. Kalau dah 6 bulan kau hantar anak tapi satu apa pun tak ada perkembangan selain daripada apa yang diajar di homeschooling… Kau ghase? What is the purpose of paying and sending anymore? Betul tak? Kena faham tu…

Mungkin ada yang betul dan ada yang kurang bersetuju dengan apa yang Kak Fa sampaikan… Cumanya… Penghasilan artikel ini adalah rujukan juga daripada artikel di SINI. Bermakna… ada yang juga yang sependapat dan bersetuju dengan Kak Fa tentang kemahuan seorang ibu ke atas sikap dan sifat seorang guru tadika… Smile. Setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing… Tetapi inilah kemahuan dan kehendak Kak Fa supaya Kak Fa tak rasa ralat ke atas macam-macam perkara yang melibatkan anak dan juga tadika.

Alhamdulillah… Apa yang Kak Fa mahukan dan apa yang Kak Fa inginkan sebagai seorang ibu itu, Kak Fa dapat di Genius Aulad… Firash pun nampaknya semakin hari semakin positif dan banyak perkembangannya… Syukur Alhamdulillah…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 7 Sifat & Sikap Guru Tadika Yang Ibu Ini Mahu!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 11, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. insya-Allah...semoga dipermudahkan semuanya... setakat ni, Dieyana tetap pegang, GA memang terbaik! Bukan tadika lain tak baik... tapi ia antara yang terbaik dalam yang baik. ;-))

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia