Tips Pemanduan | Teknik Parking Tepi Jalan Yang Cepat Dan Mudah

Farah Waheda Wahid
1
TIPS PEMANDUAN_TEKNIK PARKING TEPI JALAN YANG CEPAT DAN MUDAH

Cuba mengaku… Winking smile… Ada tak masalah untuk melakukan side parking? Setiap kali nak lakukan side parking, mesti akan mengambil masa yang lama ataupun keluar masuk sampai berkali-kali sehingga dapat menyempurnakan parking kenderaan anda tu? Kadang-kadang tu, bila ada yang dah mula give-up dan malas nak melayan masalah side parking, akhirnya tak jadi parking dan sanggup mencari lot parking biasa yang tidak memerlukan anda melakukan side parking. Open-mouthed smile Ha ha ha… Sudahnya anda jadi tak berapa gemar dengan side parking. Ehhh ada tau jenis pemandu yang macam ni… He he he… Smile Jangan risau, jangan rungsing, jangan malu… Ni Kak Fa nak kongsikan sedikit ni Tips Pemanduan: Teknik Parking Tepi Jalan Yang Cepat Dan Mudah. Yang mana-mana ada masalah side parking tu, wajib baca entri Kak Fa pada kali ini!

Rasa susah sangat ke? Alahaiii… Meh meh meh… Belajar dari video yang Kak Fa temui dari SINI untuk memudahkan pemahaman anda:


Ha macam mana? Mudah tak? Kita ulang tayang sedikit dalam paparan gambar di bawah ni ya?

TIPS PEMANDUAN_ TEKNIK PARKING TEPI JALAN YANG CEPAT DAN MUDAH

Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah kedudukan bahagian hadapan kenderaan yang anda pandu adalah selari dengan bahagian belakang kereta yang berada di ruang petak parking yang kosong. Jangan lebih, jangan kurang ya? Pastikan ngam-ngam…

TIPS PEMANDUAN_ TEKNIK PARKING TEPI JALAN YANG CEPAT DAN MUDAH (2)

Kemudian, serongkan sedikit kenderaan anda serta pastikan sudut bucu kanan di bahagian pemandu adalah selari dengan sudut bucu kiri bahagian belakang kereta di ruang hadapan. Undur perlahan-lahan.

TIPS PEMANDUAN_TEKNIK PARKING TEPI JALAN YANG CEPAT DAN MUDAH (3)

Tadaaa… Selesai sudah. Parting pun ok. Tak perlu nak keluar undur, keluar undur sampai berkali-kali. Nampak mudah tak? Memang mudah pun sebenarnya… Tak susah mana pun… Ok tak? Apa yang Kak Fa kongsikan ni? Winking smile. Ok selepas ni dah boleh jadi pakar side parking dah pula. Tak perlu nak buang masa lama-lama.

Pssttt… tapi parking di tempat yang betul ya? Jangan sampai salah parking dan menyusahkan orang lain. Smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !