Things To Be Prepared Bila Anak Anda Di Preschool!

Farah Waheda Wahid
0
THINGS TO BE PREPARED BILA ANAK DI PRESCHOOL!

Tengok-tengok kalendar… Wow! Dah bulan September! (Elehhh… Macam baru perasan jer yang hari ni dah bulan September kan? Walhal dah lama dah perasan dah….Dah nak masuk pertengahan September dah… Open-mouthed smile). September means yang cuti panjang akhir tahun sesi persekolahan lagi 2 bulan lebih jer lagi untuk Iman Firash. Selepas tu… sesi persekolahan 2018 pula. Diam tak diam, dah hampir setahun dah Firash pergi school. Dah makin besar, dah makin panjang dan banyak akal. Cepatnya besar? Surprised smile… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tentulah kan? Al-maklumlah first-timer… Memang macam ni perangainya Kak Fa ni.Winking smile. Dalam masa hampir setahun ni, banyak benda yang Kak Fa lalui dan belajar. Salah satu daripada tentang things to be prepared bila anak anda di preschool!

This is apart from the registration fees and transportation fees. Ini adalah perkongsian satu sisi yang mungkin ramai orang tahu it does exist tapi tak membincangkan secara serius tentang perkara ni. Sebab kebanyakan daripada kita tahu yang perkara-perkara ni memang exist. Cuma tak put into words jer ker… Tak borak ke… Sebab it’s common. Semua orang pun tahu. Kak Fa ni pula… terlebih rajin nak menaip dan membincangkan perkara ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile Layankan ajer lah ya?

Acara Sambutan Khas

Kita semua dah lalu dah benda ni sewaktu zaman sekolah kita dulu, kita semua dah pernah walk on the lane …. Setiap kali ada sambutan perayaan atau ulangtahun yang melibatkan seluruh negara seperti Hari Raya ke? Hari Kebangsaan ke? Hari Guru ke? Akan ada satu hari yang khas dimana akan diadakan acara sambutan khas bersempena dengan sambutan tertentu. This applies to preschooler too.

Habis tu? Apa kena mengena dengan ibu bapa dan apa yang perlu ibu bapa sediakan? Simple jer sebenarnya. Kadang-kadang bila ada acara-acara sambutan khas sebegini, anak-anak kita berkemungkinan menjadi salah seorang yang mengambil bahagian di dalam agenda acara sambutan khas yang berkenaan. Sebagai ibu bapa, kita kena bersedia untuk membantu anak-anak menyediakan persediaan penglibatan mereka di tadika atau prasekolah.

Contoh paling afdal… He he he… Open-mouthed smile… Firash ada sambutan ulangtahun kemerdekaan di tadika hari ni… Terpilih sebagai wakil kelas untuk costume contest. Makanya, sudah menjadi tanggungjawab Kak Fa sebagai Mommy untuk fikirkan idea konsep pakaian kemerdekaan untuk Firash pakai, dapatkan tailor dan segala bagai. Please be prepared ya ibu bapa yang bakal pertama kali menghantar anak-anak ke tadika atau prasekolah pada tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya.

Masak-Memasak / Pot Luck

Ini perkara biasa… Masa nilah ibu-ibu nak keluarkan segala cooking skills yang ada pada mereka. Ahaksss… Open-mouthed smile… Tapi bukan main boh macam tu jer masak atau baking. Kadang-kadang kena ikut tema juga… Kadang-kadang nak lah juga provide makanan yang tak stereotype dengan parents lain. Habis tu? Kalau sorang dah sponsor kek takkan sampai 10 biji kek yang nak dibawa ke tadika anak? Tu sebab Farah kata kena fikir menu lain juga yang nak dibawa ke tadika. Antara menu-menu yang common sangat dibawa adalah Spaghetti Carbonara, Spaghetti Bolognese, Mee Goreng, Beehoon Goreng, Kek… Ya semua orang nak cepat, semua orang kejar masa… Tapi tulah…You have to be prepared untuk ambil bahagian dalam food sponsorship ni ha… Terutama ketika ada sambutan hari lahir secara bulanan dan juga sambutan jamuan hari raya atau hari guru….

Cash

Life is challenging dengan keadaan ekonomi semasa negara kita pada masa sekarang ni. Ya memang betul, kita semua terasa peritnya (those rakyat marhaen like me) bila RM 50.00 dah macam RM 10.00. Tapi apa boleh buat? Apart from yearly registration fees, monthly school fees, books, food, formula milk, attire… Sebagai ibu bapa…Kita kena sediakan extra cash, kena put aside siap-siap at least RM 100.00 untuk sebarang keperluan sekolah anak.

Bukan apa…Kadang-kadang datang surat dari pihak sekolah kepada kita melalui anak, datang memo dari pihak sekolah kepada kita melalui anak, datangnya permintaan kepada kita dari guru kelas yang mengajar anak kita… Untuk? Macam-macam purpose. Beli buku tambahan, derma, lawatan sambil belajar and so on so forth. Tu semua duit kan? Jadinya… Sebelum tak ada… Nak tak nak, kita kena letak tepi siap-siap budget allocation untuk purpose ni. Tak guna tak apalah… Simpan untuk next time… Tapi sekurang-kurangnya dah ada di saat memerlukan. Taklah masa memerlukan, masa tu lah terkail-kail nak cari. Dulu sejujurnya Farah dah kena sekali dah… Dan bila dah kena sekali tu…Barulah Farah belajar tentang ni…. Hu hu hu…. Tu yang rajin nak kongsi supaya orang lain tak terkena pula.

Cuti Tahunan

Bila ada anak… cuti tahunan bukan milikmu seorang ya ibu bapa? Bukan milik berdua sahaja… Tetapi anak-anak termasuk di dalam alokasi cuti tahunan yang kita ada tu. Kalau setahun 18 hari cuti tahunan kau… Pandai-pandailah bahagi-bahagikan siap-siap yang mana untuk cuti raya, yang mana untuk cuti kecemasan bila anak tak sihat, yang mana untuk cuti-cuti Malaysia, yang mana untuk cuti atas urusan di sekolah anak… For me, it’s better to allocate and to have spare leave to be used when needed. Bila jadi ibu bapa tak boleh sesuka hati buka laman web sistem cuti atas talian pejabat dan mohon cuti…. Sebelum nak klik button request tu, kena fikir banyak kali supaya tak menyesal di kemudian hari bila cuti dah tak ada dan terpaksa ambil unpaid leave. Tak mauuu! Mak tak rela! Melainkan kalau dah betul-betul terpaksa… atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan… Itu kita semua fahamlah kan? Tak semua unpaid leave tu sebab orang sengaja nak habiskan cuti. Kadang-kadang terjadi sesuatu di luar jangkaan yang kita tak pernah jangka akan berlaku. Betul tak?

Sama-Sama Masuk Preschool Balik

Betul… anak kita yang sedang mula menimba ilmu dan yang belajar. Tapi dalam masa yang sama, ibu bapa kena mainkan peranan untuk sama-sama masuk preschool balik. Sama-sama belajar dengan anak (mengajar sebenarnya) supaya anak rasa terdorong dan termotivasi. Rasa seronok. It is all pyschological approach sebenarnya. Bukan bermakna kita hantar tadika, prasekolah… Pandai-pandai cikgulah nak didik, nak ajar. Kita tahu kita bayar duit yuran tiap-tiap bulan. Tak boleh macam tu. Macam mana sekalipun, anak tetap perlukan penglibatan dan sokongan ibu bapa. Itu asas dia. Anak masih di tadika dan tak perlu penglibatan atau sokongan ibu bapa sampai tahap ni sebenarnya alasan yang tak boleh dipakai. Walaupun tadika, prasekolah… Tapi tolonglah jangan pandang remeh perkara ni. Sebabnya… school survival zaman sekarang ni sangat-sangat challenging jika nak dibandingkan dengan zaman-zaman sewaktu kita membesar dahulu. Darjah Satu sekarang bukan setakat coloring, dots to dots, tracing ya… Darjah Satu sekarang more complex than ours.

Kak Fa tak kata Kak Fa ni champion atau pandai sangat. Tapi Kak Fa sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman perjalanan Kak Fa sebagai seorang ibu. Apa yang Kak Fa belajar dalam motherhood journey Kak Fa. Terpulang pada individu untuk terima apa yang Kak Fa sampaikan ni ataupun tidak kerana masing-masing punya pendapat yang tersendiri. Cumanya, for those parents who will be sending their kids to preschool for the first time next year and the years ahead… Might be this is something that you could take note on kan? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !