The Asian Parent Malaysia Baby Bash 2017 Nak Bagi Goodies RM 200! Jom?

Farah Waheda Wahid
0
THE ASIAN PARENT MALAYSIA BABY BASH 2017 NAK BAGI GOODIES BERNILAI RM 200! JOM

Korang…korang… korang! Nak kepoh sikit ni… Boleh tak? Winking smile… Ada tak nampak di laman media sosial ataupun di laman web The Asian Parent Malaysia tentang Baby Bash? The Asian Parent Malaysia Baby Bash 2017 nak bagi goodies RM 200! Jom? Jomlah… Nampak-nampak gayanya memang menarik dan memang happening ni! Indonesia sudah… Singapura sudah… Kini giliran Malaysia pula! Tak percaya? Cuba baca dan cuba lihat apa yang Kak Fa nak kongsikan yang Kak Fa kata happening sangat nih!


The Asian Parent Baby Bash 2017 ni akan berlangsung pada penghujung September 2017 ni dan apa yang perlu anda sebagai ibu bapa lakukan adalah beli tiket dari pautan di SINI:

THE ASIAN PARENT MALAYSIA BABY BASH 2017 NAK BAGI GOODIES BERNILAI RM 200! JOM (2)

Dibeli secara atas talian. Harga tiket standard untuk seorang ibu dan seorang anak adalah bernilai RM 20.00 sahaja. Sekiranya nak ajak suami atau anak-anak lain, boleh beli tiket tambahan dengan harga RM 10.00 setiap satu. Kena bayar? Surprised smile… Memanglah kena bayar you all, tapi percayalah, event ni memang worth walaupun kena bayar. Worth sangat!

Dapat berkumpul sesama ahli keluarga, dapat kukuhkan lagi bonding anak-anak dan ibu bapa serta dalam masa yang sama dapat belajar sesuatu daripada event The Asian Parent Baby Bash 2017 ni. Pengisian event ni pun memang pada Kak Fa menarik! Anak-anak kecil dalam lingkungan umur 1 sehingga 3 tahun pasti seronok dan gembira bila sesekali dapat menyertai event sebegini. Trust me! Because I am also a mom and I know what kids love and don’t.

THE ASIAN PARENT MALAYSIA BABY BASH 2017 NAK BAGI GOODIES BERNILAI RM 200! JOM (4)

Ada aktiviti montessori untuk anak-anak kecil yang berusia dari 1 sehingga 3 tahun, demonstrasi dishwasher untuk ibu bapa dari pihak Bosch, acara bersama Drypers, talk bersama Drypers, aktiviti dari pihak The Asian Parent Malaysia, sesi mengambil gambar…. Yang paling best! Yang paling best adalah goodies bernilai RM200.00 yang disediakan untuk event ni.

image

Kalau tak silap Kak Fa la…Kalau tak silap ya… Ada sesi cabutan bertuah juga tau… Manalah tau kot-kot kita ni bertuah dan ada rezeki ya tak? Winking smileTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tau ya tak?
Tak lama pun… Dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang sahaja pada hari Sabtu, 30 September 2017 ni bertempat di:

Dreamworld Playland,
5, Jalan SS 21/39,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia


Antara penaja-penaja rasmi dan rakan penaja untuk The Asian Parent Baby Bash 2017 ni adalah seperti Bosch, Drypers, Dreamworld dan Sparkles Montessori.

THE ASIAN PARENT MALAYSIA BABY BASH 2017 NAK BAGI GOODIES BERNILAI RM 200! JOM (6)

Jomlah… Kita beramai-ramai gegarkan The Asian Parent Malaysia Baby Bash 2017. Jadikan ianya se-happening Baby Bash event di Singapura dan juga Indonesia sebelum ini! Masa untuk kita menghabiskan dan meluangkan quality time dengan bonding sesama ahli keluarga terutamanya anak-anak. Jangan terfikir-fikir lama sangat tau! Kak Fa nak beli tiket dah ni… Nanti kita jumpa di sana ek? Winking smile… See you when I see you tau….

Untuk Maklumat Lanjut:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !