Home » , , , , , , » Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. A great masterpiece of by Haji Abdul Malik Karim Amirullah (HAMKA).



20 kali tonton...20 kali menitis air mata. Untuk yang tak pernah membaca karya HAMKA ini, untuk yang tak pernah menonton ataupun ambil tahu tentang filem ini, jangan sangkakan yang ianya adalah filem copypaste kepada filem Titanic ya?  Tolong buang tanggapan itu jauh-jauh. Berbeza jauh dari jalan cerita Titanic and trust me it's worth to watch

Pada mata kasar kelihatan plot norma novel cinta yang diadaptasikan ke layar perak. Kisah cinta sejati yang terhalang disebabkan oleh pegangan kuat kepada adat resam Minangkabau di mana para ketua suku memutuskan untuk menolak pinangan Zainuddin untuk Hayati disebabkan Zainuddin bukanlah seorang yang berdarah Minangkabau tulen. Sebaliknya para undang, luak, buapak memutuskan untuk menerima pinangan Aziz yang berdarah Minangkabau tulen dan dari keluarga yang kaya. 

Zainuddin jatuh sakit, kecewa dan seolah sudah tidak mahu hidup bila Hayati berkahwin dengan Aziz. Tapi Abang Muluk memberikan semangat untuk Zainuddin bangkit kembali dan membuktikan yang dia juga mampu berjaya serta menjadi kaya seperti Aziz.  

Zainuddin dengan ditemani oleh Abang Muluk berhijrah ke Padang Jawa Kemudian Surabaya dari Padang Panjang. Melupakan semua kenangan silam bersama Hayati yang cukup memeritkan, Zainuddin bangkit secara perlahan-lahan sehingga berjaya dan kaya. 

Takdir menemukan Hayati dan Zainuddin kembali di saat Aziz sedang dilanda kesusahan. Zainuddin menghulurkan tangan untuk membantu Hayati dan Aziz sehingga Aziz merasa malu dengan ketulusan hati Zainuddin untuk menghulurkan bantuan kepadanya dan Hayati. Akhirnya Aziz membunuh diri dan memulangkan Hayati kepada Zainuddin.

Cinta sejati dah namanya kan? Walaupun nampak dingin kepada Hayati,  sebenarnya setiap saat tak pernah sekalipun Zainuddin lupakan Hayati. Cumanya ego yang membuatkan Zainuddin menolak untuk menerima Hayati kembali dengan alasan dia tidak mengambil sisa lelaki lain. Ego juga membuatkan Zainuddin mengambil keputusan untuk menghantar Hayati pulang ke Padang Panjang dengan menaiki kapal Van Der Wijck.   

Saat tenggelamnya kapal Van Der Wijck,  Abang Muluk menyerahkan surat Hayati kepada Zainuddin dan Zainuddin menyesal akan egonya sehinggakan bergegas untuk menemui Hayati yang telah cedera parah akibat tenggelamnya kapal Van Der Wijck. Paru-paru mengandung air yang terlalu banyak dan kebanyakan tulang rusuknya patah, Hayati menghembuskan nafas terakhir. Zainuddin jatuh sekali lagi tetapi terus bangkit kembali.  

Itu pada mata kasarnya tetapi karya agung HAMKA yang halus ini menyampaikan mesej bahawasanya kejatuhan itu membangkitkan kita dan berkali-kali jatuh adalah alasan untuk kita bangkit dengan lebih baik lagi. Jatuh bukan penamat kepada kehidupan dan bukan permulaan untuk menjadi negatif. 

Pada Farah, Farah suka plot HAMKA ini dan memang tak jemu menonton. Memang menitis air mata oiii...  Kalau tak percaya cubalah ikuti dan hayati filem ni betul-betul. 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 1, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. ada tgk gak filem ni, mmg best, tapi rasanya ada drama malaysia tajuk haryati yg diadaptasikan dari novel yg sama lakonan umie aida, rusdi ramli, aqasha dll pada tahun 2003, bezanya drama tu endingnya ditukar sikit, takde kapal dan haryati x mati dalam drama tu..siap sambung jadi drama haryati 2..

    ReplyDelete
  2. belum lagi dapat peluang menonton filem ni.

    tapi, membaca novel yang satu ini, adalah satu pengalaman yang syahdu dan menggetarkan!

    ReplyDelete
  3. salam & haii..!

    follow my new blog : https://bercakapdenganbintang.blogspot.my/

    blog lama tu dah x aktif.. thanksss ya! hehe.. =)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia