Tak Kena Tak Tau Kan? Dah Kena Baru Tau!

Farah Waheda Wahid
0
TAK KENA TAK TAU KAN... DAH KENA BARU TAU!  (2)

Perkara yang Kak Fa takut kalau berlaku dan kalau boleh tak nak berlaku, akhirnya berlaku juga pada petang Ahad. Tak kena tak tau kan? Dah kena baru tau! Itulah dia-nya kisah Firash dengan pengasah pensel ketika di dalam proses eksplorasi semasa. Berlaku kecederaan! Surprised smile

TAK KENA TAK TAU KAN... DAH KENA BARU TAU!  (3)

Lubang pada pengasah pensel tu untuk pensel anak oiii! Bukan untuk jari-jemari yang comel tu! Crying face Migraine sekejap Kak Fa… Hurmmm… Punyalah tinggi sangat perasaan ingin tahu tu, sampaikan cuba berekperimentasi dengan memasukkan jari telunjuk kiri ke dalam lubang pengasah pensel. Pengasah pensel tu dah lah super duper tajam. Sebab tulah… Sebab tulah Mommy tak suka Firash gunakan pengasah pensel yang jenis macam ni. Sebab tu jugalah, gigih Mommy belikan pengasah pensel ais kacang tu ha… Untuk safety purposes.

TAK KENA TAK TAU KAN... DAH KENA BARU TAU!  (4)

Pengasah pensel yang manual juga dia nak… Ikut kawan-kawan pun ya juga ni. Tapi jujur, Kak Fa memang tak percaya bila Firash gunakan pengasah pensel yang manual. Dalam kotak pemikiran Kak Fa ni asyik terbayang-bayang yang dia akan masukkan jari comel dia tu dalam lubang pengasah pensel manual tu. Seriau dan ngeri Kak Fa bayangkan. Crying face… I’ve always like to imagine for the worst sebelum berlaku apa-apa.

Dah tu kenapa belikan pengasah pensel manual tu juga? Pengasah pensel yang manual tu Kak Fa beli dan simpan atas almari sebabnya pengasah pensel ais kacang dia tu dah tak berfungsi dengan baik. Pengasah pensel manual tu Kak Fa sorok dan Kak Fa gunakan bila nak asah pensel-pensel Firash setiap minggu sebelum minggu persekolahan baru bermula. Entah macam mana, dia boleh panjat dan ambil pengasah pensel tu ha… Nak diambil tak bagi. Siap cakap tak nak kawan Mommy lagi! Eye rolling smile

Bukan Kak Fa tak pantau, Kak Fa dah pantau. Cuma sekejap jer… Kak Fa bangun dan pergi ambil barang di dalam bilik. Senyapppp jer… Rupanya dalam diam dia dah berekperimentasi. Sedar-sedar jer bila Kak Fa keluar dari bilik dia dah senyap sambil mata pandang Kak Fa. Dari mulut yang becok sebecok-becoknya terus senyap. Kak Fa tengok jari telunjuk kiri dah berdarah. Surprised smile… Terus Kak Fa ambil jari telunjuk yang comel tu dan hisap jari telunjuk dia tu. Tanya dia… Sakit? Dia jawab… “Sakit…”…

Kemudian, terus Kak Fa bawakan Firash ke bilik air untuk cuci jari jemari dia dan cuci tangan Kak Fa. Sebelum menghentikan pendarahan pada jari Firash, Kak Fa cuci tangan Kak Fa dulu dengan air sabun dan air pili supaya kuman pada tangan tak masuk dan berikan infeksi pada luka Firash yang terbuka. Langkah seterusnya, Kak Fa tekan bahagian yang terluka tu dengan tisu. Kak Fa arahkan Firash untuk tekan dengan tisu sementara Kak Fa pergi ambil First Aid Box yang memang tersimpan dalam rumah.

Mujurlah luka kecil sahaja dan pendarahan berhenti dengan cepat. Kak Fa buka balutan tisu tu dan sapukan dengan krim antibiotik dan juga ubat kuning. Lepas tu Kak Fa balutkan dengan plaster.

TAK KENA TAK TAU KAN... DAH KENA BARU TAU!  (1)

Dah lurus jer jari telunjuk kiri tu. Haaa kannn? Lepas tu baru duduk diam. Sekejap jerlah pun diam dia pun. Amanlah sekejap. Ha ha ha… Bolehlah berehat di petang Ahad sambil menonton televisyen sama-sama secara aman damai ditemani oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Tolonglah jangan sesekali bagi anak pengasah pensel yang manual tu ya? Pengasah pensel ais kacang tu pun kena jaga juga…Kot-kot ada yang berhajat nak eksperimen nak masukkan jari yang kecil molek ke dalam tu juga. Bahaya ooo… Memang tak boleh biarkan anak-anak kecil dengan pengasah pensel…

Mujurlah luka kecil sahaja… Tapi tulah… Selagi tak kena tak tau kan? Bila dah kena baru tau! Betul juga tu, biarkan anak-anak buat apa yang mereka suka (dalam masa yang sama masih perlu memantau dan jangan biarkan begitu sahaja)… Bagi mereka rasa apa yang sepatutnya mereka rasa supaya mereka lebih memahami apa sebabnya. Bila sendiri dah merasa macam ni… baru Firash tau yang apa yang Mommy larang adalah sebab tak nak diri dia sakit. Baru faham kan? Hu hu hu… Cuma sebenarnya, mana ada mak nak anak mengalami kecederaan sebegini? Dan…apa yang berlaku memang di luar jangkauan dan expectation Kak Fa pun… Sebab dalam masa sekelip mata jer….

Tak menangis, tak berteriak… Tapi… Cukup untuk dia serik rasanya… Babah dia cakap, hari ni kena, esok dia main lagi! Smile with tongue out… Mommy dah sorok tempat lain yang tak mungkin Firash dapat cari dan kalau dapat pun, tak mungkin dia dapat ambil sebab tempatnya terlalu tinggi untuk dicapai walaupun Firash berusaha gigih dengan cuba memanjat kerusi. Winking smile

*Hati-hati ya…Jangan bagi anak gunakan pengasah pensel tanpa sebarang pemantauan… Apa yang berlaku… Beri Firash sesuatu pelajaran dan juga dalam masa yang sama, alert Kak Fa untuk jadi extra careful… Walaupun dah nak masuk 4 tahun, bukan bermakna Kak Fa boleh percayakan dia untuk gunakan pengasah pensel sendiri dan tinggalkan dia dengan pengasah pensel walaupun beberapa saat.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !