Still Poop-ing In His Pants!

Farah Waheda Wahid
0
STILL POOP-ING IN HIS PANTS!


Potty training journey memang mencabar kan?  Walaupun dah lama retire dari diapers hunting - lama tak lama lah, kira-kira 2 months plus dan tak pernah lagi buang air kecil merata tetapi satu masalah Kak Fa yang masih dalam proses penyelesaian adalah Firash still poop-ing in his pants. Bila dah selesai baru dia nak bercakap yang dia pooped. Yeah,  things needs some time.  I do practically understand that. Ada sesetengah perkara kita tak boleh nak paksa dan kita perlu let it go by the flow sambil-sambil kita berusaha. 

Macam kes Firash ni lah. Kak Fa tak perlu gulung carpet lagi dah dan Kak Fa tak perlu nak mengemop lantai untuk air kecil yang jatuh berjujuran di lantai. Itu Kak Fa akui. It's not that hard for me. Even when he pooped,  I actually doesn't need to clean up any floor pun. Sebabnya,  Firash pakai underwear, and logically his poop tak jatuh ke lantai.

Bila berlakunya keadaan sebegini - (kadang-kadang kita tak perasan yang sebenarnya dia nak poop dan kadang-kadang sebab dia tak bagitau,  diam jerrr), Kak Fa cepat-cepat dukung dia bawa ke tandas dan bersihkan dia. If his business is not settled yet, Kak Fa akan dudukkan dia di atas toilet bowl supaya dia boleh menghabiskan urusan yang sepatutnya.  I don't know why but all that I understand is that he is still in the process. Go slow Mommy,  go slow! It is part of the process!  Yang penting jangan putus asa,  jangan rasa down tak tentu pasal. Orang nak bercakap belakang?  Lantak pi depalah haiii...  Betoi dak?


So Mommy?  What's your plan? Biasalah tu...  Normal benda ni. Selagi anak masih di dalam lingkungan umur 3 hingga 5 tahun,  kejadian sebegini masih akan tetap berlaku pada sesetengah kanak-kanak. Bukan semua kanak-kanak bila dah potty training terus jer tak ada masalah. Tapi walaupun biasa sebagai ibu bapa perkara ini tidak boleh dibiarkan. Jadi dari kes Firash,  apa yang Kak Fa sedang lakukan pada ketika ini adalah:


Memberikan Pendedahan Melalui Penceritaan

Haaa tu dia... Jangan tak tau, sekarang ni Kak Fa dah jadi penglipurlara dah. Setiap malam sebelum tidur bercerita pada Firash dengan menggunakan watak-watak kartun kegemaran dia (semestinya Thomas and Friends lah pun)  yang sakit perut dan terburu-buru untuk ke tandas. Semenarik mungkin Kak Fa olah cerita untuk berikan kefahaman tentang into penceritaan yang Kak Fa nak sampaikan. Supaya dia faham yang kalau nak poop mesti kena poop di tandas. Come on lah!  Entri blog boleh olah ayat...  Ahaksss takkan nak bercerita pada anak tak boleh pula kan? 

Kenalkan Tanda-Tanda Nak Poop


Poop-ing in pants terjadi bila anak masih belum memahami tanda-tanda nak poop. Setuju?  Mungkin memahami tanda nak buang air kecil lebih mudah dari tanda nak poop. Sebab tanda nak buang air kecil tu cepat!  Ha ha ha...  Kadang-kadang sambil berjoget sebab dah tak tahan dia minta nak ke tandas sebab nak buang air kecil. Berbeza dengan poop... Mungkin rasanya agak kompleks pada anak kecil. 


Makanya,  Kak Fa terpaksalah ulang berjuta kali pada Firash,  "Firash nak poop?", "Firash sakit perut?". Sampai sekarang ni Kan Fa tengah fikir macam mana nak bagi Firash faham rasa nak poop tu!  Agak-agak ada sebarang cadangan tak?

Sentiasa Perhatikan Anak

Bila ada depan mata,  Kak Fa akan pantau Firash. Bila nampak jer dia dah mula mencangkung dengan impression nak meneran, terus Kak Fa cepat-cepat bawa dia ke tandas dan dudukkan di toilet bowl. Dari situ Kak Fa latih dia untuk poop di tandas. Tapi tulah memang kena rajin bawa anak ke tandas bila sedang dalam proses toilet training ni. Tak boleh culas,  tak boleh malas. Maka mak-mak sekalian alam, sila jadi rajin. Jangan ada rasa malas.

Beri Kata Pujian

Budak-budak kan?  Suka diaorang bila kita puji mereka sebenarnya. Hari-harilah Mommy kau ni puji bila berjaya poop di tandas. Ha ha ha...  Untunglahhh hari-hari kena puji.

Alah bisa tegal biasa. Kak Fa yakin Firash can do it dan Kak Fa yakin satu masa nanti, selesai juga masalah poop dalam seluar ni. Kannn?  Takkan selamanya pula kan?  Betul tak?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !