Senarai Perkara Yang Mungkin Berlaku Ketika Anak Di Preschool

Farah Waheda Wahid
1
SENARAI PERKARA YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA ANAK DI PRESCHOOL

Sepanjang Firash memasuki tadika, ada beberapa perkara yang sempat Kak Fa kongsikan di dalam www.bubblynotes.com. Di antara yang pernah Kak Fa kongsikan adalah Things To Be Prepared Bila Anak Anda Di Preschool! , What To Look For? In A PreSchool Program? serta pengalaman yang Kak Fa lalui sepanjang Firash bersekolah tadika ni. Entri hari ni pun berdasarkan perjalanan Firash sebagai preschooler dan apa yang Kak Fa observed. Senarai perkara yang mungkin berlaku ketika anak di preschool. Yang mana-mana belum ada pengalaman menghantar anak ke preschool tu, dan bakal melalui fasa ini buat pertama kali, bolehlah jadikan entri Kak Fa kali ini sebagai pembacaan santai sambil-sambil mengambil tahu, what to expect that will happen when you send your kids to preschool. Apa yang akan berlaku di dalam hari-hari mereka di preschool.

Apa yang Kak Fa boleh kongsikan dari pengalaman sendiri dan juga pemerhatian semasa dari keadaan sekeliling Kak Fa, bila mana anak-anak kecil yang baru mengenal dunia memasuki alam persekolahan buat pertama kalinya, you could at least expect these things that I’ve listed below will happen.

Hilang Barang

Tak perlu nak pening-pening kepala atau rasa nak pengsan bila anak kerap kehilangan barang. Biasalah, anak-anak kecil yang dimasukkan ke tadika masih belum pandai menjaga diri sendiri sepenuhnya dan masih belum pandai menjaga barangan peribadi milik sendiri lagi. Ada juga yang dah mampu jaga diri sendiri dan juga barang-barang kepunyaan sendiri. Tapi kebanyakannya masih belum mampu. Firash sendiri dah beberapa kali kehilangan barang seperti? Open-mouthed smile…. Die-cast collectible of Thomas and Friends yang bernama HIRO – dah pesan dah tak perlu bawa pergi school… nak juga bawa nak tayang kat kawan-kawan…Faham-faham jer lah kawan-kawan sama naik dan sama-sama sukakan benda yang sama kan? Nak marah pun tak boleh, tapi bila dia mula berleter …masa tulah rasa macam adoiii, tertekan pula rasanya Mommy ni Firash… Open-mouthed smile…. Please expect this ya?

Selain tu, Firash pernah kehilangan botol air Thomas and Friends. Sayangnya… Crying face Itu dapat hadiah competition tu…. Terkilan kejap Mommy dia ni ha…Tapi tak boleh nak buat apa. Ok lupakan… Telah berlalu pun. Kalau warna pensel tu tak usah cakap… Memang kalau ada 12 batang, akan jadi 6-7 batang jer. Penyelesaiannya, Kak Fa belikan warna pensel yang pendek tu. Bila hilang beli lagi, bila hilang beli lagi… Open-mouthed smile… Ha ha ha….

Muntah, Buang Air Dalam Seluar

Pergi elok jer pakai pakaian seragam. Balik tiba-tiba dah tukar pakaian lain. Boleh jadi termuntah, muntah sebab tak sihat atau menangis ataupun boleh jadi terbuang air dalam seluar. Makanya, kalau pergi lain, balik lain… Faham-faham jerlah.

Terambil Barang Kawan

Budak-budak… Terjadi sekali pada Firash…Memang Kak Fa bising pada dia… Jangan ambil barang kawan…Jangan ambil barang kawan… Tiba-tiba tup tup tup tup satu hari tu terbawa balik barang kawan. Tak taulah tukar suka sama suka atau kawan yang bagi atau dia main ambil jer. Kak Fa suka fikir negatif dulu… Maka Kak Fa bising dulu dengan Firash. Masa tu dia bawa balik air sabun untuk bubble tiup tu.

http://bit.ly/2w5nCYn Selongkar beg sekolah anak dan buat spot check pada beg sekolah anak memang satu rutin WAJIB bagi Farah. Setiap hari without miss! Memang Farah akan selongkar beg sekolah si kecil molek tu. Sibuk macam mana pun, rushing macam mana pun, memang Farah akan selongkar sampai habis isi beg sekolah Firash. Sampaikan bekas makanan yang dibawa ke sekolah pun Farah buka dan tengok. Makan ke? Tak makan ke? Budak kecil molek tu. Untuk apa? Hari-hari kerja kau nak selongkar beg sekolah anak? Dah tak ada kerja lain ke apa? Hah? Don’t tell me that you are not aware of this? Memang terdapat beberapa perkara yang ibu bapa perlu lakukan setelah anak pulang dari sekolah. Tak kiralah tadika ke? sekolah rendah ke? sekolah menengah ke? Memang kena lakukan… Salah satu sebabnya adalah untuk memeriksa sekiranya terdapat barangan yang bukan milik anak-anak kita di dalam beg sekolah mereka. Itu yang Farah nak kongsikan ni… bila jumpa benda asing dalam beg sekolah anak! #parentingsharing #parentingstories #parenting #parenthood #motherhood #mommyhood #fatherhood #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggemalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #myparentingandlifestyleblogger #malaysiaparentingandlifestyleblogger #tapfluencer #tapfluencernetwork #bloggermalaysia #malaysianblogger
A post shared by Bubblynotes Dot Com (@farahwaheda) on

Sekali tu terjadi dan jujur Kak Fa akui yang Kak Fa bebel dan marah Firash. Bukan sebab tak sayang, tapi sebab sayang…Sebab tu marah, nak didik anak kan? Selepas tu Kak Fa sendiri pastikan dia pulangkan semula kepada kawan dia dan Kak Fa sendiri meminta maaf pada pihak ibu bapa kawan dia sebab Firash ambil barang kawan. Biasa tu! Lepas tu Kak Fa gantikan dengan belikan yang serupa untuk dia supaya dia tak ambil barang kawan tu lagi.



Kak Fa punya bebel sampaikan Kak Fa kata pada Firash...”Kalau nak bagi tau Mommy… Jangan ambil friend punya!”…”Bukan Mommy tak boleh usaha untuk belikan… “… Sampai gitu Kak Fa cakap pada Firash sambil Kak Fa buat-buat mengalir air mata. Sejak pada tu… Alhamdulillah, dia tak ambil lagi dah friend punya. Tak ada benda pelik yang dia bawa balik selain daripada barangan kepunyaan dia.

Pakaian Comot

Pakaian ada garisan pen, marker, magic color ataupun water color. Itu semua perkara biasa. Cuma yang ni Kak Fa alami sekejap sewaktu Firash di tadika lama dulu. Tapi semenjak di Genius Aulad… Alhamdulillah, macam mana kemasnya dia di waktu Kak Fa hantar macam tu jugalah dia kemas sewaktu balik. As is. Mungkin sudah makin pandai menjaga pakaian. Bagi Kak Fa tentang pakaian comot ni, Kak Fa tak ada isu sangat dengan Firash. Mr. Perfect Kak Fa yang sorang ni memang tak suka dan tak boleh kalau pakaian dia comot atau kotor. Memang mulut dia bising dan dia akan suruh tukarkan baju. So kalau ada anak-anak yang pergi dengan pakaian kemas dan balik dengan pakaian comot. This is one of the things you could expect.

Kecederaan Di Sekolah

Adoiii… cakap pasal kecederaan ni adalah sesuatu yang di luar jangkauan kan? Tak boleh nak expect. Things happened when it happened. Cuma yang tak boleh nak tolerate dan tak boleh nak dihadam adalah bila mana kecederaan itu melibatkan kecederaan serius. Lahir tak bertanda dan sempurna, tiba-tiba bila masuk school berlekuk dekat dahi yang akan meninggalkan kesan sehingga dewasa akibat hentakan yang sangat kuat bak kata doktor pakar kanak-kanak yang Kak Fa temui ketika merawat Firash dan mulut berparut yang akan berparut sehingga dewasa yang sukar untuk hilang. Itu cerita lama. Alhamdulillah setakat ini sehingga kini bila sudah bertukar tadika, Firash tak ada lagi sebarang kecederaan yang seserius itu. Tak sanggup dah Kak Fa nak biarkan Firash terus mengalami kecederaan.

Itu worst come to worst. But ada juga kecederaan yang kita boleh tolerate…Bolehlah…Kita terima dengan redha dengan seadanya walaupun sebenarnya kita kalau boleh tak nak berlaku kepada anak-anak kita. Contohnya macam kulit tergaris sedikit ke? Sikit ya sikit…Bukan yang serius… Ataupun sebab salah anak kita sendiri terjatuh jadi kulit tersagat sedikit dan luka. Itu masih Kak Fa boleh katakan boleh diterima. Tak nak tetapi dah jadi nak buat macam mana kan?

Setakat ni tu jerlah pengalaman Kak Fa sepanjang Firash masuk preschool… Which Kak Fa rasa, new preschooler parents should now about all these things dan tak rasa terkejut, pelik atau hairan sekiranya salah satu perkara yang Kak Fa kongsikan di atas berlaku pada anak anda. I think dalam 10, almost 5 or 6 akan mengalami salah satu dari perkara yang Kak Fa dah senaraikan berdasarkan kepada pengalaman Kak Fa sendiri. It’s a learning process for our kids, tapi as time goes by, In Shaa Allah, keadaan akan menjadi bertambah baik kan? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Yang no 1 tu bukan kata anak tadika.. yang dah sekolah rendah pun selalu jadi.. hehehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !