Me Time!

Farah Waheda Wahid
1

We are all busy moms! Our home are filled with toys, has fingerprints on everything and never quiet!  Betul tak?  Sana-sini sibuk dok melaung yang we mommies perlukan Me Time. Well,  betul tak dinafikan. I do agree. Tapi pandangan setiap manusia mengenai Me Time adalah berbeza. Definisi Me Time bagi setiap ibu adalah berlainan.


Sesetengah ibu anggapkan Me Time adalah bila dapat pergi berjimba dengan kawan-kawan sejenis dan seangkatan. Sesetengah ibu anggapkan Me Time adalah pergi ke spa, shopping, saloon bersendirian. Sesetengah ibu anggapkan Me Time adalah dengan mengambil cuti tahunan tanpa pengetahuan anak dan nikmati cuti tersebut sebagai Me Time. Kak Fa pula? 

Rasa dah cukup bahagia dapat Me Time dengan beberapa perkara yang Kak Fa nak senaraikan di bawah:

Dapat Draf Entri Blog Dengan Aman Dan Tenang

Kalau dah blogger tu memanglah blogger...  Benda pertama yang terfikir blog.  Jadi Mommy Blogger ni challenging tau tak?  Tambah-tambah lagi kalau bekerja makan gaji. Bukan suka-suka boleh draf atau kemaskini blog pada bila-bila masa yang Kak Fa suka. Kena ada timing walaupun pandai-pandai curi masa. 

Kebahagiaan itu adalah bila dapat draf entri dengan aman dan tenang tanpa perlu berhenti di tengah-tengah ketika idea sedang membuak-buak dan jari-jemari lancar untuk menaip. Itulah Me Time untuk Kak Fa. Tak kiralah sama ada Firash sedang tidur atau sedang leka bermain.

Dapat Layan Drama Atau Movie Tanpa Gangguan

Best!  Bila anak dah tidur dengan lena,  Kak Fa ada masa nak fokus pada drama atau movie yang Kak Fa suka. Itu adalah Me Time pada Kak Fa. Rasa release bila Kak Fa dapat layan drama atau movie tanpa gangguan. Kak Fa boleh tonton apa yang Kak Fa nak, selama mana yang Kak Fa nak. Selalunya dalam seminggu kurang-kurang 4 kali. Ha ha ha...  Mana taknya...  Nak tonton Duda Pujaan Dara katakan.

Dapat SMULE Seketika

Salah satu hobi Kak Fa walaupun suara Kak Fa ni tak lah merdu kan? Kak Fa suka SMULE! Jadi SMULE tu dah kira a part of Kak Fa punya Me Time dah tu. Selalunya Kak Fa akan SMULE sebelum masuk office pada waktu pagi,  sewaktu lunch dan juga sebelum Kak Fa balik dari office. Tak dapat lama, dapat 3 lagu pun dah cukup dah. Ha ha ha... 

Dapat Curi Masa Sesekali Untuk Merewang

Shopping alone by my own bukan semestinya merupakan satu-satunya Me Time untuk Kak Fa. Dengan ekonomi dan poket yang senantiasa tak mengizinkan, manalah datangnya pleasure of shopping bila asyik memikirkan poket yang bajet memang tak cantik tu!  Ekekeke...  Bagi Kak Fa,  kalau sesekali dapat window shopping atau merewang-rewang di mall sendirian. Tak lama, sekejap pun cukuplah...  Dapat beli pretzel sekecil dan beli secawan Starbucks atau Coffee Bean...  Tu pun dah ok sangat dah untuk Kak Fa untuk Kak Fa definisikan sebagai Me Time. 

Dapat Scroll FB, Twitter Dan Instagram! 

Bukan ketagihan gajet...  Bukan ketagihan media sosial. Tapiii...  Naklah juga bersosial di alam maya macam orang lain kan?  Tapi jujur Kak Fa beritahu, Kak Fa bukan selalu berpeluang nak scroll FB,  Twitter dan Instagram ni. Waktu Kak Fa sangat limited dan Kak Fa memang tak berpeluang sangat selagi mana Kak Fa bekerja ataupun Firash masih berjaga. Kalau ada pun sekejap-sekejap dan jika ada tugasan penting yang perlu Kak Fa selesaikan.

Untuk Me Time, Kak Fa tak perlukan perbelanjaan yang banyak ataupun satu tempoh masa yang lama. Bagi Kak Fa untuk elakkan Kak Fa burned out, dapat Me Time sekejap-sekejap sekurang-kurangnya sekali sehari pun dah cukup dah.

Anda yang baru jadi ibu dan bakal jadi ibu tu, jangan perlekehkan Me Time ya?  Takut-takut nanti jadi kes burned out apa pun tak boleh nanti. Me Time penting sebab sebagai ibu:

1. Kita adalah manusia yang juga memerlukan ruang privasi.
2. Badan kita cepat letih kerana banyak multi-tasking yang tak semua orang faham ya?
3. Bukan mudah untuk menguruskan orang lain sebelum mengurus diri.
4. Bagus untuk membantu kurangkan tekanan dan membantu untuk kita kenal diri kita sendiri.
5. Sesekali jauh...  Boleh mengeratkan lagi kasih sayang. Jauh di mata dekat di hati.
6. Kita akan menjadi lebih gembira! 

Berat hati?  Rasa bersalah? Tak perlu kot?  Make yourself a priority once a while. It's not selfish. It's necessary! It all begins with ourselves. If we do not care about ourselves,  we will not be strong enough to take care of anything in life! 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hihihi me time masing2 adalah berbeza kan, saya setuju! me time saya, tk tentu, biasanya bersendirian, cuci mata, shopping, duduk rmh sorang2 pun me time, kemas rumah segala bagai..anak2 g sekolah, kite abik cuti sbb nk kemas rumah, tidur, khikhihk..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !