Kenapa Perlu Simpan Scoop Susu Formula PEDIASURE?

Farah Waheda Wahid
2
Kenapa Perlu Simpan Scoop Susu Formula PEDIASURE


Woot! Woot!  Mari kita menyimpan scoop susu formula PEDIASURE!  Kenapa PERLU simpan scoop susu formula PEDIASURE? Haaa...  Khusus kepada ibu bapa yang anak-anak masing-masing minum susu formula PEDIASURE ya?  Yang dah lama jadi pelanggan tetap susu formula PEDIASURE tu mungkin dah tau sangatlah sebab apa. Yang baru terjerumus menjadi pelanggan tetap susu formula PEDIASURE... Baca entri Kak Fa yang ni sebelum kerugian... Ekekeke... 

Masuk tahun ni, rasanya ni tahun yang kedua dah anak Kak Fa menjadi peminum tegar susu formula PEDIASURE. Memang suka sangatlah dia dengan susu formula PEDIASURE perisa Vanilla tu ha. Sampaikan kesedapan itu membawa kepada hobi meratah susu!

Kenapa Perlu Simpan Scoop Susu Formula PEDIASURE (2)

Bila tiba bab meratah susu tu yang tak menahan tu!  Rasa macam nak nangis! Ha ha ha...  Bukanlah Kak Fa ni kedekut atau berkira sangat untuk makanan anak. Tapi terus-terang Kak Fa nak cerita yang Kak Fa ni cumalah seorang rakyat marhaen yang juggling and struggling untuk kelangsungan hidup. Jadi nak tak nak Kak Fa terpaksa bajet. Bajet supaya anak tak putus bekalan susu. Kesian wehhh...  Dia dahlah picky eater... Sangat picky eater...  Nasi tu dah macam musuh dia. Memang sangat-sangat susah nak tengok dia makan nasi.

Kenapa Perlu Simpan Scoop Susu Formula PEDIASURE (3)


Kalau sekali pun dalam sehari dapat tengok dia makan nasi macam ni...  Kak Fa rasa nak nangis dan memang Sujud syukur lah orang kata.

Bukan Kak Fa beri anak susu formula tak ukur baju di badan sendiri dan sebab nak lagak.  Tapi untuk kesihatan dan keperluan Firash juga sebenarnya. Atas nasihat doktor pakar kanak-kanak yang merawat Firash. Disebabkan Firash picky eater dan musuh kepada nasi, doktor sarankan Firash diberikan susu formula PEDIASURE untuk memastikan dia mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak dan tumbesaran tubuh badan dia yang sihat.

Kalau you all nak tau,  susu formula PEDIASURE ni diformulasikan dengan Sure3 System di mana susu formula PEDIASURE Complete yang Firash minum ni adalah didatangkan dengan nutrisi yang lengkap seimbang untuk kanak-kanak yang berusia 1 sehingga 10 tahun yang mempunyai isu pemakanan. Di antara contoh isu pemakanan yang berkaitan,  termasuklah:

1. Kanak-kanak yang terlalu sedikit makan.
2. Terlalu aktif dan makan dalam kuantiti yang sedikit.
3. Hanya boleh terima beberapa jenis makanan sahaja.
4. Sangat cerewet di dalam pendidikan makanan.
5. Kurang makan buah dan sayur.
6. Menolak untuk mencuba makanan baru.
7. Disrupts or prolong mealtimes.
8. Tiada selera makan.
9. Lactose intolerant.
10. Sedang di dalam proses perkembangan penyakit.

Kalaulah anak-anak anda ada beberapa isu atau salah satu isu yang Kak Fa nyatakan di atas,  mungkin boleh mula fikir-fikirkan untuk cuba memberikan susu formula PEDIASURE. 

Huh!  Dah tempatkan pula cerita...  Dah bebel banyak-banyak, baru nak masuk intipati kepada tajuk entri. Ha ha ha. 

Sebenarnya Kak Fa nak pesan... Kalau-kalau we are on the same boat whereby our kids consuming PEDIASURE formula milk ni ha...  JANGAN BUANG SCOOP SUSU FORMULA PEDIASURE YANG TELAH DIGUNAKAN!  Simpan sebanyak mana yang mampu disimpan!  Lagi banyak lagi bagus! 

Sebab? Sebabnya bila dah cukup banyak scoop susu tu, ibu bapa boleh redeem scoop susu tu dengan produk melalui kempen Share & Care World oleh Abbott. Nanti boleh rujuk di SINI ya untuk maklumat lanjut.

Kenapa Perlu Simpan Scoop Susu Formula PEDIASURE (4)


Yang menariknya... Bukan sekadar boleh redeem produk Abbott tapi boleh redeem macam-macam lagi benda yang best. Terpulanglah you all nak redeem apa?  Ikut suka you all lah kan?  He he he...  Tapi kalau Kak Fa lah... Memang tentu-tentu Kak Fa redeem susu formula PEDIASURE! Jimattt sikit belanja susu formula Firash...  Boleh Kak Fa tarik nafas dan rasa ada ruang sedikit. Wakakaka...

Proses tebusan pun tak lah sesusah mana...  Boleh lihat step melalui infografik  di bawah yang Kak Fa paparkan.

Kenapa Perlu Simpan Scoop Susu Formula PEDIASURE (5)


Ha macam tu...  Cumanya tak beritahu yang produk tebusan mengambil masa penghantaran di antara 6 sehingga 8 minggu. Psssttt...  Ini salah satu cara Kak Fa survive untuk supply susu Firash tau. Zaman serba naik dan serba mahal macam ni, terpaksalah banyak berfikir untuk survival kan?  Ahaksss...  Betul tak? 

Setakat ni Kak Fa dah pernah tebus 2 kali. Memang rasa berbaloi sangat-sangat dan tak sia-sia Kak Fa gigih mengumpul scoop susu tu ha. Jadi selamat menjadi gigih mengumpulkan scoop susu dan selamat berjuang untuk capai target scoop susu yang diperlukan untuk redemption.

Susu formula PEDIASURE 850 gm di dalam lingkungan RM 88.00 plus plus, 1.2 kg (kotak)  berharga RM 113.00 plus plus,  1.6 kg (tin) berharga RM 149.00 plus plus dan 1.8 kg (kotak) berharga RM 174.50. Sekotak tu memang gagah tapi bayangkan sebulan 4-5 kotak?  Dah berapa dah tu?  Ngee...  Pucuk dicita ulam mendatang, pada Kak Fa memang bagus ada kempen redeem me-redeem ni. Kak Fa sokong sangat-sangatlah redemption campaign ni... Sebab tu Kak Fa kongsi...  ;-) wink!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hi sis, mcamana nk tahu membership number tu? untuk isi kat form dia utk redeem

    ReplyDelete
  2. hello sis membership tu cmna automatik member klu beli pediasure atau nak kne register member?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !