Kegembiraan Sebenar Hanya Dari KAO Malaysia!

Farah Waheda Wahid
0
KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign

Siapa yang suka jika kediaman yang diduduki penuh dengan habuk, lantai melekit-lekit serta berminyak, tandas kotor dan berbau? Semua orang inginkan keselesaan di kediaman masing-masing. Katanya, rumahku syurgaku. Kita bekerja seharian suntuk mencari rezeki bagi membantu ekonomi keluarga di luar rumah dan pulang untuk berehat di dalam keadaan yang selesa serta bersih. Akan tetapi jikalau rumah yang diduduki berada di dalam persekitaran yang tidak sihat... Kita pun akan berasa tidak gembira dan selesa. Ya tak?

Untuk memiliki rumah yang bersih serta nyaman memerlukan masa serta kerajinan. Cabarannya bagi ibu-ibu yang bekerja adalah masa. Ya...masa itu amat mencemburui kita apabila kita bergelar seorang ibu yang bekerja. Mengimbangkan di antara kerjaya dan juga rumahtangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tak payah nak bagi contoh sesiapalah... Kak Fa tengok diri Kak Fa sendiri pun dah cukuplah... Bukan mudah oiii! Terkejar-kejar sana, terkejar-kejar sini... Hu hu hu... Rehat apatah lagi sememangnya tak cukuplah kan? Bila tiba bab membersihkan rumah supaya persekitaran kediaman sihat, bersih dan selesa untuk semua ahli keluarga... Kebiasaannya bagi seorang yang boleh dikatakan agak teliti seperti Kak Fa, akan mengambil masa yang sangat panjang untuk tugas-tugas pembersihan.

Sewaktu mula-mula dulu sememangnya agak struggling...Kemudiannya, apabila Kak Fa dapat tahu tentang kempen Welcome to My Modern Parenthood oleh KAO Malaysia, Kak Fa telah pelajari banyak perkara yang dapat membantu Kak Fa menjalani kehidupan sebagai ibu moden dengan lebih efektif dan efisien. KAO Malaysia telah membantu di dalam memudahkan tugas Kak Fa sebagai ibu selain dari sebagai seorang pekerja yang makan gaji. Sungguh! Iyalah, walau bagaimana kita seorang yang career-minded sekalipun, naluri kita sebagai isteri dan ibu untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat suami dan anak-anak tidak akan pernah hilang.

KAO Malaysia yang memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu serta surirumah tangga di zaman moden kini, mendidik kaum wanita mengenai cara yang menyeronokkan, pantas, mudah dan sistematik di dalam melakukan kerja-kerja pembersihan dan menjaga rumah bagi membolehkan wanita di dalam kategori ini mempunyai masa yang lebih banyak untuk bersama keluarga.

Apa yang boleh Kak Fa kongsikan adalah kempen Welcome to My Modern Parenthood ini bukan khusus untuk kaum wanita sahaja tetapi juga untuk kaum lelaki yang bergelar suami dan bapa. Melalui fasa kedua Welcome to My Modern Parenthood oleh KAO Malaysia, pihak KAO Malaysia memberikan peluang kepada ibu dan juga bapa memberikan pandangan kepada kaedah penjagaan rumah yang lebih bernas dan juga efisien. Pengguna yang terdiri daripada pasangan ibu bapa diberikan peluang untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti yang disediakan di workstation yang berbeza dan belajar untuk menggunakan produk KAO Malaysia dengan betul supaya segala kerja-kerja pembersihan rumah adalah lebih efisien.

Pengalaman Kak Fa sebagai pengguna yang menyertai kempen Welcome to My Modern Parenthood fasa kedua ini, Kak Fa mendapati bahawasanya produk-produk dari KAO Malaysia adalah produk dengan inovasi terkini yang telah banyak membantu menggembirakan seisi rumah Kak Fa. Antaranya yang dapat Kak Fa kongsikan adalah:

Lampin Pakai Buang No.1 di Jepun MERRIES


KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (2)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (3)

Lampin pakai buang no.1 di Jepun iaitu MERRIES memberikan keselesaan yang maksima buat anak Kak Fa, iaitu Firash. Ia memberikan rasa kering, lembut dan mengelakkan iritasi kulit. Tekstur lampin pakai buang MERRIES adalah lembut dan ianya sangat menyerap serta memberikan ruang untuk kulit bernafas. Jadi tak adalah terkuap jer kan sehingga menimbulkan iritasi kulit. Lihat saja bagaimana selesanya Firash sehingga mampu tersenyum gembira. Bila Firash gembira, sudah semestinya Mommy dia selesa.

Produk Penjagaan Rumah Jepun No. 1 MAGICLEAN

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (4)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (5)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (6)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (7)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (8)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (9)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (10)

KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (11)

Mudah, menjimatkan masa dan kebersihan sememangnya terjamin. Segalanya yang anda lihat di atas, semuanya Kak Fa gunakan. Sememangnya kerja-kerja pembersihan menjadi tangkas dan mudah. Tak perlukan banyak masa. Jadi.. Kak Fa mempunyai lebih masa bersama suami dan anak! Kualiti kebersihan sememangnya terjamin. Tandas menjadi sparkling shine tanpa sebarang lumut, dapur lebih selesa dengan kelihatan baru senantiasa. Lantai bersih sehingga sekiranya anda mempunyai anak kecil yang sedang merangkak, anda tidak perlu risau dengan bakteria-bakteria yang mampu membawa penyakit kepada mereka.

Cara moden pembersihan rumah. Bebas habuk, selamat dan bersih.

Detergen Pembersih Pakaian Jepun No.1 ATTACK


KAO Welcome to My Modern Parenthood Campaign (12)

Kalau nak tau rahsianya, ini sememangnya produk turun-temurun dari zaman Kak Fa kecil lagi. Nenek Firash dah gunakan ATTACK dari dulu lagi sewaktu mencuci pakaian. Sampailah ke Kak Fa. Kira-kiranya macam ala-ala produk turun-temurun ni. Sebab apa? Sebab memang bersih, wangi dan bagus. Yang lagi bagus adalah ia dilengkapi dengan inovasi formula anti-bakteria terkini untuk menghalang bau badan sepanjang hari.

Menarik tak? Bagaimana KAO dapat membantu kita untuk hidup dengan lebih efisien, seimbang dan gembira. Kegembiraan sebenar hanyalah dari KAO. Sekiranya anda mahukan kehidupan yang lebih baik, gembira serta sihat di dalam cabaran kehidupan alaf moden kini, anda juga boleh turut menyertai kempen ini yang sedang berlangsung sekarang.

KEMPEN WELCOME TO MY MODERN PARENTHOOD FASA KEDUA


Tarikh : 19 - 24 September 2017
Masa : 10.00 pagi sehingga 10.00 malam (Selasa - Khamis, Ahad)
10.00 pagi sehingga 11.00 malam (Jumaat, Sabtu)
Lokasi : Centre Court, AEON Bukit Indah

Maklumat Lanjut:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !