Come On Mommy! Come On!

Farah Waheda Wahid
0
COME ON MOMMY! COME ON!

Come on Mommy! Come on! Siapa kata bila anak sudah semakin membesar sudah semakin senang? Open-mouthed smile Bagi Kak Fa… Mitos jer tu… Tak pun hati Kak Fa jer yang belum cukup kering nak biarkan anak buat hal sendiri? In love… Entah! Kak Fa pun tak tau nak jawab apa… Tapi secara jujurnya, semakin anak-anak membesar Kak Fa rasa kehidupan Kak Fa sebagai ibu semakin mencabar… Semakin banyak yang Kak Fa perlu lalui… Dan, Kak Fa tak nampak di mana yang orang katakan apabila anak-anak semakin membesar, semakin senang… Ataupun mungkin sahaja disebabkan Firash anak tunggal? Sebab tu Kak Fa terasa macam ni?

Memang tak sempat nak duduk bersantai-santai… Tak sempat nak ada waktu berehat pun kalau Firash terjaga. Kecuali… Kecuali kalau Firash tidur…Itupun kalau tak ada kerja rumah yang hendak dilakukan… Kebanyakan pada masanya memang ada kerja rumah… Mana ada rehat… Tipu sangatlah kalau orang kata Kak Fa ni senang sebab Firash seorang jer di rumah… Hakikatnya sama jer dengan ibu-ibu yang lain yang mempunyai anak lebih dari satu bilangannya di rumah… Cuma cara kesibukan itu mungkin berbeza…. Penatnya? Tak cukup rehatnya? Tetap sama ok? Jadi sila buang jauh-jauh yang ibu-ibu yang mempunyai anak tunggal ni hidupnya sangat-sangat senang dan tak banyak perkara yang perlu dilakukan serta tidak sesibuk ibu-ibu yang mempunyai dua, tiga,empat, lima dan enam malahan lebih anak. Sama ok? Sama? Tolong buang mindset yang ibu beranak tunggal itu lebih senang…

Sejak kebelakangan ni, Firash semakin kerap ajak Mommy dia main bersama. Dia nak, Mommy dia lepaskan segala benda dan hadap dia main dan main bersama-sama dengan dia. Tak kiralah sama ada dia bermain set keretapi lego atau Thomas and Friends dia ataupun dia sedang bermain playground set yang dipasang khusus untuk dia di dalam rumah tu ha. Yang penting Mommy kena ada depan mata dia… Kadang-kadang bila tiba angin dia ajak Mommy main dengan dia… Memang nak tak nak, rela tak rela, suka tak suka, penat tak penat…Mommy tetap kena main dengan dia. Yang penting Mommy ada! Orang tak berkawan dalam rumah kan? Macam tulah jadinya… Ha ha ha… Open-mouthed smile Dambakan kawan dan perhatian sangat tau…. Haippp… Tolong jangan cakap yang Mommy perlu bagi dia kawan… Pergi school, kira Mommy bagi dia kawan lah tu…. Ramai kawan dekat school kan kan kan?

Biasalah tu… budak-budak sedang membesar… Memang perlukan perhatian ibu bapa…Bukan sebab dia perlukan Mommy dia bagi kawan ataupun apa… Segalanya sedang berkembang… Kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran bersosial… All in lah pendek katanya… Sebab tu macam tu sekali behaviour dia… Nak nak lagi bila dah terbiasa dekat school, dah berkawan ramai segala bagai kan? Bila balik rumah sunyi tak ada kawan, boring main sendiri… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Siapa lagi nak teman kalau bukan Mommy… Lagipun baguslah pada pandangan mata Kak Fa ni, dia ajak Mommy dia bermain bersama-sama dia… Rather than dia menghadap gajet jer? Mana satu nak kan? Nerd smile

Kalau ada ibu bapa lain yang berhadapan dengan situasi sebegini, janganlah mengeluh atau berasa bosan… Anak kita tu kot? Ibu bapa kena tahu, yang sebenarnya banyak manfaat serta kelebihan bila bermain bersama anak-anak ni. Bila dah ada anak… Kenalah rajin layan anak…Kalau tidak ibarat it serve no purpose… Lagipun kan anak itu adalah penghibur dan peneman ibu atau bapa di kala-kala ada masa terluang? Penyeri kehidupan berumahtangga…. Personally bagi Kak Fa…Kak Fa melihat dari beberapa sudut yang Kak Fa rasakan …Inilah benefit bila Firash ajak Kak Fa bermain bersama-sama…

Sebagai Tali Pengikat Kasih Sayang Di Antara Anak Dan Ibu Bapa

Hidup dalam zaman GST, dalam zaman serba naik dan berlumba-lumba mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup ni, sedikit sebanyak telah mempengaruhi hubungan kekeluargaan. Jika dulu, ibu bapa yang berpangkat sahaja yang sibuk dengan urusan pekerjaan – pergi outstation, busy dengan mesyuarat, paper work…Sekarang ni boleh kata semua golongan pun sama jer… Bawahan, pertengahan dan atasan… Semua sibuk cari rezeki demi nak mencukupkan keperluan perbelanjaan…. Kalau tak rajin, kalau tak sibukkan diri, akibatnya miss soru…miss duit petrol… Crying face… Jujur ek…Kak Fa ni kalau tak kenangkan Firash memerlukan Kak Fa untuk support, untuk motivate, untuk ada dengan dia dan tunjuk depan mata dia Kak Fa memang ada untuk dia…Memang Kak Fa dah buat part-time dah kerja di Starbucks ke? Mc Donald’s ke? Biarlah apa orang nak kata apa sekalipun… Tapi apa pun… Anak lebih penting…

Jadi bila ada masa terluang, bila Kak Fa dapat bermain bersama-sama dengan Firash, Kak Fa anggapkan itu sebagai tali pengikat kasih sayang di antara Kak Fa dan Firash… Kak Fa gunakan dengan sebaik mungkin supaya Firash tak terasa yang dia lonely dan Mommy ni asyik sibuk kerja, kerja dan kerja… Untuk ikat kasih sayang tu… Rasanya ramai boleh perasan yang Kak Fa, momentum Kak Fa agak kurang kepada media sosial sejak kebelakangan ni disebabkan Kak Fa fokus kepada beberapa perkara yang penting dalam kehidupan Kak Fa sehari-hari. Ada masa baru Kak Fa aktif di media sosial. Pejabat? Memang payahlah Kak Fa nak menghadap media sosial senantiasa… Minta maaflah kalau-kalau ada yang terasa Kak Fa sombong ke? Kak Fa kekwat ke? Kak Fa macam lagak ke di media sosial… Sesekali baru Kak Fa muncul…Sungguh…Kak Fa memang pack…. Semua benda nak buat… Boleh imagine tangan sotong kurita tak? Ha macam tu lah Kak Fa… Wakakaka… Open-mouthed smile

Membantu Di Dalam Mengubah Suhu Emosi Anak-Anak

Ketika anak-anak di dalam emosi yang kurang menyenangkan, anak-anak cenderung untuk berperilaku negatif. Hukumlah anak tu macam mana pun… Bebel lah macam mana pada anak pun… Anak boleh jadi tak beri jawapan ya… Dia buat tak kisah dan macam tak dengar jer… Kadang-kadang dengan melayan anak bermain, emosi negatif anak-anak dapat kita divert, dapat kita ubah… Dari merajuk boleh jadi bergurau-senda, dari tantrum boleh jadi 360 darjah bertukar emosinya…Terus jadi elok…

Belajar Perkara Baru

Both parties. Anak boleh belajar perkara-perkara baru yang mungkin tidak diketahui oleh mereka sebelum ini ketika bermain dengan ibu atau bapa atau kedua-dua ibu bapa sekali. Ibu bapa juga boleh belajar perkara baru mengenai anak-anak yang mungkin tidak disedari selama ini. Kita rasa kita tahu, tapi sebenarnya hakikatnya masih ada perkara yang kita belum tahu dan hanya akan dapat kita ketahui dengan bermain bersama-sama dengan anak. Kak Fa selalu macam ni! Ada perkara-perkara yang Firash tak pernah tunjukkan di hadapan Kak Fa, tapi Kak Fa dapat explore dan faham ketika bermain bersama Firash.

Mempertingkatkan Dan Memperhalusi Kemahiran Anak

Contohnya macam kemahiran motor kasar dan juga motor halus anak-anak. Selain daripada itu, kemahiran hidup yang dapat digunakan oleh anak-anak di masa hadapan.

Meningkatkan Kemahiran Komunikasi

Macam di dalam kondisi Firash kan? Dia seorang, jadi nak bercakap dengan siapa selain daripada kawan-kawan, teacher di school dan juga Kak Fa di rumah? Nak tak nak untuk meningkatkan kemahiran komunikasi Firash, Kak Fa memang kena bermain dengan Firash. Sebab pada waktu tulah, macam-macam yang akan kami kongsikan dan macam-macam yang akan kami reka cerita mengenai sesuatu permainan. Sejak Kak Fa lebihkan dan banyakkan masa untuk melayan Firash, Kak Fa dapati dia semakin mahir untuk construct sentences yang kadang-kadang Kak Fa pun tak jangka dia akan construct. Nak nak nak lagi, Firash agak lewat bertutur (bukan speech delay sepertimana yang disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak ya… ) – boleh cakap tapi saja tak nak cakap. Sekarang ni hamik! Bercakap jerlah tak berhenti… Ha ha ha…Nak sangat kan Mommy? Open-mouthed smile

Menyelami Dunia Anak

Kak Fa suka bermain bersama-sama Firash…Bukan sebab Kak Fa sama jadi budak, tapi melalui aktiviti yang dilakukan bersama-sama, Kak Fa boleh jadi lebih kenal dengan Firash… Kak Fa boleh tahu apa yang dia tahu mengenai sesuatu permainan itu, sejauh mana dia tahu mengenai sesuatu permainan itu, apa situasi atau cerita rekaan untuk pretend play dia, apa yang dia suka, apa yang dia minat, apa yang dia tak suka, personaliti yang bagaimana sebenarnya Firash ni…. Setakat Kak Fa balik kerja, tonton televisyen bersama-sama dan suap anak makan, tak cukup sebenarnya… Bermain bersama-sama itu yang sebenarnya buatkan Kak Fa lebih dekat dan lebih kenal dengan Firash.

Merapatkan Hubungan

Sejak-sejak Kak Fa sibuk bermain bersama Firash ni…. Ha ha ha… Open-mouthed smile Kami dah bukan setakat BFF jer dah… Dah ibarat soulmate pun ada! Semakin hari semakin rapat. Walaupun mungkin Kak Fa sibuk dengan rutin harian, tetapi disebabkan oleh Kak Fa kerap melayan dia bermain, walaupun sekejap sangat… Hubungan kami menjadi bertambah rapat… Tu sebab segalanya Mommy tu… Mommy sit down! Mommy come up! Mommy this… Mommy that….

Bermain tu adalah hal yang tak boleh nak dipisahkan daripada kehidupan anak-anak. Dengan cara bermainlah anak-anak belajar banyak perkara termasuk merangsang otak dan juga motorik mereka. Disebabkan pentingnya bermain bagi anak-anak, sebagai ibu Kak Fa cuba terlibat sama. Apatah lagi di dalam fasa di mana anak-anak ingin selalu berinteraksi dengan ibu bapanya yang agak terkekang masa…. Dan bagi Kak Fa sebagai seorang ibu, ini adalah moment yang tepat di mana untuk memulakan pembentukan kecerdasan, karakter dan menghabiskan waktu-waktu yang berharga untuk menjadi kenangan yang indah bersama si buah hati pengarang jantung. Makanya, sesibuk mana pun kita, Kak Fa advise janganlah kita cuba untuk menolak ajakan anak-anak kecil kita untuk bermain bersama ya? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !