Bilakah Alat Penyaman Udara Perlu Diservis?

Farah Waheda Wahid
0
BILAKAH ALAT PENYAMAN UDARA PERLU DISERVIS

Alat penyaman udara kini sudah menjadi sebahagian daripada keperluan bagi pemilik rumah di Malaysia. Cuaca panas Sun  sepanjang tahun menyebabkan kebanyakan keluarga memilih untuk membuat pelaburan dengan memasang alat penyaman udara di rumah masing-masing.

Selain memberikan suhu yang selesa di dalam rumah, alat ini juga berfungsi sebagai penapis udara di mana ia akan menyedut udara yang bercampur dengan asap dan bau hapak, dan melepaskan semula udara yang lebih bersih ke dalam bilik. Kotoran pada udara tadi akan terkumpul pada penapis udara di unit dalam (indoor unit) alat penyaman udara tersebut.

Bagaimana Tahap Penggunaan Elektrik Bagi Alat Penyaman Udara?

Walaupun terdapat banyak kelebihan pada alat penyaman udara, ada juga pihak yang runsing dengan tahap penggunaan elektrik mereka. Menurut pakar penyaman udara, alat penyaman udara merupakan satu alat yang menggunakan elektrik secara efisien jika ia berada dalam keadaan baik. Kebanyakan alat penyaman udara yang berada di pasaran kini dapat menurunkan suhu bilik dengan lebih pantas, sekaligus mengurangkan penggunaan elektrik lebih 60%.

Mengapa Alat Penyaman Udara Perlu Diservis?

Anda tentu tidak mahu mengambil risiko untuk tidur dalam kepanasan akibat alat penyaman udara yang rosak pada tengah malam. Jadi, sama seperti barangan elektrik yang lain, alat penyaman udara juga perlu dijaga dan diservis secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berfungsi dengan efisien.

Setiap kali pakar penyaman udara melakukan servis pada alat penyaman udara anda, mereka akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh pada unit dalam dan luar. Menerusi pemeriksaan ini, sebarang kerosakan kecil dapat dibaiki pada peringkat awal.

Jika anda terus menggunakan alat penyaman udara yang sudah mempunyai masalah haus dan lusuh (wear and tear) tanpa anda sedari, lama kelamaan ini akan menyebabkan berlaku kerosakan yang lebih besar. Semestinya kos untuk membaiki kerosakan yang besar adalah lebih tinggi berbanding kos untuk membaiki kerosakan yang kecil.

Berapa Kerapkah Penyaman Udara Perlu Diservis?

Secara umumnya, alat penyaman udara perlu diservis oleh pakar penyaman udara setiap empat hingga enam bulan, bergantung pada tahap penggunaan alat penyaman udara tersebut. Selain itu, terdapat juga beberapa petanda lain yang menunjukkan sudah sampai masanya untuk alat penyaman udara itu diservis.

Antara petanda itu ialah apabila udara yang dihembuskan tidak sejuk, bau hapak keluar dari alat penyaman udara, air menitis dari alat penyaman udara dan penyaman udara sering ON dan OFF dengan tiba-tiba. Jika penyaman udara anda menunjukkan salah satu masalah di atas, hubungi pakar penyaman udara untuk lakukan servis dan pemeriksaan menyeluruh dengan segera.

(Baca: How to Clean Your Air Conditioner Without Voiding Your Warranty)

BILAKAH ALAT PENYAMAN UDARA PERLU DISERVIS (2)

Berapakah Kos Untuk Perkhidmatan Servis Penyaman Udara?

Menurut Recommend.my, kadar untuk perkhidmatan servis alat penyaman udara secara berkala adalah sekitar RM80 hingga RM150, bergantung kepada kuasa kuda (horse power - HP) alat tersebut.

Setiap kali servis dilakukan, pakar penyaman udara akan mencuci unit dalam dan luar, memeriksa sebarang kerosakan dan jika perlu, gas penyejuk (refrigerant gas) juga akan ditambah. Tempoh masa yang diperlukan untuk servis alat penyaman udara pula kebiasaannya tidak lebih dari satu jam.

Kak Fa berpendapat, kos untuk menyelenggara alat penyaman udara adalah sangat berpatutan. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil atau orang tua yang tinggal serumah, utamakanlah keselesaan mereka dengan memastikan alat penyaman udara sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kajian mengatakan, setiap kali alat penyaman udara diservis oleh pakar penyaman udara, tahap efisiennya akan menjadi 95% seperti asal.

Dapatkan perkhidmatan pakar penyaman udara yang boleh dipercayai di Recommend.my dengan hanya beberapa langkah mudah. Kongsi maklumat ringkas tentang alat penyaman udara anda dan pihak Recommend.my akan menghubungkan anda dengan pakar penyaman udara berhampiran anda dengan segera. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !