Bagus Ke Genius Aulad?

Farah Waheda Wahid
15
BAGUS KE GENIUS AULAD (1)

Bagus ke Genius Aulad? Soalan popular yang Kak Fa terima sejak kebelakangan ni dan soalan biasa yang ada pada parents,  terutamanya first timer parents.  Hey!  I'm a mom to an Auladian's...  Let me share with you my personal experiences... Alaaa... Normal lah tu kan?  Soalan macam tu. Kak Fa dulu pun sama juga.  Bukan setakat Genius Aulad,  Kak Fa ada soalan yang macam ni...  Semua tadika yang Kak Fa survey!  The truth actually...  Ha ha ha...

Satu jer nak pesan, membuat keputusan untuk penempatan preschool anak ni, sebenarnya bukan berasaskan populariti sesuatu preschool tu,  bukan berdasarkan ikut-ikutan ya?  No no no no no...  Parents,  ibu bapa yang kena betul-betul buat pertimbangan. Macam yang Kak Fa dah berulang-ulang kali katakan dalam entri-entri Kak Fa sebelum-sebelum ni mengenai preschool. Satu-satu tadika tu memang benar popular dan diperakui bagus... Tapi sejauh mana meninggalkan impak positif terhadap perkembangan anak-anak bukan semata kerana nama! Bergantung kepada cawangan dan juga pengurusan tadika juga.

Tak dinafikan ada tadika berpayungkan sesuatu nama terkenal tetapi kualitinya tak sama ok. Terkadang tu, indah khabar dari rupa. Hu hu hu...  Yang parents nampak yang indah-indah dari luaran, sedangkan hakikatnya bila dah tempatkan anak,  tak seindah yang disangka. Kecewa tak?  Of course!  Sangat kecewa!  Ada di kalangan ibu bapa yang pernah melalui situasi sebegini ya. Silalah percaya. 

Berbalik kepada soalan, bagus ke Genius Aulad?  Alhamdulillah... Bagi Kak Fa setakat ini,  cawangan Genius Aulad yang Kak Fa tempatkan Firash... Kak Fa berikan 5 bintang!  Firash pun nampaknya happy sebagai Auladian's dan syukur sangat-sangat bila tak ada masalah pergi dan balik school. Dia happy! Setiap hari happy!  Jadi jawapannya...  Baguslah kan? Yup cawangan Genius Aulad yang Kak Fa hantarkan Firash memang win! 

Apa yang win sangat di mata Kak Fa? 

Suasana Pembelajaran Yang Ceria!

BAGUS KE GENIUS AULAD (2)


Sewaktu Kak Fa kecil dahulu, Kak Fa selalu ada perasaan nak sekolah di sekolah yang set-up nya colourful,ceria! He he he... Nasib dapat school yang macam tu.  Itu membuatkan Kak Fa rasa gembira dan rasa seronok bila Pergi ke tadika. Sama juga!  Bila tiba giliran Firash,  kalau boleh Kak Fa nak yang macam tu juga!  Kak Fa nak Firash sekolah di school yang set-up nya ceria, colourful.  Lengkap dengan play area, warna-warni dan juga cerah bukannya gelap, kusam dan suram serta semak. Bayangkanlah kalau kita sendiri sebagai kanak-kanak sekolah di sekolah yang set-up nya dull?  Semangat ke nak ke sekolah?  Keceriaan suasana pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam psikologi kanak-kanak di dalam pendidikan serta perkembangan awal mereka. 

Kebersihan Sekolah

Kak Fa suka Genius Aulad sebab memang bersih, kemas dan teratur. Dari hall, play area, library, classroom sampailah toilet and pantry.  Siap ada kakak cleaner lagi yang setiap hari bersihkan school.  Tak adalah bila you masuk buka kasut dan bila you keluar tapak kaki you jadi hitam.

Ada Daily Communication Book

BAGUS KE GENIUS AULAD (3)


Daily...  Bukan weekly atau monthly atau pada bila-bila masa yang ada notis penting. Dalam daily communication book ni bukan one way communication but two way communication. Apa yang class teacher nak beritahu tentang anak kita, apa yang kita nak beritahu class teacher tentang anak kita. Semua terkandung dalam buku ni. Tinggal tulis dan tampal jer. Kalau nak bayar yuran monthly pun boleh kepil dalam buku ni dan tulis note pada class teacher. Memo pada parents pun tampal dalam buku ni.

Tugas ibu bapa cuma perlu semak daily communication book ni. Kalau tak tau apa yang jadi dengan anak sehari-hari dekat school tu or ketinggalan apa-apa maklumat, memang nampak sangatlah you yang tak buka dan semak beg sekolah anak setiap hari. Ha ha ha. 

Daily Progress Tracking

BAGUS KE GENIUS AULAD (4)


Nampak yang bulat-bulat tu?  Setiap buku Firash ada daily progress tracking yang macam ni. At least I am not in the dark, apa yang my son buat di school and at least tanpa Kak Fa perlu nak bertanya, Kak Fa dapat jawapan. Cuma sesekali bila Kak Fa jumpa class teacher Firash, Kak Fa akan tanya perkembangan semasa Firash secara face to face.  Melalui progress notes macam ni,  mudah bagi Kak Fa nak keep track apa yang Firash belajar and move forward seiring dengan pembelajaran dia di school. So Kak Fa in the loop of his learning direction. At least bolehlah Kak Fa buat revision session dengan dia di rumah kan?  Bukan belajar teruk-teruk macam nak ambil peperiksaan UPSR,  PT3 atau SPM...  Ha ha ha...  Belajar secara santai di rumah. Sambil main sambil kita belajar ya tak?  Saja nak tanamkan sikap rajin belajar dari rebung ni ha. Usaha jer yang terbaik, yang selebihnya terpulang pada diri dia sendiri. Tugas Kak Fa,  motivate and bagi direction bagaimana caranya.

Kak Fa kan suka fikir yang buruk dulu?  Bukan Kak Fa tak percaya pada yang pernah mendidik Firash. Tapi kalau Kak Fa langsung tak tau,  di mana sebenarnya perkembangan pelajaran Firash... I seriously don't know what to expect on my son current progress at school. Taklah Kak Fa minta 24 jam pantau dan didik Firash.  At least progress notes macam ni pun Kak Fa sebagai Mommy dah cukup happy dah.

Tapi Kak Fa check juga tau...  Kak Fa tak biarkan macam tu jer and tak serahkan bulat-bulat pada class teacher Firash. Kak Fa uji Firash berdasarkan progress notes tu dan jika ada yang masih Firash tak dapat nak catch up, Kak Fa akan cuba bantu Firash catch up. Siapa yang nak anak ketinggalan di belakang kan?  Bila dah bayar untuk school beratus sebulan? Betul tak?

Effective And Fast Communication

Jika ada apa-apa, pihak school akan cepat-cepat What's App dan communicate dengan Kak Fa dan tak tunggu lama-lama. Kalau Kak Fa ada apa-apa,  Kak Fa cepat-cepat communicate dan dapat response yang sangat cepat.

Sistem Keselamatan

Ini penting. Student tak lepas dan tak bebas sendiri nak duduk luar dari premis school. Ada sistem CCTV dan sepanjang waktu persekolahan, setiap student dikawal ketat oleh guru-guru dan pintu yang menggunakan sistem kad akses akan sentiasa berkunci.

Pergerakkan setiap student dipantau dan dijaga. Naik turun tangga teacher ada sama untuk setiap student. Bagi yang dah besar sedikit boleh turun naik sendiri tapi masih dipantau. Setiap student datang bersambut dan balik berhantar. Ada sistem walkie talkie juga.

Perkembangan Semasa Anak Dilaporkan Melalui What's App Juga

BAGUS KE GENIUS AULAD (5)

Bila nampak gambar yang class teacher hantar melalui What's App macam ni... Happy!  Tersenyum sendiri. Tak perlu minta untuk class teacher hantar gambar ya? Mereka sendiri yang hantar. Mereka sendiri ada inisiatif untuk menghantar dan mendekati ibu bapa. Bila macam ni kan...  Kak Fa rasa macam berbaloi dan macam tak sia-sia Kak Fa bayar monthly fee mahal-mahal. Kak Fa rasa Kak Fa jadi dekat dengan kehidupan Firash sebagai preschooler walaupun Kak Fa merupakan seorang ibu bekerja.

Perkembangan Semasa Firash

Sebagai seorang Auladian's...  Kak Fa dapat melihat banyak perubahan serta perkembangan Firash dari semasa ke semasa. Banyak...  Banyak sangat progress Firash. Sampaikan Kak Fa berani nak katakan yang hampir setiap hari ada sahaja benda baru pada diri Firash yang Firash bawa balik dan tunjukkan pada Kak Fa.

Kesimpulannya...  Bagus ke Genius Aulad?  Baguslah!  Thumbs up Kak Fa bagi ok!  Untuk cawangan yang Kak Fa hantar Firash ni lah...  Cawangan lain Kak Fa tak tau ya?  Mungkin parents lain boleh kongsikan pengalaman mereka tentang cawangan lain. Setakat ini, cawangan Genius Aulad yang Kak Fa hantarkan Firash ni memang awesome! 

Jika ada sesiapa yang nak tau cawangan Genius Aulad mana Kak Fa hantarkan Firash,  you can email me to ask ataupun mesej Kak Fa di Facebook ataupun Instagram.  Kak Fa takkan open publicly location school Firash dalam blog atau mana-mana social media atas sebab-sebab keselamatan. I am just protecting my son ok?  Winking smile Wink!  Nama general tu ya...  Tapi dengan lebih details di mana lokasi... Memang tak lah...

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kawan PC pun hantar anak di GA juga..dia pun berpuas hati..setakat ni alhamdulillah katanya..bila tengok Firash dalam saf..subhanAllah..sebak+gembira+syukur sangat2....apatah lagi mummynya kan....

    ReplyDelete
  2. bole bgtau dkt branch mana? email pd sy ya nurneraca1985@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalam..bole tau branch mana? Emel farhana3004@gmail.com tqvm

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum boleh sy tau cawangan mana. Emel sy ruby.wiwi90@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Blh tau branch mana. Email yusryjr@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Salam. Boleh saya tahu cawangan mana. Boleh email saya atikaanuar92@gmail.com. atau bagi email puan saya akan emaill kan.

    ReplyDelete
  7. Salam blh email sy mzroslina@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Buleh saya tahu cawangan mana yg dimaksudkan tu?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    Buleh saya tahu cawangan mana yg dimaksudkan tu?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Buleh saya tahu cawangan mana yg dimaksudkan tu?

    ReplyDelete
  11. Salam..blh saya tahu branch mana? Email saya zaarahanafe@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Boleh tau branch mana dan dari umur anak puan berapa tahun puan hantar ke GA?Email saya pelangiapril@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,boleh tahu cawangan mane,email saya zakirazainal@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,boleh tahu cawangan mane,email saya rohayahitam@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,boleh tahu cawangan mane,email saya alongazim05@yahoo.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !