Working Mom: Bekerja Sewaktu Hamil

Farah Waheda Wahid
0
WORKING MOM_BEKERJA SEWAKTU HAMIL

Out of the blues! Open-mouthed smile Ha ha ha… Terkenangkan dan teringatkan situasi sebagai wanita bekerjaya sewaktu mengandungkan Iman Firash dulu. Pengalaman pertama dan mungkin saja menjadi pengalaman yang terakhir buat diri ini. Bagi yang bakal hamil atau baru saja hamil buat pertama kali… Pernah terfikir tak tentang bagaimana situasinya bekerja sewaktu hamil? Agak-agak mencabar ke tidak? Agak-agak boleh terbawa dek badan ke tidak? Ada rasa risau jika tidak dapat bekerja dengan baik dan jaga prestasi kerja dengan baik? Kalau tak terfikir baguslah…Tapi kalau terfikir tu… mari sini rajin-rajinkan diri untuk membaca sedikit perkongsian dari seorang ibu yang mempunyai pengalaman tapi tak berapa nak pandai ni ha sebab anak seorang jer…Ekekeke…Smile with tongue out tentang Working Mom: Bekerja Sewaktu Hamil. Adalah sedikit perkongsian pengalaman yang tidak seberapa dan juga tips yang mungkin barangkali berguna untuk mereka yang memerlukan di luar sana?

Melalui pengalaman sendiri 3 tahun 8 bulan yang lepas, farah tetapkan mindset yang kehamilan tidak sepatutnya menjadi had ataupun alasan untuk Farah tidak melakukan apa yang Farah kerap lakukan. Semestinyalah ada hari-hari yang membuatkan Farah rasa tak terdaya, rasa tak berkemampuan sangat… itu semua memang ada… Tapi apa boleh buat? Farah cuba juga untuk memaksa diri ini untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti di luar rumah ataupun kadang-kadang hanya memilih untuk berehat di rumah bila Farah rasa keadaan betul-betul buatkan Farah rasa Farah tak mampu lagi dah. Setakat manalah kederat ibu mengandung ni kan? Ihikss… Open-mouthed smile. Satu benda jer… Bila kita melakukan sesuatu, bila kita ada aktiviti sebenarnya ia sangat-sangat membantu kita untuk melupakan apa sahaja yang kita alami di dalam fasa kehamilan. Jenisnya Farah, Farah ingatkan diri Farah supaya tak terlalu manjakan diri dengan alasan mengandung dan tak terlalu terkenang-kenangkan yang diri Farah tu mengandung dan perlu bantuan dalam setiap hal. Walaupunnn…walaupun hakikatnya itu kehamilan pertama dan perlu sangat menjaga diri. Diri tu jagalah juga, tapi tak adalah sampai tak boleh nak buat itu, tak boleh nak buat ini.

Makanya, ikut apa yang telah dilalui, Farah  nak kongsilah tips yang tidak seberapa yang Farah ada untuk pembaca Bubblynotes.Com hadamkan… Winking smile

Bergerak Sebanyak Mungkin Yang Anda Mampu, Sekurang-kurangnya Sekali Setiap 2 Jam

Bila mengandung ni, bila kita duduk lebih dari 3 jam pada satu-satu masa, ianya boleh mengakibatkan fluid retention pada kaki, mengurangkan pengaliran darah pada bayi anda, ketegangan otot terutamanya dari bahagian bawah belakang badan anda dan ketegangan pada kawasan bahu. Farah sarankan agar, ibu-ibu hamil bangun setiap beberapa jam ataupun berjalan ke tandas buang air ke? Bergerak please bergerak… Don’t be a lazy bum!

Sediakan Makanan Ringan Sihat Dan Air Di Workstation

Bagi yang ada morning sickness la ya? Alhamdulillah, sewaktu mengandungkan Firash dulu, Farah memang langsung-langsung tak ada morning sickness. Adalah disarankan supaya anda ada sesuatu yang nak digigit setiap setengah jam. It could be as simple as biskut ke? buah-buahan ke ataupun gula-gula ke? Cubalah adakan makanan-makanan ni di sekitar anda supaya anda tak terlupa untuk memakannya samping-samping kesibukan tugasan pejabat anda tu. Simpan air sebotol atas meja juga supaya anda boleh ingat yang anda perlu sentiasa minum air yang banyak in order to keep yourself well hydrated.

Cari Posisi Yang Selesa Ketika Bekerja Di Workstation

Dulu lah kan? Farah suka sangat letakkan kedua-dua belah kaki Farah di atas kotak yang Farah letakkan di bawah meja dan letakkan back support pada kerusi Farah di pejabat. Pastikan yang anda mengambil rehat seketika secara berkala sekiranya anda jenisnya yang bekerja menaip di komputer sepanjang hari. Wanita hamil adalah berisiko untuk didatangi repetitive stress disorders seperti carpal tunnel syndroms.

Pakai Pakaian Yang Selesa

Walaupun hamil, penampilan tetap kena jaga oiii…. Bukan bermaksud bila hamil kau nak kena kelihatan selekeh atas alasan pemilihan pakaian yang sangat terhad dan terbatas. Sekarang ni banyak jer fesyen-fesyen terkini ibu hamil. You can still have your power suit tetapi yang penting tolong suaipadankan dengan kasut bertapak rata yang grip berbanding kasut bertumit tinggi. Pilih pakaian yang longgar, selesa dan berpakaian berlapis. Pakai belly band seperti gambar di bawah:

WORKING MOM_BEKERJA SEWAKTU HAMIL 2
Kredit: Sumber dari Google

Mungkin ada yang tak pernah kenal dengan belly band. Untuk makluman anda, belly band adalah merupakan korset untuk ibu hamil yang mana ianya sebenarnya berfungsi untuk membantu ibu-ibu hamil berasa selesa ketika perut semakin membesar sewaktu melakukan pelbagai jenis aktiviti. Bergantung juga ya? Kalau ada alahan pada kulit perut ataupun membuatkan anda rasa sakit jangan pakai ok? Untuk Farah, Farah gunakan belly band ni disebabkan:

Pointing upIanya membantu untuk mengurangkan rasa lelah, rasa nyeri, risiko kecederaan pinggang dan masalah sukar bergerak ketika kandungan semakin membesar.
Pointing upIanya melindungi janin di dalam kandungan dari goncangan keras dari aktiviti yang berlebihan seperti naik turun tangga atau memandu di jalan yang tidak rata yang dapat menimbulkan risiko pendarahan, kelahiran pra-matang serta keguguran.
Pointing upMencegah terjadinya kondisi rahim turun, iaitu kondisi di mana kandungan yang semakin membesar dan berat akan mendorong serta mendesak organ-organ tubuh di sekitar rahim ke bawah. Rahim turun ke bawah ni bahaya oiii… boleh tinggalkan kesan dengan menggangun fungsi organ sekitar rahim.
Pointing upMembantu mengurangkan terjadinya selulit ataupun stretch marks pada perut serta risiko timbulnya varises dan edema yang mungkin muncul sewaktu kehamilan. He he he… Smile with tongue out sebab tu, gynae Farah kata, kulit perut Farah cantik! Ha ha ha… Winking smile Jujur bukan nak bohong… Memang tak ada stretch marks langsung.

Kuasai Seni Power Nap

Kalaulah rasa macam exhausted ya ampunnn sangat-sangat (bukan sesuatu yang ganjil di trimester pertama dan juga ketiga kehamilan kan?), makanya cuba-cubalah menyelit untuk dapatkan tidur sekejap di waktu makan tengah hari. Kalau tak mungkin nak dapat tidur sekejap sewaktu waktu rehat makan tengah hari, bila sampai rumah di waktu petang…duduk sekejap di atas sofa di rumah selama setengah jam.

Get Your Beauty Sleep

Memang kalau mengandung ni mudah sangat nak mengantuk, atau lebih terus-terang… pengalaman Farah sendiri dulu…mengantuk jerlah kerjanya… sebab pada waktu ni, sememangnya tubuh badan kita menghantar signal yang kita perlu tidur sebanyak mungkin yang kita boleh memandangkan bila anak dah lahir sok-sok…he he he… Kirim salam nak tidur puas-puas ya? Yang mencabarnya adalah mengantuk ketika di pejabat. Makanya, bila ada peluang untuk bantai tidur cukup-cukup…silalah tidur secukup-cukupnya. Selama mana pun…ambillah masa…Orang di rumah tak boleh nak marah kan? Walaupun dulu nenek Firash selalu marah sebab kononnya risau nanti baby jadi besar dalam perut… Takut nanti susah nak bersalin… Anda perlukan tidur yang banyak dan cukup! Ingat tu… Supaya kita boleh berfungsi dengan baik ketika bekerja di pejabat dan kekal sihat untuk bayi dalam kandungan.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian Farah kepada mereka-mereka yang bakal menjadi ibu hamil yang bekerja… Ada apa-apa lagi nak tambah? Winking smile… Kongsi-kongsilah…Mana tahu kot-kot ada yang Farah tertinggal ataupun terlupa kan?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !