Teknik Memikat Anak Yang Tidak Mahu Makan Nasi!

Farah Waheda Wahid
1
TEKNIK MEMIKAT ANAK YANG TIDAK MAHU MAKAN NASI!

Firash lah tu! Open-mouthed smile… Salah seorang di antara kanak-kanak di dalam Malaysia ni yang tidak mahu makan nasi. Ini bukannya entri perkongsian tips by the book bagaimana untuk kendalikan anak yang tidak mahu makan nasi tetapi ini entri teknik memikat anak yang tidak mahu makan nasi! Smile… Berdasarkan pengalaman sebenar yang Farah lalui di dalam mengendalikan seorang anak kecil yang tidak mahu makan nasi. Entah kenapa entah anti sangat dengan nasi tu? Farah sendiri pun tak faham dan tak tahu. Open-mouthed smile

Cumanya kalau nak diikut-ikutkan memanglah sewaktu berbadan dua dulu, Farah cukup alah dengan nasi. Asalkan makan nasi jer rasa nak terkeluar balik. Asalkan tengok nasi jer rasa kembang tekak. Sudahnya Firash jadi anti dengan nasi. Cukup susah nak tengok Firash makan nasi. Boleh dikira dengan jari. Kalau dia makan jer nasi, rasa bahagia sangat dalam hati mak dia ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Kadang-kadang bila tengok anak orang lain makan nasi dengan penuh berselera, teringin rasanya nak tengok anak sendiri makan macam tu. Lega rasanya kalau Firash nak makan nasi. Tapi tulah… Nak dipaksa-paksa sangat sampai menangis-nangis budak tu, rasa tak patutlah pulak kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile Macam-macam benda nak fikir bila jadi mak ni kan? Bukan mudah nak pegang title Mommy ni kan?

Bila dah tak nak makan nasi, kenalah guna teknik atau cara lain supaya dia makan dan mendapat nutrien serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan dia sepanjang proses perkembangan dan pertumbuhan dia. Risau weiii! anak tak dapat secukupnya apa yang diperlukan sepanjang proses tumbesaran. Siapalah yang tak risau kan?

Baca Sana-Sini Tips Dan Panduan Anak Tidak Mahu Makan Nasi

Gigihlah Farah ni membaca dari pelbagai jenis sumber mengenai tips, cara, panduan bila anak tidak mahu makan nasi. Dari jadi kreatif untuk hias macam-macam bentuk nasi tu sampailah ke macam-macam jenis supplement pembuka selera serta vitamin tambahan yang diperlukan oleh anak. Rasa-rasanya berhasil tak? Nerd smile… Jawapan jujur dan ikhlas dari Farah… TIDAK!

Konsultansi Bersama Doktor Pakar Kanak-Kanak

Berapa kali entah dah? Farah pun tak boleh nak ingat dah. Semua doktor kata tak perlu risau. Tak perlu risau tu tak perlu risau lah… Ha ha ha… Open-mouthed smile Bukan nak melawan cakap doktor… Bukan nak tunjuk pandai lebih dari doktor… Tak punnn… Tapi dalam hati sedikit sebanyak ada terbit juga kerisauan di hati. Yang terakhir kali lebih kurang setahun yang lepas di mana doktor menyarankan agar Firash diberikan susu formula Pediasure.



Susu formula Pediasure berperisa Vanilla inilah yang banyak memberi sokongan dan bantuan untuk memberikan Firash segala nutrien serta zat yang diperlukan oleh tubuh badan Firash. Costly? Memanglah… Susu formula Pediasure adalah salah satu di antara susu formula yang mahal dalam Malaysia ni. Akan tetapi apa yang diberikan oleh susu formula Pediasure ini, sedikit sebanyak dapat menenangkan hati Farah sebagai seorang ibu bila anak tidak mahu makan nasi. Sekurang-kurangnya tak adalah anak Farah jadi tak cukup zat ke apa ke kan? Smile with tongue out Ihiksss… Apa yang dia tak dapat dari makan, sekurang-kurangnya dia dapat gantian daripada susu formula Pediasure.

Farah sendiri nampak perkembangan pertumbuhan Iman Firash yang positif dengan susu formula Pediasure. Sungguhpun dia tidak mahu makan nasi, berat badan Iman Firash sentiasa berada di dalam lingkungan berat badan ideal yang sepadan dengan usianya pada masa kini. Boleh tahan semangat juga kalau dukung dia sungguh kecil molek macam tu. Kus semangat! Meninggi dengan jaya pun ya. Hari tu ada kakak tu tegur, dia ingat Firash dah berusia 5 tahun. Bila beritahu yang Firash baru sahaja berusia 3 tahun 8 bulan. Terkejut dia. Open-mouthed smile… Bukan sebab lebar badan, tapi sebab ketinggian dia kakak tu tegur.

Berikan Makanan Pengganti Nasi

Dah tak nak makan nasi… Nak paksa macam mana lagi dah pun? Makanya, nak tak nak, Farah terpaksa gantikan dengan makanan berkalori dan berprotein tinggi untuk Firash. Beri apa yang dia nak makan. Mujurlah nak oiii… Tak nak makan nasi tapi suka makan roti. Yang paling dia suka adalah roti kosong cicah dengan air MILO ataupun roti coklat Gardenia. Itulah makanan dia di rumah bila dia tidak mahu makan nasi.

Berikan Makanan Selingan

Farah berikan Firash makanan selingan pada jarak waktu yang jauh daripada jam makan yang utama supaya perut Firash tidak berada dalam keadaan kenyang pada waktu makan utama. Contoh makanan selingan yang Farah maksudkan adalah biskut (dia suka biskut Chipsmore) dan juga biskut Jacob yang empat segi tu. Kadang-kadang dia suka makan puding. Farah pastikan yang puding tu adalah puding air tangan Farah sendiri rather than beli yang ready-made di pasaran semasa.

Berikan Makanan Variasi Dengan Kekerapan Yang Jarang-Jarang

Well, we mothers do know that too much of fast food or frozen food is not good for our young child. Tapi mereka tetap suka juga kan? Macam Firash, dia sukakan kentang goreng dan juga nugget dari Mc’Donalds. Dia juga sukakan nasi dari KFC. Sesekali Farah cuba layan dan berikan pada Iman Firash tapi Farah tetapkan jarak. Selalu sangat tak bagus. Jadi Farah terpaksa kawal pengambilan makanan sebegini pada Iman Firash.

Itu yang Farah lakukan di dalam mengendalikan anak yang tidak mahu makan nasi. Setakat ni, Alhamdulillah… Walaupun tubuh badan tu kecil molek, tetapi segalanya terkawal. Mula-mula dulu mungkin sangat susah hati bila Firash tak nak makan nasi. Tapi lama-kelamaan bila dah biasa dan bila dah banyak belajar, Farah dah mula tenang dan mula chill. Dalam hati masih tak berhenti mengharap yang Firash akan suka makan. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tak kiralah makan apa sahaja. Habis tu? Takkan Mommy nak gemuk sorang-sorang jer? Ha ha ha… Smile with tongue out

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Pernah juga bg susu tu kat anak... Tapi mahal... Tak mampu nak maintain... Alhamdulillah skrg ni makan dh nasi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !