Prosedur Menggantikan Sijil Kelahiran Anak Yang Hilang!

Farah Waheda Wahid
0
PROSEDUR MENGGANTIKAN SIJIL KELAHIRAN ANAK YANG HILANG

(*Cerita sewaktu entri ini didraf malam semalam…Winking smile… Syukur Alhamdulillah… Dah jumpa dah baru jap tadi di dalam almari pakaian Firash).

Macam-macam hal Mommy Firash! Smile with tongue out Lepas satu-satu, ada... jer kan? Lepas yang tu yang ni, lepas yang ni yang tu...Hari tu MyKid Iman Firash yang hilang tanpa dikesan. Sekarang ni pula, sijil kelahiran Iman Firash pula yang tak tau ke mana ghaibnya! Rasa-rasanya macam ada nampak sebulan yang lepas... Tapi ini tiba -tiba dah tak ada!  Ada toyol yang ambil ke?  Wakakaka... Open-mouthed smile Stress kepala mak ni nak!  Ke sewaktu pindah hari tu tercicir kat mana-mana ke? Serius memang pening tiba-tiba. Dalam-dalam mencari tu dah siap-siap standby mencari tahu prosedur menggantikan sijil kelahiran anak yang hilang!

Jenuh dah mencari dan memunggah satu rumah, tapi bayang sijil kelahiran Iman Firash langsung tak nampak. Yang ada dalam simpanan Farah adalah salinan imbasan sijil kelahiran dan juga MyKid Iman Firash jer. Ini kalau Babah Firash tau habislahhh Mommy kena tarbiyah ni. Wakakaka... Open-mouthed smile  Kalau dia baca entri ni sekarang dia tau lah...Itupun kalau dia rajin nak baca. Tapi kalau tak, jap lagi nak beritahu Babah Firash. Tapi tengah susun ayat dulu...Ha ha ha... 

(Sekejap...  What's App Babah Firash beritahu dulu sebelum bercerita pada orang lain)

(Ok dah beritahu...Hu hu hu...Kusss semangat! Ha ha ha...Open-mouthed smile Cuak!  Heee)

Apa nak buat kalau memang betul-betul hilang? Surprised smile Memang tak ada jalan lain dah ni nampak-nampaknya...  Memang kena ambil cuti tahunan juga untuk uruskan hal sijil kelahiran Firash tu. Sijil kelahiran kan sangat penting. Nak nak lagi untuk daftar kemasukan ke Tahun 1 tak lama lagi. Memang kena cepat ni! 

Jumpalah sedikit informasi dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pengalaman beberapa orang yang sudah pun melalui fasa kehilangan sijil kelahiran.

Macam ni lah... Kalaulah ever anda kehilangan sijil kelahiran anak anda ataupun diri anda sendiri, apa yang perlu anda lakukan adalah:


1. Pergi ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  yang berhampiran dengan anda. Bawa salinan dokumen-dokumen penting yang berkaitan. Contohnya sijil nikah ke? salinan sijil kelahiran yang hilang tu ke kalau ada? MyKid anak ke? Stand by. Apa-apa yang relevanlah. Berdasarkan pengalaman lalu, kalau nak pergi JPN ni, memang kena pergi pagi-pagi sesubuh sapie ni. Kalau tidak jawabnya memang panjanglah gilirannya nanti.

2. Bila dah sampai di JPN tu nanti, tuju ke kaunter dulu. Maklumkan tujuan kedatangan kita ke JPN dan ambil tiket giliran untuk urusan kita. Nanti kakitangan di kaunter JPN akan berikan kita satu borang yang dinamakan sebagai Borang lm12. Sila dengan rajinnya lengkapkan borang tersebut. Dah hilang kan?  Kenalah buat kerja sikit. Siapa suruh hilangkan? Kan dah jadi kerja?

3. Bila dah lengkap, tunggulah sampai no giliran pada tiket giliran kita dipanggil. Bila dah dipanggil serahkan borang tersebut kepada kakitangan JPN yang bertugas untuk memberikan perkhidmatan kepada kita tu. 

4. Selepas itu, anda akan diberikan satu slip untuk tujuan pemungutan sijil kelahiran yang baru. Kalau ikutkan sepertimana yang Farah baca daripada perkongsian orang yang berpengalaman dalam fasa kehilangan sijil kelahiran, 2 minggu dari tarikh permohonan. Tapi dengar-dengar ada juga yang boleh dapat pada hari yang sama.

5. Kalau bukan hari yang sama, sewaktu nak pungut sijil kelahiran yang baru tu, pergi ke kaunter ambil tiket giliran dan tunggu giliran. Serahkan slip bersama MyKid atau Kad Pengenalan empunya yang hilang sijil kelahiran tu pada kakitangan yang bertugas di kaunter.

6. Tunggu giliran anda.

7. Perlu membuat pembayaran sebanyak RM5.00 (kadar bayaran dulu, tak pasti jika sekarang masih sama... Nanti tunggu Farah pergi dulu). Dah bayar dan dapat resit... Sila tunggu kakitangan JPN mencari sijil kelahiran baru yang dah siap.

8. Tandatangan pada buku rekod sebagai bukti yang anda telah mengambil sijil kelahiran yang berkenaan.

Macam tulah seadanya... Tak pernah -pernah Farah menghilangkan dan kehilangan dokumen penting seumpama ini. Entah kenapa kali ni jadi pula. Tapi tulah kan?  Things will eventually happens. You can't predict what will come next.

Harapnya segalanya dapat Farah uruskan dengan kadar segera. Maksudnya kalau boleh sehari dua ni juga nak pergi. Tapi itu adalah mustahil. Dalam minggu depan juga nampak-nampaknya ni. Sok pagi-pagi cari dulu dalam laci office, lepas tu kalu kalau tak ada juga... Terus mohon cuti untuk minggu depan nak uruskan sijil kelahiran Firash.

*Babah Firash tak marah punnn… Instead…Katanya kalau dia sempat dia akan cuba slot in masa untuk uruskan… Kalau tak sempat…Mommy lah pergi…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !