Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

Farah Waheda Wahid
3
Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Kredit: Sumber dari Google

Pada peringkat permulaan…memang Farah tidak mengikuti drama bersiri PInggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ni ha. Bila lama-kelamaan, sambil kerling-kerling sewaktu nenek Firash khusyuk sangat melayan Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, lama-lama Farah pun turut sama sekali tersangkut terjebak menonton drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin. Bukan jual mahal… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi… Malas nak sakit hati bila menonton. Tapi memang ya pun! Ada hari-hari tu… terasa sakit pula hati kita ni wak bila menonton gelagat suami isteri yang kadang-kadang rasa alahaiii… kenapalah tak macam tu…kenapalah tak macam ni… Jebakan Farah itu, telah berjaya menarik Babah Firash untuk terjebak sekali ada satu masa tu untuk sama-sama menonton… Muahaha… Smile with tongue out Dia pun layan jer lah kan? Nak buat macam mana…Dah jiwa isteri yang seorang ini jiwa-jiwa… Nanti tak layan nanti merajuk…

Yang tahu tentang drama bersiri ini, yang menonton drama bersiri ini, sebenarnya tahu tak apa maksud Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ni? Pernah terfikir apakah maksudnya di sebalik tajuk drama bersiri adaptasi novel ni? Meh sini nak terangkan ni ha… Kalau tak taulah… Dari pepatah Melayu perumpaan kata bidalan ibarat pinggan tak retak nasi tak dingin membawa maksud sama-sama tak sudi atau dalam erti kata lain bermaksud sesuatu perkara yang tidak dipersetujui.

Itulah maksudnya… Sebab tu jalan cerita tu macam tu… Alaaa…mula-mula jer… Lepas tu dah mula suka… Smile with tongue out. Saja nak selit sikit sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin…

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Nizam yang enggan untuk menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Mizan merangkap Abang kepada Nizam supaya mengahwininya. Pada mulanya Mizan menolak sekeras-kerasnya kerana tidak mahu menjadi Pak Turut. Mizan juga masih trauma dengan penceraiannya dua tahun yang lalu.

Akhirnya Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara. Kata-kata Mizan memakan diri sendiri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tungan Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukah Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

Nenek Firash kata…mula-mula cerita ni tak best…Tapi lama-lama dah jadi best…Sampaikan Mommy Firash terikut-ikut terjebak sekali… Cuma sekarang fikir bilalah nak sampai episod akhir ni? Ha ha ha… Tak menyabar kan?

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. samalah! mula mula dengar tajuk pun mcm cerita takbest., lama lama memang melekat la dengan cerita ni haha

    ReplyDelete
  2. Oh sedap ke ceritanya. X ikuti pun tapi adalah tengok sikit2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !