Home » , , , , , , , , » Pengasuh Lebih Kenal Anak-Anak Berbanding Ibu Bapa?

Pengasuh Lebih Kenal Anak-Anak Berbanding Ibu Bapa?

PENGASUH LEBIH KENAL ANAK-ANAK BERBANDING IBU BAPA

Nak tanya sikit ni… Boleh tak? Who me? Ermmm… Takut tak? Kalau pengasuh lebih kenal anak-anak berbanding ibu bapa? Kita sangkakan perkara ini yang bermain di fikiran anak-anak kita tetapi rupanya perkara itu yang bermain di fikiran anak-anak kita. Kita sangkakan minat anak kita menjurus kepada perkara ini tetapi rupa-rupanya minat anak kita menjurus kepada perkara itu. Kita sangkakan anak kita sukakan ini tetapi sebenarnya anak kita sukakan itu. Kita sangkakan kita kenal benar dengan anak-anak kita tetapi rupa-rupanya ada orang lain yang lebih kenal anak-anak kita berbanding daripada diri kita sendiri. Zaman sekarang ni, kebanyakan pasangan ibu bapa bekerja mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan keluarga. Tidak semua ibu bernasib baik untuk duduk di rumah sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Tidak semua pasangan mampu jika hanya seorang sahaja yang bekerja ya tak? Memang terasa peritnya jika seorang sahaja yang bekerja bagi golongan rakyat marhaen bila digandingkan dengan kos sara hidup yang sangat-sangat mahal pada masa kini. Send a kiss.

Bila dah kedua-dua ibu bapa bekerja dan dalam masa yang sama mempunyai anak-anak kecil yang sedang membesar, trend kehidupan sekarang adalah anak-anak dihantar ke rumah pengasuh, pusat jagaan, diasuh oleh pembantu rumah ataupun diasuh oleh nenek sendiri. Untuk Farah, Farah jatuh kepada kategori di mana Firash diasuh oleh neneknya sendiri. Diakui masa bersama anak tu sememangnya agak terhad serta terbatas. Orang kata, sibuk mengejar harta dunia, hubungan kekeluargaan semakin lama semakin renggang. Contoh paling senang dilihat adalah hubungan kekeluargaan ketika berada di meja makan, khususnya di restoran, dari bapa sampai ke ibu sampai ke abang sampai ke kakak sampai ke adik semuanya anti-sosial! Sibuk dengan gajet masing-masing… Hu hu hu… Who me? Sedih kan situasi macam ni? Komunikasi tu dah jadi berkurangan…

Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa bersama pengasuh, tak kiralah pengasuh di rumah pengasuh ke? pengasuh di pusat jagaan ke? pembantu rumah ke? nenek sendiri ke? Sehinggakan mungkin ada banyak perkara tentang anak yang kita tidak tahu atau terlepas pandang. Sehinggakan kebanyakan perkara mengenai anak-anak kita hanya diketahui oleh pengasuh yang mengasuh anak kita. Darnnn….Tak sukanya situasi macam ni! Memang minta dijauhkanlah situasi sebegini berlaku di antara Farah dan juga anak bujang Farah tu. In Shaa Allah…Mudah-mudahan tidak…Amin… Tak kiralah betapa padatnya jadual harian Farah, tak kiralah betapa sibuknya hari-hari Farah, tidak kiralah betapa juggling-nya Farah dan struggle-nya Farah… Seboleh-boleh mungkin…Farah tidak mahu sehingga situasi sebegini berlaku. Sebab tu walaubagaimanapun Farah akan pastikan yang Farah akan ada masa bersama Firash setiap hari untuk mendekati dia dan ada untuk dia. Anak-anak biarpun diasuh oleh pengasuh, masih memerlukan ibu bapa mereka. Bukan bermaksud bila sudah ada pengasuh yang membantu menjaga anak-anak sewaktu kita mencari rezeki, kita boleh serahkan segalanya kepada pengasuh dan merasa ringan sedikit daripada tanggungjawab kita sebagai ibu bapa serta boleh fokuskan kepada kerjaya serta perkara-perkara yang bagi kita penting…. Ermmm…anak lagi penting kot? Susah payah bawa ke hulu ke hilir dalam perut selama 9 bulan lepas tu bila dah lahir bagi jer pada pengasuh untuk jaga… Mana boleh!

Satu eksperimen sosial telahpun dilakukan… Di dalam video eksperimen sosial tersebut, didapati 70% pengasuh lebih mengenali anak-anak berbanding ibu bapa mereka sendiri… Tak percaya? Nahhh… Lihat sendiri video yang Farah pinjam dari YouTube dan paparkan di bawah:


Ibu-ibu…Bapa-bapa… Apakah perasaan anda setelah menonton video yang dipaparkan di atas? Terasa sesuatu tak? Rasa sesuatu kan? Tipulah kalau tak terasa sesuatu bila menonton video yang membuktikan secara majoritinya pengasuh lebih mengenali anak-anak yang diasuh berbanding ibu bapa yang sibuk bekerja dan menyerahkan hampir lebih 50% daripada tugas mengasuh kepada para pengasuh. Seram-sejuk dan seriau bila mengenangkan anak darah daging sendiri lebih rapat dengan orang lain berbanding diri kita sendiri dan orang lain lebih memahami serta mengetahui tentang diri anak kita berbanding diri kita sendiri. Sepatutnya yang mengetahui dan rapat dengan anak-anak kita tu adalah kita sebagai ibu bapa. Bukan pengasuh, bukan pembantu rumah dan bukan nenek. Nenek tu bolehlah… Tapi kita kena up sedikit dari nenek sebenarnya sebab kita ibu bapanya. Betul tak? Surprised smile Kalau Farah salah, tolong betulkan Farah ya?

Jadi bagaimana kita dapat mengatasi sindrom “kakak”, “aunty” atau “nenek” ini? Menurut seorang ahli psikologi yang merupakan pengasas kepada Integrated Psychology Network Sdn Bhd iaitu Valeri Jaques melalui satu perkongsian di pautan di SINI

Sentiasa Ada Untuk Anak-Anak

“See your children and make sure they see you too. This creates memories and familiarity. Engage and look at your childre while doing various activities”.
Bagi anak-anak yang diasuh oleh pembantu rumah, sila minta bantuan pembantu rumah untuk membantu kerja-kerja rumah. Masa yang sepatutnya kita sebagai ibu bapa lakukan kerja-kerja rumah tu, boleh kita gunakan untuk diluangkan bersama anak-anak berbanding kita sibuk mengomel rumah bersepah, nak kemas rumah segala bagai. Curi masa yang kita ada tu untuk luangkan bersama anak-anak. Iyalah bila kita dah ada di rumah, takkan kita nak biarkan anak dengan pembantu rumah juga kan? Makanya, kita swap…Pembantu rumah buat tugasan rumah, kita pula luangkan masa yang ada dengan sebaiknya dengan anak-anak.

Let Them Hear You

“Hear what your children has to say and make sure they hear you too! This creates a feeling of comfort with the voice that settles any insecurity. Avoid sharing scary stories. Instead, share happy ones with fun and laughter.”

Berikan Sentuhan Dan Belaian Yang Diperlukan Oleh Anak-Anak Dengan Secukupnya

Tak susah mana…Setiap hari pastikan anda peluk cium anak. Mandikan anak-anak, tukarkan pakaian mereka dan baring bersama-sama ketika waktu tidur. Alhamdulillah-lah… Setakat ini, sedari Firash kecil sampai besar, penat macam mana pun, terkejar-kejar macam mana pun, Farah sendiri yang mandikan dia, bawa dia buang air kecil ke? buang air besar ke? di tandas, bancuh susu dia, masak makanan dia, salinkan pakaian dia, ketipkan kuku dia…Semua tangan Farah jika Farah ada di rumah. Memang nenek Firash, Farah tak bagi buat dan Farah suruh berehat jika Farah ada di rumah. Cuma kadang-kadang tu adalah dia request nak nenek mandikan, nak nenek tepukkan…Manja nenek dia kan?

The Power of SCENT

“Smell your children and let them smell you. This will teach them to create scents that are familiar and comfortable. This can also be done during playtime like smelling trees or flowers.”
Bagi anak-anak kenal bau badan kita dan kita kenal bau badan anak-anak. Jangan sampai sibuk dengan kerjaya kita kononnya dan sibuk dengan urusan kita di luar rumah yang lain…Anak langsung tak kenal bau badan kita sebagai ibu bapa mereka. Sedihlah macam tu…Tak mo tak mo ok?

Makan Bersama-Sama

JIka anak masih makan bersuap, ketika menyuapkan mereka, kita pun makan sama dengan mereka. JIka dah besar dan pandai makan sendiri, pastikan sekurang-kurangnya kita dapat kerap makan malam bersama anak-anak. Eating together is seen as a time for bonding and feeding the senses, which then allows the child to grow up to be secure.

Kita ambil iktibar atas eksperimen sosial yang kita tonton di dalam video yang Farah sertakan bersama-sama entri pada kali ini dan sebagai ibu bapa, jomlah kita sama-sama tanamkan dalam diri untuk pastikan perkara sebegitu tidak berlaku kepada anak-anak kita… Kesian weiii…. Kesian pada anak-anak…Rugi pada kita sebagai ibu bapa…Betul tak? Sewaktu anak-anak membesar yang sepatutnya paling rapat dan mengenali mereka adalah kita sebagai ibu bapa…Bukannya orang lain!

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pengasuh Lebih Kenal Anak-Anak Berbanding Ibu Bapa?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, August 13, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. zaman sekarang kan, kdg2 komitmen kja, anak terabai..takut nya klau ada anak nanti..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia