Ambang sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60, Bubblynotes.Com pun nak sambut merdeka! Jadi kita selitkan sedikit entri berunsurkan patriotisme. Boleh kan? Lagipun penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk mendidik konsep #NEGARAKU kepada anak kecil.
Kita lupakan sejenak perbezaan pendapat politik sesama kita. Yang penting berbeza bagaimana sekalipun, anak-anak kecil kita tetap perlu dididik dengan konsep #NEGARAKU. Tak kisahlah hang sokong parti mana, hang pro kepada parti yang mana satu. Negara kita Malaysia cuma satu dan kita patut sayangkan negara kita yang satu ini.
Nak bebas dari cengkaman penjajah bukannya mudah. Jadi sayangilah negara kita ini Malaysia dan tolonglah tanamkan perasaan cintakan negara di dalam hati sanubari anak-anak kecil kita agar mereka dapat terus menikmati kehidupan yang aman damai serta bahagia.
Untuk anak-anak kecil kita semua, kita boleh mulai dengan:
Kenalkan Budaya Malaysia
Budaya Malaysia adalah budaya ketimuran yang penuh dengan adat resam dan budaya pelbagai kaum. Dengan limpahan budaya asing pada masa kini, memperkenalkan budaya serta adat resam Malaysia kepada anak-anak kecil memberikan satu perlindungan dan sekaligus melestarikannya. Contoh paling ringkas, mendidik anak adat bertamu. Bersalaman apabila bertemu tuan rumah.
Biasakan Berbahasa Ibunda
Walaupun Bahasa Inggeris itu merupakan satu bahasa yang penting untuk perkembangan anak-anak sejajar dengan keadaan perkembangan pendidikan negara dan Farah sendiri menekankan penggunaan Bahasa Inggeris kepada Iman Firash. Farah tidak sama sekali menolak bulat-bulat kepentingan bahasa ibunda. Farah akui Firash adalah anak bilingual dan berat kepada penggunaan Bahasa Inggeris. Akan tetapi, hakikatnya Farah tetap berusaha untuk seimbangkan di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Tidak kisah sebanyak mana kita berbahasa asing dengan anak-anak kecil kita, kita tetap perlu berbahasa ibunda supaya anak kita tahu yang diri mereka hidup di bumi Malaysia.
Didik Anak Kecil Untuk Bersosial Dengan Sesiapa Sahaja
Tak kira adat, tak kira bangsa dan tak kira agama. Benar kita perlu didik anak-anak untuk kenal perbezaan kepercayaan serta adat yang terdapat di Malaysia serta dunia. Tapi di dalam sisi pergaulan, galakkan anak-anak untuk bergaul mesra dan berbaik kepada semua bangsa tanpa mengenal warna kulit. Barulah #NEGARAKU kan?
Farah sendiri tidak kisah jika kawan-kawan Firash tidak terhad kepada satu bangsa atau agama sahaja. Ha ha ha... Dapat bakal menantu dari bangsa lain pun, Farah ok jer... Asalkan Firash tahu membimbing. Amboiii jauhnya imaginasi... Ha ha ha...
Usia anak-anak yang masih kecil, usia emas mereka di mana anak-anak kecil cepat menyerap perkara-perkara yang baru diajarkan kepada mereka untuk kekal bersama mereka sehingga dewasa. Atas sebab ini, sangat penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk menanamkan ketiga-tiga konsep atau dalam kata lain konsep #NEGARAKU melalui pelestarian nilai-nilai Malaysia.
#NEGARAKU Sehati Sejiwa! Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Ke-60 Malaysia!
Terima kasih kerana sudi berkongsi ♡
ReplyDeletesetuju sangat2..jangan sampai hilang jati diri dan semangat anak Malaysia..
ReplyDelete