Home » , , , , , , , , » Menangi Percutian Keluarga Ke Holland!

Menangi Percutian Keluarga Ke Holland!

Ketahui Bagaimana Friso Gold® Dihasilkan Menggunakan Kebaikan Alam Semula Jadi Dan Ditambah Baik Dengan Sains!

FRISO GOLD

Holland, negara yang dikenali dengan bunga tulip dan kincir angin, juga merupakan tapak bagi Royal FrieslandCampina, yang menghasilkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Friso Gold®. Kini, dua keluarga berpeluang untuk bercuti di Holland! Selain daripada itu, mereka juga dapat melawat ladang Royal FrieslandCampina dan menyaksikan penghasilan produk susu Friso Gold®.

Pengalaman sekali seumur hidup ini membolehkan para pengguna Friso Gold® memahami bagaimana jenama ini mengambil kebaikan alam semula jadi dan mempertingkatkannya dengan sains untuk menghasilkan susu tepung rumusan bermutu tinggi bagi kanak-kanak di seluruh dunia.

“Nutrisi semula jadi. Mudah dihadam agar kuat dari dalam – ini merupakan janji Friso Gold®, memastikan hanya yang terbaik digunakan bagi setiap produk untuk memenuhi keperluan dan cita rasa para pengguna di lebih daripada 25 buah negara di seluruh dunia.

FRISO GOLD 2

“Di Royal FrieslandCampina, lembu baka Frisian tulen merupakan sumber produk susu kami yang amat baik, dilayan seperti keluarga sendiri. Kami sememangnya syarikat tenusu yang unik kerana 20,000 peladang kami, yang terlibat secara langsung dalam penjagaan lembu dan pengurusan ladang, memiliki syarikat ini. Oleh itu, mereka memastikan penjagaan rapi alam semula jadi bermula dari kualiti baik lembu hingga ke setiap titisan susu yang digunakan untuk penghasilan rumusan Friso Gold® sebelum dihidangkan untuk si manja anda,” kata Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan bagi Dutch Lady Malaysia.

“Kami memberikan yang terbaik dalam penjagaan alam semula jadi dan menambah baik dengan sains di setiap rantaian bekalan kami bagi membekalkan susu yang kaya dengan nutrien agar si manja anda kuat dari dalam. Sebagai ibu bapa, ia adalah amat penting bagi kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, dan Friso Gold® dapat membantu anda mencapai matlamat ini,” tambahnya.

Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun dalam bidang tenusu, Friso Gold® dapat menghasilkan persekitaran optimum yang diperlukan bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi. Ia bermula dengan para peladangnya, yang berusaha keras dan berdedikasi dalam bekerjasama dengan alam semula jadi agar lembu-lembu dapat menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi secara semula jadi.

Lembu-lembu Friso Gold® diberikan makanan yang seimbang, terdiri daripada rumput rai dan jagung, dan dipantau secara individu menggunakan tanda dan rantai elektronik untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap optimum.

Friso Gold® menggunakan sistem pemerahan susu automatik, yang membolehkan lembu untuk memilih waktu mereka mahu diperah. Dengan bantuan sistem ini, membolehkan mereka menghasilkan susu yang lebih baik.

Apabila susu dihasilkan, peladang-peladang kami menggabungkan kepakaran dan pengalaman yang terkumpul bergenerasi lamanya, dengan sistem pemantauan dan pemerahan susu yang berkualiti tinggi membolehkan mereka untuk memastikan kebersihan dan kualiti susu kekal konsisten sepanjang proses ini.

Sewaktu penghantaran, pemandu trak akan memastikan bahawa susu miliki warna dan bau yang betul. Susu tersebut disimpan pada suhu tidak lebih daripada 4 darjah Celsius untuk mengekalkan indeks kesegarannya yang tinggi.

Di kilang, susu yang semula jadi dan kaya dengan nutrien ini, dipertingkatkan lagi menggunakan sains.

FRISO GOLD 3

Friso Gold® menggunakan teknologi inovatif yang dikenali sebagai LocNutriTM – proses yang menggunakan haba sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Susu segar diproses secara perlahan menggunakan haba sederhana untuk memelihara nutrien hampir kepada struktur yang asal, agar ia mudah dihadamkan oleh kanak-kanak. Teknologi ini memastikan kebaikan nutrisi semula jadi susu dipelihara apabila diproses untuk menghasilkan susu tepung rumusan. Bagi tujuan keselamatan dan kualiti, produk diperiksa semula sebelum dibungkuskan bagi tujuan penghantaran.

Print

Oleh itu, nutrisi asal setiap titisan susu Friso Gold® dipelihara, seperti yang diatur dalam alam semula jadi.

Kini anda berpeluang untuk memenangi sebuah percutian keluarga ke Holland dan melawat ladang tenusu Royal FrieslandCampina apabila anda membeli susu tepung rumusan Friso Gold®! Keluarga yang menang dapat menyaksikan sendiri basgaimana susu Friso Gold dihasilkan.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari www.frisogold.com.my.


Mengenai Friso Gold®
Friso Gold® adalah jenama di bawah FrieslandCampina, sebuah syarikat tenusu multi-nasional Belanda. FrieslandCampina menghasilkan Friso Gold® sejak awal 1960-an dan merupakan jenama ulung di banyak negara seluruh dunia. Friso Gold® menyediakan rangkaian produk khas, iaitu susu untuk ibu hamil dan menyusukan anak serta susu tepung rumusan untuk kanak-kanak. Di Malaysia, Friso Gold® diedarkan oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad, syarikat tenusu utama di Malaysia.

Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad
Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia, Friesland Campina, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, yang menerima anugerah sebagai Company of the Year 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai jenis produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk yang digemari ramai seperti jenama Dutch Lady dan Friso Gold™.

Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan empat institut/universiti penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) pada tahun 2009, melibatkan empat buah negara - Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. SEANUTS merupakan kajian kesihatan dan pemakanan yang terbesar dan paling ekstensif yang pernah diadakan di Asia Tenggara, di mana ia melibatkan 16,744 kanak-kanak selama tempoh empat tahun.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.dutchlady.com.my.


Mengenai Royal FrieslandCampina
Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien penting kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan hasil tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan salah satu daripada lima buah syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap untuk industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat-pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelco√∂peratie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 orang ahli penternak tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium –menjadikannya salah satu dari koperasi tenusu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.frieslandcampina.com .

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Menangi Percutian Keluarga Ke Holland!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 15, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia