Membantu Mengurangkan Rasa Takut Anak Di Saat Gigi Susu Bakal Tertanggal!

Farah Waheda Wahid
0
MEMBANTU MENGURANGKAN RASA TAKUT ANAK DI SAAT GIGI SUSU BAKAL TERTANGGAL!

Sewaktu gigi susu Farah pertama kali nak tertanggal dulu… masih jelas lagi dalam kotak ingatan Farah ni ha… Macam mana seriau dan takutnya Farah pada waktu dan ketika itu… Sick smile… Bila gigi tu dah bergoyang dengan kuat, punyalah takut nak dibawa ke doktor gigi. Hu hu hu… Menangis-nangis tak nak pergi… Ok, Farah mengaku yang sewaktu kecil Farah memang sangat takutkan doktor gigi. Sampaikan akhirnya… nenek Firash ajar macam mana nak cabut gigi sendiri pakai benang. Yes… benang…Benang yang kita gunakan untuk jahit butang ke? Jahit baju tu… Benang tulah… Caranya…nenek Firash ikatkan pada gigi susu yang dah bergoyang tu dan kemudian lebihan benang yang panjang tu, Farah tarik perlahan-lahan dengan tangan Farah sehinggalah tercabut gigi tu. Open-mouthed smile Ha ha ha… Tapi untuk anak sendiri rasanya tak naklah guna kaedah tu… Untuk anak sendiri nak bawa ke doktor gigilah… Smile with tongue out… Jika Farah boleh rasa takut dan seriau sampai begitu sekali, tentulah Farah boleh bayangkan bagaimana jika anak sendiri rasa takut atau seriau. Yang tak pastinya, sama ada dia takut atau seriau ke tidak… Kalau tidak baguslah…Tapi, jika dia rasa takut… Farah terfikir beberapa tips untuk membantu mengurangkan rasa takut anak di saat gigi susu bakal tertanggal!

Tips Membantu Mengurangkan Rasa Takut Anak Di Saat Gigi Susu Bakal Tertanggal!


  • Ceritakan pengalaman diri sendiri, pasangan atau sesiapa sahaja yang berkitaran dengan mereka ketika sedang mengalami masalah yang sama dengan apa yang dihadapi oleh anak. Dalam konteks ini, masalah gigi goyang dan gigi bakal tertanggal. Winking smile

  • Berikan kefahaman kepada anak yang gigi susu tertanggal itu adalah merupakan satu fasa yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak. Sampai satu masa gigi susu bakal tertanggal dan digantikan dengan gigi kekal. Itu bermaksud mereka sedang membesar dengan jayanya.

  • Beri tips kepada anak untuk selalu menggoyang-goyangkan gigi dengan lidah mereka atau jari yang bersih supaya gigi lebih mudah tertanggal. Beritahu anak-anak yang jika mereka selalu menggoyangkan gigi dengan lidah mereka atau jari mereka yang bersih, mereka takkan terasa sakit dan tidak akan terlalu banyak menggeluarkan darah.

  • Cuba cipta suasana di mana anda menggembirakan hati anak dengan sesuatu yang mereka sukai supaya mereka tidak terlalu fokus dengan rasa takut yang giginya bakal hilang!

  • Bila gigi dah tertanggal, berikan mereka makan makanan yang sejuk untuk meminimakan rasa sakit yang mereka alami.

Cuma yang perlu diingatkan adalah, bila mana gigi susu anak sudah mula goyang, pesan pada anak-anak jangan suka-suka hati untuk mencabut giginya secara sembarangan. Sebabnya, jika anak mencabut gigi secara sembarangan ia boleh menimbulkan infeksi dan juga masalah gusi berdarah. Terutamanya, jika akar gigi masih tertinggal di dalam gusi.

*Tengah bayangkan Firash bila gigi susu dah tercabut dan rupa dia bila rongak seketika sementara gigi kekal tumbul… Wakakaka… Open-mouthed smile Imaginasi mak-mak kadang-kadang memang tak tercapai akalku… Ha ha ha… Benda yang jauh lagi, tak tau lagi macam mana dah terbayang dah…. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !