Home » , , , , , , , , , » Jawapan Kepada Soalan Kenapa YURAN TADIKA MAHAL!

Jawapan Kepada Soalan Kenapa YURAN TADIKA MAHAL!

JAWAPAN KEPADA KENAPA YURAN TADIKA MAHAL!
Kredit: Gambar dari Google

Ini bukan satu isu yang baru! Betul tak? Semua ibu bapa yang mempunyai anak di dalam fasa prasekolah dan bakal memulakan alam prasekolah maklum akan yuran tadika yang melambung-lambung tinggi yang setara dengan yuran semester Institusi Pengajian Tinggi. Memang boleh dengarlah ibu bapa menyatakan isu yuran tadika mahal ni di merata-rata tempat seperti laman media sosial dan juga cakap-cakap sekeliling. Ada yang mengeluh, ada yang rasa macam berat sangat kos untuk sekolahkan anak di peringkat tadika, ada yang beri cadangan untuk hantar ke tadika yang lebih murah yurannya mengikut bajet serta kemampuan ibu bapa masing-masing. Macam-macamlah… Sedangkan anak seorang pun boleh terasa, inikan pula ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai ya tak? Entri kali ini, memberi kupasan dan jawapan kepada soalan kenapa yuran tadika mahal!

Perkongsian merupakan satu sisi pandang seorang pelajar tadika yang sekarang telah menerajui sebuah tadika swasta miliknya.

Kesan Domino: Harga Sebuah Kualiti?

Tadika sekarang bukan macam zaman mak-mak kita dulu. Buka tadika nak ajar sama-sama anak jiran, anak jemaah, anak kariah. Habis mengajar, balik masak, santai-santai. Isi masa terluang suri rumah dengan mengajar. Nak mengajar macam mana? Alaaa… macam mana kita ajar anak kita, macam tulah ajar anak orang.

Kualiti

Sekarang ni zaman di mana tadika perlu capai kualiti standard. Kualiti urus tadbir, kualiti perlaksanaan kurikulum, kualiti penglibatan ibu bapa, kualiti kebersihan, keceriaan, kesihatan dan keselamatan. Guru pun bukan dari kalangan mak-mak yang nak isi masa lapang. Bekerja sepenuh masa. Perlu ada Diploman Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pemegang Diploma yang ada hutang dengan PTPTN yang perlu dibayar. Smile

Kos Operasi

Ada pula tadika berjenama, dengan kos pemasaran yang besar. Tadika di bandar, dengan kos sewaan dan perlesenan yang tinggi. Ibu bapa sebenarnya saling berkongsi kos pendidikan anak mereka. Jika ada ibu bapa yang tidak membayar yuran, alamat sebahagian dari yuran yang telah dibayar digunakan untuk menanggung “pendidikan percuma” anak orang lain.

Ratio

Seorang pensyarah di universiti boleh mengajar 30-50 pelajar serentak. Manakala di tadika, ratio yang baik 1 orang dewasa, 12-13 orang murid. Lebih kecil kumpulan lebih baik dan tinggi kualiti. Gaji guru tadika pula dikongsi oleh setiap ibu bapa yang menyumbang melalui pembayaran yuran. Jika gaji pensyarah dikongsi oleh 100 pelajar dari 2-3 kelas, gaji guru tadika pula dibahagi oleh 10-13 murid. Gaji guru tadika tidaklah tinggi mana pun. Analoginya, jika ada ibu bapa hantar anak pertama pakai Viva, waktu anak ketiga dah mampu pakai Nissan Almera – tapi guru tadika masih memandu Kancil, ada yang masih menunggang motor. Tapi guru tadika tetap bahagia, In Shaa Allah.

Good Thing No Cheap

Selalu sangat ibu bapa digembar-gemburkan dengan keunggulan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di United Kingdom dan negara-negara di sekitarnya. Tahukah anda, kos pendidikan awal di United Kingdom adalah sebanyak 40% dari gaji puratanya? Manakala di Malaysia, jika ibu bapa bayar RM 450.00 untuk penjagaan seharian, dan gajinya mencapai purata RM 2,300.00, jumlah tersebut hanyalah 19.5% dari gaji purata. Ini bermakna, andai kata di United Kingdom juga gaji puratanya RM 2,300.00, kos pendidikan awal mereka dianggarkan sekitar RM 920.00 sebulan!

Khidmat

Di tadika, guru-guru bukan hanya mengajar di dalam kelas tetapi sampai ke tandas! Tak semua tadika mampu menggaji seorang “bibik” untuk menguruskan anak-anak untuk cebok najis mereka. Jika guna khidmat “bibik” maka bertambah lagi kosnya.

Homeschooling

Zaman ini, lebih ramai ibu bapa yang bijak pandai dan berkemampuan untuk mendidik anak-anak sendiri melalui cara homeschooling. Jika sumbangan yuran di tadika terlalu tinggi, pilihan untuk mendidik sendiri di rumah terbuka luas. Silakan. Sebagai pendidik awal kanak-kanak, guru-guru tadika percaya ada banyak kebaikannya. Namun, institusi pendidikan awal swasta masih terus perlu bertahan untuk menyediakan peluang pendidikan bagi kanak-kanak yang tidak seuntung sesetengah kanak-kanak yang lain.

Bantuan Yuran

Atas inisiatif kerajaan pusat dan negeri, terdapat bantuan yuran bulanan sebanyak RM 50.00 sehingga RM 100.00 untuk merek ayang berkelayakan sahaja. Institusi pendidikan awal seperti KEMAS, PERPADUAN dan prasekolah pula banyak disubsidi oleh kerajaan. Institusi NGO seperti PASTI menawarkan yuran yang rendah. Tadika swasta pula tumbuh bagai cendawan dengan pelbagai visi dan misi. Namun kini, apa  pun institusinya, kualiti tidak boleh diketepikan.

Secara peribadi sebagai seorang ibu… Farah tak kisah pun jerih macam mana pun nak bagi anak pendidikan yang terbaik. Mencabar macam mana pun… Mahal macam mana pun… Akan gigih kuusahakan agar anak tunggal Farah tu mendapat yang terbaik. Semua mak-mak, pak-pak macam tu pun…. Kami ni ada yang tak berkira pun kalau perlu bayar lebih… Tapi…Pendidikan awal berkualiti merupakan perkara asas. Setiap institusi pendidikan awal perlu berusaha keras mencapai taraf kualiti yang tinggi. Bukan setakat kau mohon untuk jadi tadika berjenama, duduk bawah nama berjenama jer. Lepas tu? Tak seperti yang digembar-gemburkan. Tu yang berat terasa di bahu ibu bapa nak keluarkan kos tu. Dan KUALITI datang dengan KOS YANG TINGGI, bukan boleh main goreng dalam KUALI. Manakan sama mee segera dengan hidangan di restoran. Aduh duh duh duh duh…. Itu kita faham… Cumanya … Dalam masa yang sama…tidak semestinya tadika murah itu tidak berkualiti…

*Pengalaman… Tadika ni nasib-nasib dan ikut cawangan ataupun pengurusan tadika tu sendiri… Kadang yang murah dengan pengurusan yang baik boleh jadi yang berkualiti dari yang mahal dengan pengurusan yang tak tentu arah serta terus merudum kualitinya… Kalau rasa-rasa sia-sia jer tabur duit pada tadika mahal tapi hasil tak seperti yang digembar-gemburkan… Fikir-fikirkan jer sama ada nak tukarkan ke tadika yang lebih murah tetapi lebih berkualiti ataupun tadika mahal lain… Sekurang-kurangnya tak rasa ralat kau tabur duit pada tadika untuk pendidikan awal anak kan? Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jawapan Kepada Soalan Kenapa YURAN TADIKA MAHAL!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, August 4, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Kalau bayaran setanding dengan servis dan ilmu yang dicurahkan, takpe jugak.

    ReplyDelete
  2. Betul..Tadika mahal belum tentu berkualiti...Tadika murah belum tentu tak didik anak kita dengan baik...Kena tengok penerimaan anak kita dgn sistem pembelajaran dekat sesebuah tadika tu..Kalo byr mahal, tapi anak murung je tiap kali pegi..Memang x berbaloi..panjang jugak komen kali ni..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Sebagai negara yang sedang membangun yuran sekolah macam ni bukan benda pelik.

    Bagi saya setiap sekolah ada target sendiri. Nak ambil student dari parents pendapatan tinggi atau pendapatan average.

    Semua akan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tapi walaubagaimana pun maha atau murah pun sekolah, sebenarnya yang membentuk jati diri pelajar adalah ibu bapa.

    Ilmu bleh dicari, tapi keyakinan diri, dan sikap sentiasa positif perlu dibentuk bermula dari rumah sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam Farah....lama tak singgah sini.
    Setuju....tak semestinya tadika yg mahal aje berkualiti, depand jugak pada pengurusan tadika dan budak itu sendiri....

    Apa pun, sebagai ibu ayah mmg kita nak berikan yg terbaik utk anak anak, tp ikutlah kemampuan kita.


    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia