Home » , , , , , , , , » Istimewanya Bila TRAVELOKA Bangkit Bersama KL2017!

Istimewanya Bila TRAVELOKA Bangkit Bersama KL2017!

ISTIMEWANYA BILA TRAVELOKA BANGKIT BERSAMA KL2017

Orang kenal yang TRAVELOKA  ni cumalah sebuah lubuk pelancongan dengan tawaran hebat semasa secara atas talian. Orang juga kenal yang TRAVELOKA ni adalah salah satu penaja KL2017… Iyalah...Mestilah kenal kan? Smile Sudah tentu-tentu logo TRAVELOKA terpampang di sana sini sepanjang berlangsungnya KL2017. Anda pula sudah tentu-tentu terlihat kelibat logo TRAVELOKA sewaktu berlangsungnya acara-acara yang dipertandingkan di KL2017 sama ada di kaca televisyen ataupun secara langsung di lokasi acara yang terlibat. Yang mungkin orang kurang kenal atau kurang tahu istimewanya bila TRAVELOKA Bangkit Bersama KL2017!

Kawan-kawan… silalah tahu bahawasanya apabila TRAVELOKA menjadi penaja KL2017 secara tidak langsung sebenarnya TRAVELOKA telah membawa KL2017 ke satu peringkat yang lebih eksklusif. Bukan sekadar penaja biasa-biasa jer ok? Untuk makluman anda, TRAVELOKA adalah penaja emas KL2017 di mana sebagai penaja emas TRAVELOKA menawarkan tawaran eksklusif dengan penjimatan sehingga 30% untuk perkhidmatan penerbangan terpilih dan tawaran eksklusif penjimatan sehingga 40% di rangkaian hotel yang menjadi rakan hotel TRAVELOKA.

Sebagai rakan rasmi atas talian KL2017 (Official Online Travel Partner KL2017) , mungkin anda menyangkakan itu sahaja tawaran yang diberikan oleh pihak TRAVELOKA bersempena dengan KL2017 ini. Tetapi… sebenarnya… istimewanya bila TRAVELOKA Bangkit Bersama KL2017 adalah bila mana, bukan sekadar tawaran eksklusif perkhidmatan penerbangan dan hotel… Ada lebih lagi! Sebab lebih lagi tu lah Farah nak bercerita supaya anda tidak ketinggalan di belakang dengan perkara-perkara menarik oleh TRAVELOKA yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Saksikan Acara KL2017 Secara Langsung Melalui Laman Khas TRAVELOKA Live Stream

ISTIMEWANYA BILA TRAVELOKA BANGKIT BERSAMA KL2017 (2)

Kita ni masing-masing senantiasa sibuk dengan rutin harian masing-masing dan masa untuk kita duduk di hadapan kaca televisyen itu, berkemungkinan sangat-sangat jarang. Nak-nak lagi macam Farah ni kan? Boleh kira dengan jari berapa kali sangatlah Farah ni menghadap kaca televisyen. Farah banyak menghabiskan masa dengan komputer dan juga telefon pintar.

Bagi memudahkan semua orang yang umumnya kebanyakan dari kita sentiasa on the go… TRAVELOKA telah mengambil satu inisiatif yang sangat memanfaatkan dan berguna buat semua penggemar sukaN dan penyokong-penyokong pasukan Malaysia dengan mewujudkan satu laman khas yang dinamakan sebagai TRAVELOKA Live Stream.


Bukan tonton kosong-kosong macam tu jer tak ada hasil tau! Jika anda bertuah anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik untuk percutian anda seperti kupon pelancongan dengan menyertai peraduan yang disediakan melalui laman khas TRAVELOKA Live Streaming.

ISTIMEWANYA BILA TRAVELOKA BANGKIT BERSAMA KL2017 (3)

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu kan? Betul tak?

Promosi GO SEA TRAVELOKA KL2017

ISTIMEWANYA BILA TRAVELOKA BANGKIT BERSAMA KL2017 (4)

Bagi sesiapa yang berimpian bercuti ke negara-negara Asia, jika anda bijak menggunakan peluang...Masa inilah ketika yang paling sesuai anda terus ke laman web TRAVELOKA dan masuk ke bahagian promosi GO SEA melalui pautan di SINI . Nak tunggu apa lagi? Bermula sedari 11 sehingga 31 Ogos 2017 ini… anda boleh menempah perkhidmatan penerbangan dan juga hotel di destinasi Asia seperti Singapura, Bangkot, Phuket, Chiang Mai, Bandar Ho Chi Minh, Hanoi, Bali, Jakarta, Bandung dan Lombok! Oiii… Lombok oiii! Cantik tempat tu! Drooling pula tiba-tiba nak ke Lombok! Ha ha ha… Open-mouthed smile

Penjimatan sehingga 60% ke atas perkhidmatan penerbangan dan juga hotel. Lebih jimat lagi, lebih besar tawaran diskaun sekiranya anda memuat turun aplikasi TRAVELOKA di telefon pintar anda!

Promosi HELLO MALAYSIA! TRAVELOKA KL2017


ISTIMEWANYA BILA TRAVELOKA BANGKIT BERSAMA KL2017 (5)

Malaysia Truly Asia! Begitulah seadanya… Waktu-waktu KL2017 ni… sesuai sangat kalau nak bercuti dalam Malaysia melalui promosi Hello Malaysia!  di mana pihak TRAVELOKA bermurah hati untuk menawarkan diskaun sehingga 40% untuk perkhidmatan penerbangan dan juga hotel. Bermula daripada sekarang sehinggalah 31 Ogos 2017. Bagus kan? Bolehlah rehat-rehatkan minda yang telah penat seketika… Ha ha ha... Open-mouthed smile bunyinya like I am seriously in need of holiday ni! Memang ya pun!

Oh ya… Kalau ada yang tak ke mana-mana tu… Ada masa terluang… Bolehlah jenguk-jenguk booth TRAVELOKA yang kini dibuka di Bukit Jalil yang sedang rancak menganjurkan pelbagai jenis peraduan yang menawarkan hadiah-hadiah yang bernilai RM200,000.00. Manalah tau kan? Rezeki you ollsss…. Kakak tumpang gembira jer bila you olls dapat menang macam-macam nanti.

Bukan sekadar penaja biasa yang mempromosikan jenama tetapi penaja emas yang bangkit bersama KL2017… Itulah istimewanya TRAVELOKA Bangkit Bersama KL2017! Tunggu apa lagi kan? Jomlah kita pun sama-sama Bangkit Bersama! Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Istimewanya Bila TRAVELOKA Bangkit Bersama KL2017!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 24, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia