Hiburan Kala “BORING” Dan Sendu!

Farah Waheda Wahid
0
HIBURAN KALA BORING DAN SENDU!

Anak...  Anak itu sememangnya penghibur dan penawar yang paling mujarab. Anak itu pengubat jiwa lara yang juga kesepian yang paling awesome yang tidak perlu ditagih serta dipinta ubatnya.  Apa pun jua keadaannya anak tahu bagaimana untuk menghiburkan hati ibu bapanya yang mungkin saja sedang kebosanan, sedang merasa kesunyian mahupun sedang serabut dengan seribu satu masalah di kotak pemikiran masing-masing. Hiburan kala "boring" dan sendu!  Secara spontan, secara percuma!  Ha ha ha... Open-mouthed smile Tapi bukan sekadar waktu boring dan sendu… Setiap saat, setiap masa! Winking smile Kannn?

Bukanlah sebab Farah tengah sendu ke?  Tengah bosan ke apa... Tapi teringat tentang tawa yang meledak secara tiba-tiba, secara out of blue moon ketika suasana santai disebabkan oleh keletah dan juga telatah Firash secara spontan. Sejak-sejak semakin bijak mengatur perkataan ni,  dalam penuh keselambaan dia meletuskan ledakan ketawa dan juga membuatkan kami seisi keluarga tersenyum secara tiba-tiba. 

Adalah beberapa peristiwa yang teringat-ingat di ingatan ni ha. Flirt male


Sayang Babah! 

Sebelum-sebelum tu tak ada pula dia nak ucapkan perkataan tu!  2 minggu yang lepas, sewaktu outing dengan Babah dia. Entah apa entah yang Babah dia layankan dia dan dia dapat dari Babah dia...  Yang itu ingatan Farah kurang jelas sedikit tetapi selepas dapat dengan tak semena -mena dalam penuh keselambaan dia mengucapkan perkataan sayang Babah!  Kami berdua suami isteri apa lagi, tersenyumlah secara automatik. Babah dia kata...  Dramaaa... Memang win !

Sorry Uncle

Ini terjadi sewaktu Farah membawa dia untuk sesi grooming of the month - gunting rambut...  Orang yang menggunting rambut dia tu sedang melakukan tugasan menggunting rambut dia. Kemudian,  biasalah Firash kan mana reti nak duduk diam walau sesaat.  Bila dia sedar yang Uncle yang sedang menggunting rambut dia tu berhenti seketika untuk memberi laluan serta ruang kepada pergerakkan dia.  Dia pandang Uncle tu dan secara spontan dia mengucapkan sorry UncleSambil kedua-dua belah tangan diangkat tanda surrender...  Perkataan dengan gaya yang tak menahan tu.

1 Burger Please

Pergi Mc Donalds sebab dia nak nugget Mc Donalds. Sewaktu pekerja kaunter baru saja nak ambil pesanan, belum sempat mak dia nak buka mulut untuk melakukan pesanan dia dah angkat tangan sambil jari menunjukkan angka 1 dan menyebut 1 burger please!  Terus mak kau speechless sekejap depan kaunter tu ha.  Pekerja yang bertugas di kaunter pula, terus tergelak. Open-mouthed smile

Parking Sini!  Makan Sini! 

Hu hu hu...  Kejadian sewaktu Mommy dia nak isi petrol kenderaan sewaktu nak beli ikan dan sayur pada hujung minggu yang baru saja berlalu. Dia nampak yang stesen petrol tu sedang menganjurkan sesi rumah terbuka. Mungkin untuk raya lah kot?  Kan masih ada lagi yang menganjurkan rumah terbuka walaupun bulan Syawal sudah berakhir?  Dia beri arahan...  Parking sini! Makan sini!  Bila terlihatkan ada khemah. Ohoiii...  Orang tu tak jemput kitalah Firash!  Ha ha ha... Open-mouthed smile Amboiii...  Asal nampak khemah jer... Dia ingat tu event yang dia dijemput ke?  Firash... Firash...  Ha kauuu...  Meledak ketawa Mommy... 


Dengar Muzik Despacito Di Pasar Segar Dan Menari Mengikut Rentak Secara Spontan

Ok ok... ya dan ya...  Tau Despacito tu adalah lagu yang dibekukan disebabkan lirik berunsur kelucahan. Tapi tak dinafikan melodinya sedap didengar.  Sewaktu ke Pasar Segar beberapa minggu yang lalu, secara spontan depan orang ramai dia menari meliuk lintuk mengikut rentak lagu Despacito tu. Orang ramai semua terkaku sekejap sambil tersenyum melihat telatah Firash. Facepalm! Eye rolling smile  Nampak dah tu! Genetik menari yang ada pada Mommy dah menurun ke dia! Ha ha ha...  Open-mouthed smile

Come To Me... Sayang Sayang Sayang!

2 malam yang lalu...  Sewaktu kami sedang settle down untuk melelapkan mata...  Mommy dia ni sajalah layan Facebook sekejap sementara nak lelap. Dia pula sekarang dah tak perlu nak ditepuk kalau tidur...  Dah pandai lelap sendiri. Biar jer dia termenung lepas tu nanti lelaplah sendiri...  Cuma bila tiba fefeeling baby dia tu...  Dia minta kita endoikan dia dalam dukungan serta dakapan kita...  Ha ha ha...  Kadang-kadang dia minta peluk dia ketat -ketat... 
Sewaktu baru nak scroll timeline Facebook...  Boleh?  Dia panggil Mommy dengan jari telunjuk lurus bengkok lurus bengkok sambil menyanyi korus lagu I Am Me,  Dato' Seri Vida yang tengah viral dikenali sebagai Ayam Mee tu...  Hu hu hu... Sempat jugalah rekod nyanyian dia tu! 


Hailah Firashhhh... Ada masa -masa memang boleh jadi tak kering gusi dengan telatah dan gelagat dia...  These are all moments yang tak boleh dibeli di mana-mana kan?  Syukurlah Allah SWT beri peluang ini dalam perjalanan kehidupan. Walaupun moments seakan ini,  cuma berlaku sekali sahaja sebab anak kita sorang kan?  Thank you Allah and I love Red heart you Firash! 

*Kalau dia dengar ni...  Dia jawab balik ni...  I love Red heart you too ! Ha ha ha... Open-mouthed smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !