Home » , , , , , , , , , , » Fungsi Dan Kegunaan BELLY BAND Untuk Ibu Hamil

Fungsi Dan Kegunaan BELLY BAND Untuk Ibu Hamil

FUNGSI DAN KEGUNAAN BELLY BAND UNTUK IBU HAMIL

Susulan daripada terbukanya cerita mengenai belly band untuk ibu hamil semalam di dalam entri Working Mom: Bekerja Sewaktu Hamil, Farah ada menerima beberapa pertanyaan mengenai belly band untuk ibu hamil ni. Adalah… satu dua soalan yang Farah rasa adalah lebih baik untuk Farah kumpulkan jawapannya semua sekali di dalam satu entri supaya senang untuk menjadi rujukan kepada sesiapa yang mungkin memerlukan informasi mengenai belly band. Smile. Sebabnya tak semua orang yang tahu tentang kewujudan belly band dan tidak semua orang memakai belly band ketika hamil walaupun mengetahui tentang belly band. Jadi di atas beberapa permintaan untuk Farah menerangkan secara lebih terperinci mengenai belly band, fungsi dan kegunaan belly band untuk ibu hamil, Farah cuba yang terbaik untuk memberikan sedikit pencerahan kepada mereka-mereka yang tertanya-tanya mengenai belly band.

Soalan pertama yang masuk ke dalam kotak e-mel Farah semalam adalah, di manakah belly band boleh dibeli atau didapati? Jawapan untuk soalan yang pertama ini, sekiranya anda sedang hamil dan berminat untuk membeli atau mendapatkan belly band, anda tidak perlu bersusah-payah turun naik dari satu kompleks membeli-belah ke satu kompleks membeli-belah yang lain… Cuma yang anda perlukan komputer, talian internet dan juga rajin-rajinkan jari-jemari anda untuk melawat ke laman web jualan atas talian seperti Lazada Malaysia mahupun 11th Street. Anda boleh membeli belly band secara atas talian. Tak perlu susah-susah.

Harga bagi satu unit belly band untuk ibu hamil adalah bermula dari serendah RM 15.00 sehingga setinggi hampir mencecah RM 500.00. Semuanya bergantung kepada bajet serta kemampuan masing-masing. Terpulang. Pilihlah yang mana satu yang bersesuaian dengan anda.

FUNGSI DAN KEGUNAAN BELLY BAND UNTUK IBU HAMIL (2)

FUNGSI DAN KEGUNAAN BELLY BAND UNTUK IBU HAMIL (3)

Soalan kedua yang Farah terima melalui kotak e-mel Farah juga dari individu yang berbeza… Apakah belly band sebenarnya? Begini, bagi yang tidak biasa dengan istilah belly band ataupun tidak pernah mengetahui mengenai belly band, belly band ni adalah merupakan maternity belt ataupun korset untuk ibu hamil. Don’t play-play ok? Ibu hamil pun ada korset tau! Jangan sangka yang ibu hamil tak ada korset. Ada…. Smile.

Soalan ketiga yang Farah terima melalui sistem pesanan mesej Facebook melalui laman Facebook Bubblynotes Dot Com adalah apakah fungsi dan kegunaan belly band ini untuk ibu hamil?

Sebahagian wanita, terutamanya yang baru sahaja hamil buat pertama kali, mungkin akan merasa janggal dengan belly band. Belly band adalah merupakan satu korset yang dikhususkan untuk ibu-ibu hamil yang berfungsi untuk menyokong perut ibu hamil. Tapi… bukan setakat memberikan sokongan kepada perut ibu hamil. Sebagaimana yang kita ketahui, di dalam fasa kehamilan, semakin hari, perut ibu hamil akan semakin membesar. Bila dah semakin membesar tu ia turut memberi kesan kepada kawasan pinggul dan punggung kerana mengikut gaya graviti. Oleh yang demikian, bila perut semakin membesar makanya badan akan terasa lebih berat dari kebiasaan. Sebab tu belly band wujud dan direka khas buat ibu-ibu hamil. Bertujuan untuk memberikan keselesaan serta merehatkan bukan sekadar perut tetapi kaki, punggung serta pinggang yang sama-sama menanggung beban tersebut.

Tapiii… tak adalah setiap masa 24/7 perlu memakai belly band. Doktor pun tak sarankan pemakaian belly band secara terus menerus. Pada waktu-waktu dan saat-saat tertentu jer. Contohnya macam ketika ibu hamil sedang merasa nafas seperti lelah disebabkan badan terasa berat dan perlu bergerak dengan banyak ataupun sewaktu sedang menaiki kenderaan di mana kenderaan tersebut bergoncang kerana jalan tidak rata.

Kebiasaannya, ibu hamil pada trimester kedua dan juga ibu yang sedang hamilkan anak kembar yang akan memakai belly band. Ibu yang hamil buat kali kedua di mana keadaan saiz perut lebih besar dari kehamilan pertama juga mengenakan belly band.

Belly band ni sangat sesuai untuk ibu hamil yang aktif bergerak ke sana ke mari non stop pada satu-satu masa. Contohnya kalau bekerjalah kan? Dan belly band ni sebenarnya bukan terhad atau terbatas kepada satu saiz sehingga membuatkan perut terasa tercengkam atau sendat seperti korset-korset kecantikan biasa. Ianya boleh disesuaikan mengikut kesesuaian saiz perut ibu hamil.

Oh ya… selain dari itu, belly band juga berfungsi untuk menjaga posisi bayi di dalam kandungan supaya tetap berada di dalam perut di bahagian bawah.

Soalan keempat? Ini sekali lagi dari kotak e-mel Farah… Belly band diperbuat daripada apa? Kebanyakan belly band diperbuat daripada bahan elastik yang mampu menyerap haba dan juga peluh. Jika ada yang risaukan kesan melecet pada kulit perut mahupun iritasi. Better not. Sebab bukan semua orang serasi dengan belly band. Di bahagian depan belly band pula terdapat seperti bantal elastik yang berkembang mengikut pertumbuhan serta pembesaran ukuran perut ibu selama fasa kehamilan. Peringatan! Sewaktu sudah memasuki bulan kelima kehamilan, dinasihatkan supaya kurang-kurangkan pemakaian belly band supaya perut dapat melatih otot-otot sehingga mampu menahan beban secara semula jadi. Hal ini sangat berkait rapat dengan proses bersalin.

Mula-mula disahkan hamil tu bolehlah memakai belly band. Iyalah baru lagi kan? Sangat fragile lagi. Nak jaga kandungan agar tidak berlaku apa-apa. Kita-kita ni kalau dah biasa aktif terkadang boleh terlupa yang dalam perut tu ada isi… Ekekeke… Nerd smile… Jadi…salah satu alat sokongan yang boleh membantu melindungi kehamilan kita dari goncangan-goncangan keaktifan kita adalah dengan memakai belly band.

Semoga perkongsian ini menjadi sesuatu informasi yang bermanfaat buat semua ibu-ibu hamil dan bakal-bakal ibu hamil di luar sana… Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Fungsi Dan Kegunaan BELLY BAND Untuk Ibu Hamil, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 8, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia