Cara Memilih PLAYGROUP Untuk Si Kecil!

CARA MEMILIH PLAYGROUP UNTUK SI KECIL!

Been there,  done that,  wear the shirt and burned it!  Kalau ada terlintas dalam fikiran nak cuba-cuba menghantar anak kecil anda ke playgroup,  this is something you need to get to know. Sebabnya,  tidak seperti 10 tahun yang lalu di mana pendidikan awal kanak-kanak terhad kepada prasekolah dan tadika sahaja. Kini...walaupun tak ada sesiapa yang kata mesti-mesti kena hantar ke playgroup... Semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak kecil masing-masing ke program playgroup. Yang belum pernah menghantar tu...  Ini ada sedikit cara memilih playgroup untuk si kecil!

Sepertimana yang Farah kongsikan pada baris pertama entri ini, Firash pernah ke playgroup sebelum memulakan alam persekolahan tadika pada masa kini. Bagi Farah, playgroup adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan intelektual dan juga fizikal Firash. Itupun secara jujurnya atas saranan seorang yang berpangkat Abang. Terima kasih Farah ucapkan atas saranan tersebut. Farah tak lupa tu.

Cumanya bagi anda yang belum pernah, sukalah kiranya Farah nak berkongsi bagaimana anda patut memilih playgroup untuk anak-anak kecil anda:

Lokasi

Pilih lokasi yang paling hampir dengan kediaman anda. Bukan apa...  Untuk kemudahan perjalanan setiap kali program playgroup diadakan. Lebih dekat,  lebih konsisten. Kalau jauh nanti,  sebab fikirkan setakat playgroup bukannya sekolah betul-betul,  nanti boleh berkemungkinan besar untuk jadi tidak konsisten kehadiran kita dan anak kita ke program playgroup tu pula. He he he. Faham kan?  Kalau tak faham pun cuba untuk fahamkan.

Kebersihan

Sama juga konsepnya dengan memilih tadika. Kebersihan harus menjadi aspek utama. Anak-anak kecil ni daya tahan badan lebih rendah dari orang dewasa. Kebersihan sekitar anak-anak kecil mempengaruhi daya tahan badan mereka.  Jika lingkungan playgroup tidak berapa bersih, risiko kuman dan bakteria masuk ke dalam tubuh anak-anak kecil yang mana kemudiannya mereka boleh diserang penyakit. Dalam apa-apa hal, Kebersihan perlu dititikberatkan ya? 

Durasi

Setiap program playgroup mempunyai durasi yang berbeza. Ada yang berlangsung selama beberapa jam,  Ada yang berlangsung selama setengah hari dan ada yang berkonsepkan full day. Untuk yang baru bermula, pilihkan durasi yang paling singkat ya?  Biasa-biasakan dulu. Jangan terus santak full day programme. 

Anak-anak kecil mempunyai short attention span. Tapi bila dah biasa dan anak dah seronok barulah fikirkan untuk menambah durasi program playgroup tersebut ya? 

Jumlah Murid Dalam Satu Kelas

Macam Farah, Farah suka jumlah murid dalam satu kelas yang ideal adalah 11 - 15 orang.  Tak terlalu ramai, tak terlalu sedikit bilangannya. Just nice. Bila bilangannya sedikit, adalah lebih mudah untuk guru fokus kepada anak-anak cilik. Come on parents,  you should know better macam mana keadaannya anak-anak dalam lingkungan 1 tahun sehingga 3 tahun kan? 

Bajet

Bukan berkira berhabis untuk anak, tetapi berkira ke mana dan berbaloikah apa yang dibelanjakan untuk anak dan hasilnya. Taklah mengharapkan excellent but at least you could see some progress kan? 


Nak hantar anak ke playgroup? Bagus sebenarnya. Di United Kingdom playgroup dah lama bertapak. Sejak-sejak dari 1980-an lagi. Tujuannya untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak berusia 2 - 3 tahun tentang alam tadika.

Bagus untuk interaksi anak-anak kecil dengan dunia luar yang mana akan merangsang pembelajaran anak mereka dengan lebih baik.Konsep yang diajar adalah lebih terbuka dan santai.

Kebanyakkan aktiviti pembelajaran yang dilakukan berkonsepkan kaedah montessori. Anak-anak digalakkan bermain bersama rakan-rakan kumpulan yang lain dengan diselia oleh seorang ibu atau bapa bagi setiap anak.

Seperti yang kita maklum, kaedah montessori banyak memfokuskan kemahiran fizikal dan sosial anak-anak. Anak-anak berlainan umur sekitar 2 hingga 4 tahun digabungkan sekali di dalam satu kumpulan. Banyak yang anak-anak pelajari di dalam program playgroup ini walaupun pada mata kasar mereka kelihatan hanya sekadar bermain.

Tanggapan hanya bermain dan membazir duit adalah salah pada kebanyakkan ibubapa yang baru pertama menyertai program playgroup ini apabila melihat sendiri anak-anak mereka boleh menyanyi dan menunjukkan minat untuk belajar dalam tempoh sebulan menyertai program playgroup.

Untuk makluman anda program playgroup secara meluas diadakan di bandar-bandar maju di seluruh negara seperti Hong Kong, Australia, Netherlands, United States dan banyak lagi.

Hasil pada Firash yang Farah dah lihat sendiri,  dia suka untuk ke sekolah dan mempunyai kelahiran sosial dan ketakutan diri yang tersendiri. Ini pengalaman ya?  Jadi kalau dah terlintas nak hantar ke playgroup tu teruskan. Honestly,  it is something good for the child.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Memilih PLAYGROUP Untuk Si Kecil!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 28, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia