Cara Kurangkan KOS PERBELANJAAN “Back To School”

CARA KURANGKAN KOS PERBELANJAAN BACK TO SCHOOL

Seru untuk pembentangan belanjawan negara belanjawan Back To School sudah mari!!! Open-mouthed smile… Bajet 2018 here I come! Sejak-sejak dari hari Pengetua Tadika Firash maklumkan yang Farah perlu melakukan pembayaran tempahan penempatan (seating booking) untuk Firash bagi sesi 2018 tempoh hari… Sejak tulah alarm dalam kepala ni asyik teringatkan satu task yang WAJIB Farah segerakan iaitu costing untuk perbelanjaan persiapan persekolahan bagi sesi 2018. Open-mouthed smile… Ahaksss… Mungkin ada yang berpendapat… Alaaa…Setakat tadika jer pun baru Dak Ash tu… Nak kecoh gebang buat costing, bajet segala bagai dah kenapa… #ehhh… Don’t play-play you know… Asalkan namanya sekolah jer… Memang main duit dah sekarang ni… Untuk rakyat marhaen yang hidup cukup-cukup makan seperti Farah ni memanglah perlu buat costing betul-betul supaya tak ter-over spend…Lainlah kalau kertas bernilai Ringgit Malaysia tu berkepok-kepok dalam poket kiri kanan sampai tak tau nak buat apa lagi dah tu kan? Itu tak perlu nak rungsing tak perlu nak pening pun tak kisah… Makanya, marilah kita kongsi-kongsi cara kurangkan kos perbelanjaan Back To School cara Farah…. Winking smile

Beli Barangan Yang Betul-Betul Perlu Sahaja

CARA KURANGKAN KOS PERBELANJAAN BACK TO SCHOOL (2)

Salah satu daripada misi Farah ke atas didikan Firash adalah I don’t want to give him the idea of… Setiap kali sesi persekolahan yang baru, semua perlu digantikan dengan yang baru. Jangan mimpi ya Firash? Zaman-zaman Mommy awak ni membesar dulu, selagi boleh pakai – sila pakai sampai betul-betul perlu diganti baru. Macam mana Mommy dididik macam tu jugalah Mommy akan didik Firash untuk menjadi biasa untuk not to expect that Mommy will buy you a new set of anything for Back To School purpose.

Audit Barangan Persekolahan Anak

Untuk itu sebenarnya, Farah dah siapkan satu template untuk digunakan oleh Farah pada setiap tahun bagi tujuan perbelanjaan persekolahan sesi baru Firash. Di dalam template tersebut, Farah senaraikan barangan persekolahan sedia ada yang Firash sedang gunakan sekarang dan tugas Farah pada setiap kali bulan terakhir persekolahan adalah audit barangan persekolahan anak. Audit barangan yang perlu diganti dan barangan yang tidak perlu diganti.

Sebagai contohnya, Farah dah kenalpasti barangan yang tidak perlu diganti pada tahun hadapan adalah seperti:

Pakaian Seragam

Farah cuma perlukan tambahan sepasang sahaja lagi untuk cukupkan menjadi 5 pasang. Sekarang ni dah ada 4 pasang. Cukup 5 pasang, ngamlah tu untuk tahun hadapan. Senang kerja Mommy dia, tak perlu nak kerap sangat menggosok pakaian seragam sekolah dia. Tak takut senteng? Tak takut sendat? One of the good things about being cute and small or precisely petite adalah pakaian seragam Firash yang dipakai pada masa kini adalah bersaiz XS… Itupun sebenarnya masih berlipat di kaki dan juga lengan. Makanya, Farah anticipate yang pakaian seragam pada masa kini adalah memadai untuk dipakai kembali pada tahun hadapan.

Tak takut pudar warna sehingga mengakibatkan baju kelihatan usang? Jawapannya tak! Alhamdulillah… Pakaian seragam Firash sentiasa kelihatan seperti pakaian seragam baru. Yang memakainya pun cermat orangnya… Rolling on the floor laughingOCD kan? Pakaian nak sentiasa bersih, kemas dan tak ada sebarang kecomotan… Tu yang terjaga pakaian dia tu… Hu hu hu…. Kalau tak…Memang jangan harap dia nak pakai… Anak oh anak… Tu sebab mak dia confident yang tak perlu nak beli pakaian seragam baru lagi banyak-banyak dah tahun depan. Lagi satu, trik yang Farah gunakan sewaktu menjemur pakaian seragam Firash adalah Farah terbalikkan pakaian seragam Firash agar warnanya tidak cepat pudar dimakan hari.

Alat Tulis 

Untuk alat tulis, Farah akan belikan yang baru. Ini Farah akui… Firash masih lagi di tahap yang belum pandai menjaga barangan peribadi dia. Budak… Baru berusia 3 tahun 8 bulan kan? Ada beberapa perkara yang dia masih belum faham lagi. Contohnya seperti menjaga pensel, pemadam dan pembaris serta warna agar tidak hilang. Taklah selalu hilang tetapi adalah satu dua yang hilang. Tak apalah… Yang ini, Farah akan gantikan untuk tahun hadapan.

Kotak Pensel Dan Beg Sekolah

CARA KURANGKAN KOS PERBELANJAAN BACK TO SCHOOL (3)

Alhamdulillah, rezeki daripada ber-blog dan juga rezeki daripada rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat, koleksi beg sekolah Firash sememangnya banyak. Banyak tu tak adalah sebanyak 10 beg sekolah. Tetapi di dalam simpanan semasa kami ada lebih kurang 5 beg sekolah Firash. Makanya, sememangnya tiada keperluan untuk menggantikan atau membeli beg sekolah Firash yang baru. Pakai sahaja yang ada. Selalunya Farah akan rotate beg sekolah seminggu sekali. Sewaktu rotation ini, Farah akan membasuh beg sekolah yang telah dipakai sebelumnya bagi memastikan beg sekolah Firash sentiasa terjaga dan nampak baru. Smile.

Kasut Sekolah

Kasut sekolah yang masih muat dipakai dan masih kelihatan baru, kenapa perlu diganti kan? Jadi pakai sahaja selagi tidak sendat. Itu dah merupakan satu langkah penjimatan tu!

Tetapkan Bajet

Bila dah kenalpasti all these things… seterusnya apa yang perlu dilakukan adalah untuk tetapkan bajet perberlanjaan. The way I do it adalah dengan mula membuat sedikit research harga barangan melalui atas talian. Well, this is for me to get to know how much is actually the cost of things that needed untuk barangan persekolahan Firash. Farah akan mengambil harga yang paling tinggi untuk tetapkan bajet dan perancangannya sewaktu membeli nanti Farah akan cuba cari barangan sekolah yang diperlukan dengan harga yang paling rendah. Serendah yang mungkin yang Farah boleh jumpa. It’s a little bit of work lah kan? Tetapi rasanya berbaloi. Itu satu.

Yang keduanya, Farah akan mula bertanyakan tentang yuran kemasukan bagi sesi persekolahan 2018 untuk Farah buat costing nanti. Bila dah dapat semua maklumat ni, Farah akan masukkan di dalam template kedua – Senarai perbelanjaaan dan jumlah bajet yang perlu disediakan. It will be something like this:

CARA KURANGKAN KOS PERBELANJAAN BACK TO SCHOOL (4)

Just using a simple Excel Worksheet. Inilah yang Mommy Firash akan gunakan berulang-ulang kali sejak-sejak Firash mula bersekolah ni kannn? So what I will do is that Farah cuma akan berbelanja untuk persiapan persekolahan Firash berdasarkan bajet yang Farah dah tetapkan sahaja. Yang mana-mana ad-hoc atau keperluan sekolah yang tiba-tiba muncul tu Farah akan bayarlah. Hu hu hu… Selalunya Farah akan cuba yang terbaik untuk pastikan yang semua dah dimasukkan. Akan tetapi daripada pengiraan di atas, Farah akan lebih dalam lebih kurang RM 300.00 untuk tujuan ad-hoc yang Farah nyatakan tadi. Nerd smile.

Checkout for Sale and Warehouse Sale And Even RM2 Shop!

Mulalah sale and warehouse sale hunting… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Why not beli sewaktu jualan murah ataupun jualan gudang kan? Kedai RM2 pun tak ada masalah jika kualitinya baik. Memang ambil masa sedikit. Tapi it’s fun. Memang suka window shopping kan? Sebab tulah! Musim potongan harga adalah pada bulan Disember. Pergi sendiri tak payah bawa anak… He he he… Open-mouthed smile Senang nak banding harga, senang nak pilih. Kalau orang bersesak-sesak pun, sendiri yang lalui sesak tu… Bukan anak.

Beli Selepas Sekolah Bermula

Tak semua barang perlu ada sewaktu sekolah bermula. Ada barangan yang boleh dibeli setelah sekolah bermula. Dahulukan yang utama dulu bagi Farah. Barang-barang lain boleh beli selepas sekolah bermula. Why did I say so? I am in the opinion… Kadang-kadang selepas sekolah bermula, ada kedai-kedai yang mengadakan jualan penghabisan stok untuk menghabiskan semua barang yang tidak terjual. Ambil kesempatan yang ada tu untuk cukupkan apa yang tidak cukup. Smile.

Kitar Semula

Untuk Firash, secara relevannya dah diterangkan di dalam cara pertama tadi iaitu audit barangan persekolahan anak. Yang mana boleh dikitar semula, kita kitar semula. Untuk yang mempunyai anak lebih dari seorang, jika anak yang seterusnya pergi ke sekolah yang sama. Mungkin boleh dipertimbangkan untuk memperturunkan pakaian seragam kepada adik-adik pula kan? Jika masih kelihatan baru, why not? Jika masih boleh dipakai dan elok lagi keadaannya kenapa perlu beli yang baru kan? Melainkan kalau sekolah ada letak syarat-syarat tertentu yang menyebabkan pakaian seragam tu tak boleh dipakai ke kan? Tak pun, bila ada sesetengah sekolah yang menetapkan peraturan tanda nama sulam atau  kain yang perlu dijahit atau ditampal tak boleh dikeluarkan. Itu adalah exception kan? Bukan mudah nak tanggalkan tanda nama tu kan? Kalau senang… why not? Gantikan dengan tanda nama baru jerlah. Betul tak?

Langkah nak berjimat cermat bagi ibu bapa tu satu bahagian… Tapi dalam masa yang sama, sebenarnya Farah sendiri di dalam misi untuk mendidik Firash supaya cermat menjaga dan menggunakan barang. Itupun boleh jadi satu faktor menyumbang kepada pengurangan kos perbelanjaan Back To School tu… Betul tak? Mungkin challenging untuk didik anak kecil berusia 3 tahun 8 bulan untuk cermat menjaga dan menggunakan barang tetapi selagi tak cuba kita tak tahu kan? Winking smile

*Cara kita mungkin berbeza, pendapat kita juga sebagai ibu bapa mungkin tak sama… Tapi inilah caraku… Ecewahhh! Nerd smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Kurangkan KOS PERBELANJAAN “Back To School”, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, August 25, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Info yang berguna sekali..kita harus lebih bijak dalam mengatur perbelanjaan :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia