Siapa ada masalah malas untuk melipat baju? Tak payah mengaku terus-terang pun tak apa. Farah tak minta pun. Ngeee...Cumanya Farah mengaku yang sesekali ada datangnya penyakit malas lipat baju tu pada Farah. Biasalah ada hari-hari you just feel like you don't want to do anything kan? Tulah nak bagi tau pada mak-mak yang ada masalah malas nak melipat baju ni... Cara kreatif atasi masalah malas lipat baju! Nak tahu kenalah habiskan pembacaan, jangan separuh jalan jer...
Cara yang praktikal dan mudah bagi Farah adalah... Sediakan beberapa buah bakul dengan label nama ahli keluarga. Fungsinya? Mudah sahaja jawapannya... Untuk tujuan sorting sewaktu mengangkat baju dari jemuran. Masukkan baju yang sudah diangkat dari jemuran mengikut kepunyaan siapa.
The reason behind this idea? Senanglah bila dah asingkan baju-baju tu semua.
1. Kalau sesiapa ada masa terluang bolehlah bantu-bantu untuk ringankan beban mak-mak ni dengan melipat baju kepunyaan sendiri.
2. Kalau yang punya anak, ini adalah salah satu cara nak melatih anak-anak untuk melipat baju sendiri. Dah asingkan mengikut kepunyaan siapa, minta anak-anak untuk belajar lipat baju sendiri. Kalau nak lagi kreatif, ha ha ha... Buat pertandingan lipat baju antara anak-anak. Siapa yang dapat menghabiskan lipatan upahlah RM1.00 ke? Kalau naklah... Tak ada paksaan pun... Setiap ibu bapa ada caranya yang tersendiri Di dalam mendidik anak-anak.
3. Worse come to worst, kalau dah malas sangat nak melipat baju. Tak perlu bagi tau orang lain... Kau biar jerlah dalam bakul tu. Nanti bila ada yang nak cari baju yang nak dipakai, senang... Jumpalah dalam bakul yang telah dilabelkan dengan nama masing-masing. Makanya, risiko tak jumpa baju tu mungkin berkurangan.
Macam tulah idea berkenaan dengan kisah malas lipat baju yang nak dikisahkan dalam entri pada kali ini.
hahhaha..masalah Negara ni kan. dulu buat keeping kotak tu...punya la seronok anak2 melipat baji..tp kejap je 2/3 hari je bertahan, lps tu, mama juga yang kena lipat... bila minta anak2 lipat2, siap bg upah..seronoknya diaorang, berebut nak lipat..tu pun kejap juga...hahha...skrg ni, mama dgn papa je bergilir lipat baju ;-))
ReplyDeleteKalau Nad pulak, nak mulakan lipat tu malas betul. Tapi kalau dah start, seronok. Rasa nak lipat cantik kemas-kemas hahah.
ReplyDelete