Home » , , , , , , » Cara Kreatif Atasi Masalah Malas Lipat Baju!

Cara Kreatif Atasi Masalah Malas Lipat Baju!


Siapa ada masalah malas untuk melipat baju?  Tak payah mengaku terus-terang pun tak apa. Farah tak minta pun. Ngeee...Cumanya Farah mengaku yang sesekali ada datangnya penyakit malas lipat baju tu pada Farah.  Biasalah ada hari-hari you just feel like you don't want to do anything kan?  Tulah nak bagi tau pada mak-mak yang ada masalah malas nak melipat baju ni...  Cara kreatif atasi masalah malas lipat baju! Nak tahu kenalah habiskan pembacaan, jangan separuh jalan jer... 



Cara yang praktikal dan mudah bagi Farah adalah...  Sediakan beberapa buah bakul dengan label nama ahli keluarga. Fungsinya?  Mudah sahaja jawapannya...  Untuk tujuan sorting sewaktu mengangkat baju dari jemuran. Masukkan baju yang sudah diangkat dari jemuran mengikut kepunyaan siapa. 

The reason behind this idea?  Senanglah bila dah asingkan baju-baju tu semua.  

1. Kalau sesiapa ada masa terluang bolehlah bantu-bantu untuk ringankan beban mak-mak ni dengan melipat baju kepunyaan sendiri. 

2. Kalau yang punya anak, ini adalah salah satu cara nak melatih anak-anak untuk melipat baju sendiri. Dah asingkan mengikut kepunyaan siapa,  minta anak-anak untuk belajar lipat baju sendiri. Kalau nak lagi kreatif, ha ha ha...  Buat pertandingan lipat baju antara anak-anak.  Siapa yang dapat menghabiskan lipatan upahlah RM1.00 ke?  Kalau naklah...  Tak ada paksaan pun...  Setiap ibu bapa ada caranya yang tersendiri Di dalam mendidik anak-anak. 

3. Worse come to worst,  kalau dah malas sangat nak melipat baju.  Tak perlu bagi tau orang lain... Kau biar jerlah dalam bakul tu. Nanti bila ada yang nak cari baju yang nak dipakai,  senang...  Jumpalah dalam bakul yang telah dilabelkan dengan nama masing-masing. Makanya,  risiko tak jumpa baju tu mungkin berkurangan. 

Macam tulah idea berkenaan dengan kisah malas lipat baju yang nak dikisahkan dalam entri pada kali ini.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Kreatif Atasi Masalah Malas Lipat Baju! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, August 19, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. hahhaha..masalah Negara ni kan. dulu buat keeping kotak tu...punya la seronok anak2 melipat baji..tp kejap je 2/3 hari je bertahan, lps tu, mama juga yang kena lipat... bila minta anak2 lipat2, siap bg upah..seronoknya diaorang, berebut nak lipat..tu pun kejap juga...hahha...skrg ni, mama dgn papa je bergilir lipat baju ;-))

    ReplyDelete
  2. Kalau Nad pulak, nak mulakan lipat tu malas betul. Tapi kalau dah start, seronok. Rasa nak lipat cantik kemas-kemas hahah.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia