Home » , , , , , , , , , , » Bukan Ibu Yang “Fussy”, Tapi Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Jatuh Dan Kepala Terhantuk!

Bukan Ibu Yang “Fussy”, Tapi Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Jatuh Dan Kepala Terhantuk!

BUKAN IBU YANG FUSSY TAPI PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG JATUH DAN KEPALA TERHANTUK!

Satu perkara yang Farah sangat concern sebagai seorang ibu tentang anak adalah terjatuh dan kepala terhantuk! Sesiapa yang bergelar ibu pasti sahaja tahu kenapa dan mengapa sebabnya yang membuatkan seorang ibu sangat trauma dan juga fobia bila ianya melibatkan kes anak jatuh dan kepala terhantuk. Dahlah jatuh, lepas tu terhantuk, kemudian blue black dan benjol… Maunya kau tak risau? Tolonglah jangan ambil ringan apabila anak-anak jatuh dan melibatkan kepala ni oiii… Tak kiralah sama ada ibu bapa mahupun pihak pengasuh ataupun tadika ataupun sekolah…. Jangan sebab nampak seperti tidak ada apa-apa kita ambil ringan dan jangan sebab itu bukan anak kita, cuma anak asuhan mahupun pelajar di tadika ataupun sekolah kita, kita tak perlu nak ambil peduli sangat. Sick smile… Farah bukan ibu yang fussy … tapi perkara yang perlu diketahui tentang jatuh dan kepala terhantuk Farah kongsikan di dalam entri kali ini di Bubblynotes.Com. Tolong ambil berat dan tolong ada perasaan nak ambil tahu tentang perkara ini.

Bila bayi sudah mula belajar berjalan dan jatuh, mereka memang berisiko untuk kerap terjatuh. Bila sudah semakin membesar dan melasak, juga berisiko untuk kerap terjatuh. Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara biasa sepanjang tempoh tumbesaran seseorang anak tetapi jika dah terlalu kerap sangat terjatuh sehingga ada benjolan dan hentakan kuat di kepala? Apakah kesannya terhadap anak-anak kecil kita? Memang rata-rata siapa jer yang tak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi membimbangkan apabila kesan terjatuh meninggalkan benjolan dan mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.

Perkara pertama yang anda semua perlu faham terlebih dahulu adalah tentang kesan-kesan hentakan kepala supaya anda dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.

Kesan-Kesan Hentakan Kepala

1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.

2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.

3. Selain luka, ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit ataupun pendarahan di bawah kulit di mana darah terkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.

4. Benjol di kepala yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa 1-2 minggu.

5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-dua boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.

6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.

7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.

8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.

Simptom-Simptom Pendarahan Dalaman Otak Atau Kecederaan Kepada Otak

1. Pengsan selepas trauma.

2. Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.

3. Amnesia/hilang ingatan.

4. Keliru.

5. Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.

6. Sawan.

7. Muntah lebih dari sekali.

8. Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.

9. Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.

10. Mata hitam tidak sama saiz.

11. Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.

Kalau dah ada simptom-simptom yang disenaraikan di atas, tolonglah jangan berlengah lagi untuk membawa anak-anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak pulang ke rumah, kebiasaannya doktor akan memberi nasihat untuk memantau anak-anak sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam untuk tanda-tanda seperti di atas. Kalau tak ada tanda-tanda yang disenaraikan di atas, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi tulah…proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama. Berminggu bahkan ada yang berbulan. Bagaimanpun, mangsa tidak akan mengalami kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.

Rawatan Dengan Kadar Segera

1. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah  dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.

2. Benjolan berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. Cold Compress atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang. Hot Compress atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dan benjolan/bengkak akan surut dah hilang.

3. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).

Firash ada beberapa insiden dalam awal tahun 2017… Tapi bukan di rumah… Crying face Yang paling teruk adalah bila mana benjol di kepala dia adalah besar dan tidak diketahui oleh sesiapa pun bila dan di mana ketika dia jatuh di tadika. Benjolan itu mengakibatkan Firash kurang aktif dan asyik terbaring sahaja setelah diambil dari tadika dan membuatkan Farah bergegas dari pejabat ke rumah dan bawa Firash berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak apabila dia telah muntah sekali. Masa tu, Farah kena pantau selama 24 jam untuk pastikan dia tidak muntah lagi. Kalau dia muntah sekali lagi pada waktu itu, memang Farah kena bawa dia berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk imbasan. Kepala kan? Tentulah kau risau… Mak mana yang tak risau? Cuba cakap? Mak mana yang tidak risau. Tak tidur selama beberapa malam kau…. Risau tentang keadaan anak…. Dan hampir seminggu juga dia tidak dihantar ke tadika. Memang kami pantau rapat-rapat. Kau nak marah pun benda dah jadi…Tapi jujurnya memang Farah sangat risau.

Setakat ke hari ini, Alhamdulillah, tidak ada apa-apa kesan sampingan lain tetapi memang secara jujurnya kesan lekuk tu memang boleh nampak pada dahi Firash. Crying face. Doktor kata itu adalah kesan dari hentakan yang sangat kuat. Ada juga Farah buat follow up check-up untuk betul-betul pastikan tak ada apa-apa… Nampak-nampaknya sampai ke dewasa lah tu kesan berlekuk tu pada dahi Firash. Tu sebab nak pesan, tolonglah jangan ambil ringan dan jangan biarkan sangat budak-budak yang sedang melasak. Bukan nak suruh 24 jam perhati anak kita jer sampai kerja lain tak boleh buat… Bukan macam tu…Tapi bila dealing with kids…Memang kena extra alert…. Itulah kanak-kanak kan?




Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bukan Ibu Yang “Fussy”, Tapi Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Jatuh Dan Kepala Terhantuk!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 3, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Kesian Ash...Semoga Ash sentiasa dilindungi Oleh-Nya..Amin

    ReplyDelete
  2. Mmg risau kalau bercakap bab kepala terhentak ni. Lagi risau kalau lepas jatuh tu, muntah ke, keluar darah ke... hish... mintah dijauhkan lah hendaknya

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia