Bantuan Rawatan Anak-Anak RABUN WARNA Dan DISLEKSIA Di USJ Optometrist!

Farah Waheda Wahid
4
BANTUAN RAWATAN ANAK-ANAK RABUN WARNA DAN DISKLESIA DI USJ OPTOMETRIST!

Bayangkan kehidupan anak-anak yang suram kerana sukar membezakan warna terang dan juga gelap semenjak dari lahir? Bayangkan juga kehidupan anak-anak yang sentiasa berada di dalam kekeliruan, menulis secara terbalik serta sukar untuk membaca, sukar untuk mengeja dan tidak mampu untuk mentafsirkan simbol-simbol? Keadaan yang bukan diminta tetapi berlaku di atas kehendak Allah SWT. Mungkin ada di antara anda yang mempunyai anak-anak yang rabun warna dan disleksia. Mungkin anda tercari-cari bantuan rawatan bagi membantu anak-anak kecil anda yang rabun warna dan juga disleksia. Ada satu berita baik untuk anda yang ingin Farah sampaikan melalui entri Farah pada kali ini. Bantuan rawatan anak-anak rabun warna dan disleksia di USJ Optometrist! Farah harap sangat yang entri Farah pada kali dapatlah membantu ibu bapa di luar sana yang tercari-cari bantuan rawatan yang berbentuk begini. Habiskan pembacaan anda pada entri Farah kali ini… Moga-moga apa yang Farah kongsikan mengenai USJ Optometrist ini dapat memberikan sedikit sinar di dalam kehidupan anak-anak yang rabun warna dan juga mengalami disleksia. In Shaa Allah…

Rabun Warna

BANTUAN RAWATAN ANAK-ANAK RABUN WARNA DAN DISKLESIA DI USJ OPTOMETRIST! (2)

Ramai individu yang mempunyai tanggapan yang salah mengenai rabun warna. Secara majoriti, bila menyebut rabun warna, ramai individu beranggapan yang rabun warna adalah merupakan satu keadaan di mana kehidupan seseorang individu itu adalah tanpa warna dan hanya bertemankan hitam dan juga putih sahaja. Salah tu! Rabun warna adalah merupakan satu keadaan di mana seseorang individu mempunyai kesukaran untuk membezakan warna terang dan gelap. Individu yang rabun warna masih boleh mengenalpasti warna tetapi persepsi sahaja yang berbeza dengan individu yang mempunyai penglihatan yang normal. So please get the facts right ya? Winking smile. Jangan terus-terusan salah tanggap ok?

Rata-rata rabun warna dialami oleh kebanyakan individu adalah sejak lahir di mana masalah rabun warna telah ada pada anak-anak sejak dari lahir disebabkan oleh pembawaan genetik keturunan dan ada juga disebabkan oleh kesan daripada penyakit yang dihidapi seperti kencing manis. Keseriusan rabun warna pula bergantung… Tak semua orang yang rabun warna mempunyai masalah yang sama. Ada yang tidak dapat mengecam sebarang warna, ada yang tidak dapat mengecam warna merah dan hijau dan ada juga yang tidak dapat mengenali warna biru dan kuning.

Dislexia

BANTUAN RAWATAN ANAK-ANAK RABUN WARNA DAN DISKLESIA DI USJ OPTOMETRIST! (3)

Disleksia – yang mana di dalam bahasa mudahnya kita sebutkan sebagai ketidakupayaan untuk belajar tapi tak bodoh dan lembap ya? Disleksia ni kalau anda nak betul-betul fahamkan adalah merupakan keadaan di mana masalah ketidakmampuan otak untuk mentafsirkan simbol-simbol yang mengakibat kanak-kanak menghadapi masalah membaca, mengeja, sentiasa keliru dengan arahan dan lambat untuk memulakan sesuatu. Keadaan kanak-kanak disleksia, selalunya mereka menulis secara terbalik dan susah untuk mereka meniru simbol-simbol yang mudah. Sebab susah sangat nak membaca dan menulis, kebanyakan kanak-kanak disleksia jika tidak dibantu menjadi tidak berminat di dalam pelajaran, sebaliknya lebih berminat dengan perkara-perkara lain.

Jadi apakah yang dapat USJ Optometrist lakukan untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah rabun warna dan juga disleksia?

Macam ni kisahnya… Farah diberitahu oleh seorang rakan Farah yang mempunyai seorang anak yang mempunyai masalah rabun warna dan seorang lagi anaknya pula adalah merupakan seseorang yang menghadapi disleksia, beliau telah mendapatkan bantuan rawatan untuk kedua-dua orang anaknya yang mempunyai masalah yang berbeza itu di USJ Optometrist.

Mula-mula tu Farah agak terkejut juga, apa kena mengenai optometrist dengan masalah rabun warna dan juga dislexia yang dialami oleh anak-anak dia. Tapi bila dia terangkan satu persatu apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh USJ Optometrist, barulah Farah faham apa sebenarnya bentuk bantuan rawatan yang ditawarkan oleh USJ Optometrist untuk membantu anak-anak beliau yang masing-masing rabun warna dan juga disleksia. Rupanya-rupanya USJ Optometrist boleh membantu untuk meningkatkan visi warna dan juga masalah membaca melalui:

BANTUAN RAWATAN ANAK-ANAK RABUN WARNA DAN DISLEKSIA DI USJ OPTOMETRIST (4)

BANTUAN RAWATAN ANAK-ANAK RABUN WARNA DAN DISLEKSIA DI USJ OPTOMETRIST! (5)

Penyedian kanta-kanta mata untuk rabun warna dan juga disleksia, di mana, kanta-kanta mata khas ini adalah merupakan lensa therapeutic yang diluluskan oleh pihak FDA yang selamat 100% untuk digunakan dan 100% dijamin berkesan untuk membantu pesakit rabun warna dan disleksia. USJ Optometrist telah menyediakan perkhidmatan ini kepada pesakit rabun warna dan juga disleksia sejak dari tahun 2011 lagi. Cuma Farah jer yang baru tahu dari rakan Farah. Sebab baru tau, sebab tulah Farah cerita ni. Sama-sama kongsi sesuatu yang Farah baru dapat tahu kan? After all… Kalau tak bercerita di Bubblynotes.Com mana lagilah tempatnya Farah nak kongsi cerita supaya sesuatu yang berguna dapat disampaikan kepada ramai orang dengan sekali pemberitahuan sahaja. Kalau kongsi dengan mulut nanti, sekejap nak kena cerita kat orang ni, sekejap nak kena cerita kat orang tu… Berulang-ulang kali pula Farah nak kena cerita… Letihlah juga kan? In love.

Kata rakan Farah tu lagi… USJ Optometrist ni adalah merupakan satu kumpulan optometrist klinikal yang dikenali sangat oleh banyak klinik-klinik mata di institusi perubatan swasta dan juga kerajaan. Kira-kira memang dah famous dah USJ Optometrist ni di kalangan doktor-doktor dah. Doktor memang kebiasaannya akan merujuk pesakit mereka yang mempunyai masalah rabun warna dan juga disleksia ke USJ Optometrist untuk penyediaan kanta-kanta yang bersesuaian bagi membantu mereka dengan penyakit mereka. Samalah juga halnya dengan rakan Farah tu… dia diminta supaya membawa anak-anaknya ke USJ Optometrist untuk tujuan penyediaan kanta sebagai bantuan kepada anak-anaknya.

Seronok juga dapat ilmu baru dari kawan ni kan? Macam-macamlah yang dia ceritakan kepada Farah. Katanya untuk rabun warna terdapat kanta lekap lembut yang kekal dan juga kanta ophthalmic yang boleh dipakai sebagai cermin mata ataupun sekadar clip on – with or without prescription. Sebab seperti yang Farah terangkan di peringkat permulaan entri ini tadi… Kan ke setiap individu yang rabun warna ada jenis atau tahap rabun warna yang berbeza? Sebab tulah dan sebab tu jugalah, mata mereka perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum kanta yang bersesuaian dapat disediakan.

Bagi disleksia pula, kanta mata bagi pesakit disleksia kebiasaannya adalah di dalam bentuk kaca yang mana ianya juga boleh di dapati di dalam versi clip on. Satu sesi soal jawab yang terperinci dan pemeriksaan mata perlu dilakukan oleh pihak USJ Optometrist bagi memastikan pesakit didiagnos dengan tepat dan disesuaikan dengan wavelength specific lenses bagi membantu kanak-kanak untuk melihat dengan jelas dan dalam keadaan selesa.

Bagus kan? Itulah dia kemajuan teknologi… Jujur, memang sebelum ni Farah tak pernah nak tahu atau ambil tahu tentang perkara ni…Tapi bila borak-borak dengan rakan Farah tu, Farah dapat satu ilmu baru mengenai rawatan rabun warna dan juga disleksia.Which is good lah kan? At least I have something that I could share and might help some of you out there yang ada kaitan dengan anak-anak yang mempunyai masalah rabun warna mahupun disleksia. Betul tak?

Untuk sesiapa yang berminat nak mengetahui tentang bantuan rawatan rabun warna dan juga disleksia di USJ Optometrist, Farah sarankan agar anda menghubungi pihak USJ Optometrist untuk menetapkan temujanji anda bersama pihak USJ Optometrist.

usj optometrist

Lokasi USJ Optometrist:

USJ Optometrist
28, Jalan USJ 10/1E
Taipan, Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Waktu Operasi:

Isnin Sehingga Sabtu: 11.00 pagi sehingga 9.00 malam
Ahad Dan Cuti Umum: 11.00 pagi sehingga 7.00 malam


Selain dari kanta mata untuk rabun warna dan disleksia, pihak USJ Optometrist juga mempunyai kepakaran untuk kanta-kanta mata bagi keratoconus, prosthetic, ocular migraine, myopia control, multifocal toric, paediatric, aphakia, high myopic, semi rigid gas permeable (RGP) dan bandage contact lens.

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !