5 Cara Membina Hubungan Baik Dengan Anak

5 Cara Membina Hubungan Yang Baik Dengan Anak

Juggling with work,  responsibilities, keeping up with the pace and blogging on daily basis . Yes! That is so me!  Wakakaka...  Open-mouthed smile Macamlah kau sorang macam tu kan? Smile with tongue out  But seriously I am different from other moms and wives. Sebabnya,  hampir Kebanyakan perkara yang Farah uruskan secara sendirian berhad sewaktu ketiadaan suami di sisi. Walaubagaimanapun,  dari sudut yang positif sebenarnya it's kinda a good thing for me as well. I  am grateful enough and strong enough to ride the rollercoaster of life with the support from my other half. Sokongan dan difahami it's good enough for me. Cumanya juggling macam mana pun,  no matter how stressful your life could be pun... Farah akan cuba yang terbaik untuk membina hubungan yang baik bersama suami, anak dan ahli keluarga Farah. Wellthat matters a lot to me. Working mom sinonim dengan masa yang terhad bersama anak-anak, terutamanya sewaktu hari bekerja.  Tapi bagaimana caranya Farah membina hubungan yang baik dengan anak?  Nak kata pandai sangat tu tidaklah tapi ini adalah 5 cara membina hubungan yang baik dengan anak yang Farah amalkan.

Be Present Always

Memastikan yang setiap hari Farah melihat Firash dan Firash melihat Farah. Got what I mean?  Tak kisahlah walaupun jasad Farah ni sekadar tak sampai 10 minit pun depan mata Firash. Janji jangan sampai tak jumpa bertentang mata langsung dalam sehari. Kalau kerja luar kawasan tu lain ceritalah kan?  Yang terbaik sebenarnya adalah untuk terlibat sama dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kepelbagaian aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Ini menciptakan memori dan juga familiarity di antara Farah dan Firash. Jadi taklah sentap bila anak tu cenderung memilih nenek dia sahaja sebab nenek yang jaga masa Mommy sibuk kerja kan?

Biarkan Anak Mendengar

Layankan, dengarkan apa yang anak ingin perkatakan kepada kita dan pastikan anak mendengar maklumbalas  kita juga. Two way communications kaedahnya. Ini mewujudkan suasana selesa di antara Farah dan juga Firash di mana Ianya menyelesaikan perasaan tidak selamat yang dirasai oleh kedua-dua belah pihak. Elakkan bercerita cerita-cerita yang menakutkan anak dan berkongsilah cerita yang menyeronokkan yang disulami gelak ketawa.

Sentuhan Yang Banyak

Kojo sonang yo ni ha...  Bukannya ambil masa berjam-jam pun. Ingat entri 4 Ciuman Untuk Anak Setiap Hari?  Inilah dia...  Memeluk,  mencium, memandikan anak,  baring sama-sama ketika hendak masuk tidur dan sebagainya. 

Kuasa Bau

Hidu bau anak dan biarkan anak hidu bau kita. Ini mendidik anak untuk biasa dan kenal dengan bau kita. Serius!  Ada waktu-waktunya bila Farah terlalu banyak kerja serta urusan di luar rumah, bila Farah balik Firash dah pun tidur. Tapi bila saat Farah luruskan pinggang di sebelah Firash, dari membelakangi Farah dia boleh beralih kedudukan dalam tidur dan mula memeluk Farah. Sambil mata terpejam dia menyebut "Mommy! ". Dia kenal bau Mommy dan boleh tau Mommy sudah ada di sebelah dia sebab dia kenal dengan bau Mommy.

Makan Bersama-sama

Ketika menyuapkan anak makan, walaupun pada waktu dan ketika itu anak makan puree ke?  Ambil sesudu dan suapkan pada diri sendiri. Eating together is seen as a time for bonding and feeding the senses, which then allows the child to grow up to be secure.

Farah tak selalu ada di depan mata Firash untuk mengulit dia 24/7. Samalah ibu-ibu bekerja yang lain. Walaupun kami-kami ni ibu bekerja tetapi kami juga adalah ibu yang tidak mahu ketinggalan detik-detik istimewa anak semasa membesar. Sebab itu, Farah perlu ada cara untuk membina hubungan yang baik dengan Firash kerana tidak mahu terasa jauh dengan anak disebabkan tuntutan tanggungjawab lain. Farah percaya anda pun sama kan?  Concern ibu bekerja yang paling besar adalah bonding dengan anak-anak. Walaupun sibuk dengan rutin harian sesekali anak sebenarnya tidak pernah ibu-ibu tinggalkan begitu sahaja. Ibu akan mencari ruang untuk anak.

Bukan ibu jer, malahan bapa pun. Jika ibu dan anak hubungannya utuh disebabkan ibu yang melahirkan. Bapa pula ada kekuatannya yang tersendiri di dalam bonding mereka dengan anak-anak. Kasih sayang bapa dan anak tidak akan jauh dan terlerai kerana ke mana sahaja anak pergi,  mereka membawa nama bapa di belakang nama mereka. Yang tidak akan terpadam selamanya. Smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 5 Cara Membina Hubungan Baik Dengan Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 2, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia