Truth About Being A WORKING MOM!

Farah Waheda Wahid
0

TRUTH ABOUT BEING A WORKING MOM! (2)

3 tahun 8 bulan bergelar seorang ibu dan Mommy Blogger! Inilah pertama kali Farah menerima satu e-mel pertanyaan berkaitan kehidupan sebagai ibu yang bekerjaya atau bekerja. Pengirim yang dikenali sebagai Puan Juliana yang kini sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata pertama beliau bertanyakan kepada Farah tentang bagaimanakah sebenarnya kehidupan wanita sebagai seorang ibu yang bekerjaya ataupun bekerja? Smile. Bila baca jer e-mel pertanyaan Puan Juliana tersebut, secara automatik terus bercabang-cabang kotak pemikiran ni ha dengan pelbagai perkara mengenai kehidupan yang Farah lalui sebagai seorang ibu bekerjaya ataupun bekerja. Terfikir juga entahkan boleh disumbat kesemuanya di dalam satu entri ataupun terpaksa dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian entri. Smile with tongue out. Tapi demi menjawab dan tidak mahu menghampakan jawapan yang dinantikan oleh Puan Juliana, Farah cubalah sedaya upaya untuk menyumbat segala informasi serta pengalaman Farah sendiri ke atas isu the truth about being a working mom! di dalam satu entri sahaja. Farah cuba sedaya upaya untuk menjawab berdasarkan perjalanan sedari 3 tahun 8 bulan yang lepas sehingga pada masa kini.

WHAT IT'S REALLY LIKE TO BE A WORKING MOM (3)

WHAT IT'S REALLY LIKE TO BE A WORKING MOM (2)

Ha ha ha… Open-mouthed smile… Mommy Firash ni dah lah memang suka menaip entri panjang-panjang. Bila dapat peluang nak menaip macam-macam perkara tentang pengalaman sebagai ibu bekerjaya atau bekerja ni, diharapkan bertabahlah ya wahai Puan Juliana untuk membaca entri ini. Sebab you request pada I untuk jawab melalui blog bukannya e-mel. Makanya, memang panjanglah bebelan I kali ini. Semoga you diberikan kesabaran untuk menghabiskan pembacaan entri I pada kali ini. Tapi sebelum apa-apa, terima kasih kerana sudi menjadi pembaca Bubblynotes.Com yang tidak seberapa ini. I amat terharu dan menghargainya. Red heart.

Jap… nak mula dari mana ni ya? Hurmmm… Eye rolling smile… Ok, senang cerita macam nilah… hakikatnya, kehidupan seorang wanita sebagai seorang ibu yang bekerjaya sebenarnya bagi Farah adalah sememangnya sangat-sangat menduga dan mencabar! Full of challenges! Open-mouthed smile Ha ha ha…it takes a lot of planning and support to manage a household. Bila dah beranak kecil ni, kehidupan sememangnya totally berubah dari zaman-zaman sebelum beranak kecil. Makanya bersedialah untuk perubahan 360 darjah ini ya? Jika dulu sebelum menjadi seorang ibu, anda boleh menikmati secawan kopi sambil-sambil sibuk dengan gajet dengan tenang dan tidak terkejar-kejar sebelum melangkah ke pejabat, bila sudah menjadi seorang ibu, ini adalah salah satu perkara yang anda mungkin tidak akan berpeluang untuk melakukannya lagi. Jika dulu, mungkin anda di antara pekerja yang sentiasa konsisten waktu tiba ke pejabat. Apabila menjadi seorang ibu, anda tidak akan menjadi seorang yang konsisten sepanjang masa. Jika dulu, kerja lebih masa adalah bukan satu masalah yang besar buat anda. Apabila sudah beranak kecil, anda mungkin resah bila terpaksa duduk di pejabat lebih lama dari waktu sepatutnya. Macam cacing kepanasan! Fokus pun hilang! Sebab? Sebab teringatkan anak!

Untuk memudahkan lagi penerangan melalui pengalaman Farah… Meh-meh sini rapat-rapat… Farah cuba pecah-pecahkan di dalam beberapa sub-tajuk supaya boleh nampak dengan jelas kehidupan Farah ni sebagai seorang ibu yang bekerjaya ataupun bekerja. Satu-persatu… here we go babeh!

Kesan Kotoran Pada Pakaian Pejabat

Boleh jadi muntah anak, boleh jadi susu, boleh jadi bekas tangan anak yang bermentega kacang ataupun bekas tangan anak makan biskut Chipsmore… Sekurang-kurangnya sekali dalam perjalanan sebagai ibu bekerjaya perkara ini akan terjadi. Jadinya pula sewaktu anda sedang mengejar masa dan tak sempat nak salin pakaian lain. Apa ada kisah? Jalan jer! Hua hua hua… Waktu masuk pejabat tu yang lebih penting. Dalam keadaan sebegini, survival tips Farah adalah dengan menyediakan sepasang pakaian pejabat gantian di dalam bonet kereta. Sekurang-kurangnya bila tak sempat nak salin pakaian pejabat sebab mengejar masa, Farah mungkin boleh salin di pejabat. Iyalah, manalah tau kalau-kalau tiba-tiba secara adhoc pada hari kejadian, boss Farah ada guest di pejabat dia ke? Ataupun Farah perlu menghadiri mesyuarat ke? Bolehlah juga Farah salin pakaian bila sudah kotor ya tak? Bidang kerja Farah memerlukan pakaian Farah sentiasa kemas, presentable, bersih dan bergosok. Jadi Farah perlu ada survival tips. Winking smile.

Salam Boss… Pagi Ni, Saya Lewat Sedikit

Macam yang Farah dah nyatakan di perenggan terlebih dahulu, sebelum ada anak, anda mungkin boleh konsisten sampai ke pejabat sebelum bermulanya waktu pejabat. Itupun tak juga kan? Kadang-kadang bila tersekat di kesesakan lalu-lintas yang teruk, tambah lagi dengan kemalangan di jalan raya, memanglah sesekali kita ada terlewat ke pejabat. Sebelum ada anak, itu jer penyebab kelewatan kita ke pejabat. Akan tetapi, please bear in mind yang bila sudah beranak kecil, sesekali terlewat itu boleh berpunca daripada isu di rumah juga. Ada masa anak tiba-tiba demam di waktu pagi, kita perlu bawa anak ke klinik dulu sebelum menghantar ke pusat asuhan atau jagaan, ada masa elok jer dia nak masuk ke kelas sendiri dengan ditemani teacher… Tapi ada masa… Bila tiba nak manja atau datang mengada-ngada, mesti nak Mommy juga yang hantar sampai ke dalam kelas. Haaa… sikit lebih kurang macam tulah… Boleh jadi juga, jika anda menghantar anak ke rumah pengasuh…Pengasuh ada hal kecemasan hari sebelumnya dan hanya available selepas pukul 9.00 pagi ke? 10.00 pagi ke? Dah tentu-tentu anda tak ada pilihan lain selain masuk lewat ke pejabat. Nak cuti tak boleh sebab ada kerja penting yang perlu disiapkan… Makanya, rajin-rajinkan diri hantar mesej atau telefon ataupun What’s App pada ketua anda di pejabat supaya ketua anda tidak tercari-cari di manakah bayang anda yang tidak muncul-muncul. Jangan bagi ruang atau peluang keadaan ini berlaku di pejabat. Periuk nasi pun nak kena jaga juga ya tak? Betul kan?

Tidak Semua Yang Dirancang Akan Terjadi

It is best untuk praktikkan memberikan masa tambahan selama 45 minit kepada diri kita sendiri sewaktu hari-hari penting di pejabat (contoh mesyuarat pengurusan ke? lawatan tapak ke?). Sebabnya? Pagi kita sebagai ibu penuh dengan kebarangkalian dan ketidaktentuan yang mana, jika kita tidak bersedia dengan masa tambahan yang Farah nyatakan, boleh mengakibatkan kita huru-hura dan panik! Bahagian ni, Farah nak pesan supaya sentiasa ingat pada Murphy’s Law. Murphy’s Law is always in effect for working moms – best to leave time in your plan for unanticipated problems.

WHAT IT'S REALLY LIKE TO BE A WORKING MOM (4)

Orang Pertama Di Pejabat!

Farah pernah bekerja mengikut waktu pejabat fleksibel. Bila bercerita tentang waktu pejabat fleksibel ni, Farah tak nafikan Farah suka waktu pejabat yang sebegini. Pastinya semua ibu-ibu kalau boleh nak bekerja mengikut waktu pejabat fleksibel. Tapi… Dalam Malaysia ni…Tak banyak syarikat yang mengamalkan polisi waktu pejabat fleksibel. Apa yang berlaku sewaktu Farah bekerja pada waktu pejabat fleksibel adalah… Pukul 7.00 pagi kau dah tercongok di pejabat. Sebab semata-mata nak balik pukul 4.00 petang untuk elak kesesakan lalu-lintas dan mempunyai lebih masa bersama anak kecil kita. Terkadang tu, sebab kita ada anak yang bersekolah, kita nak kejar masa anak-anak balik sekolah di waktu petang sebab nak ambil anak-anak. Sebab tu, bila bekerja waktu pejabat fleksibel anda akan jadi orang yang pertama di pejabat!

Self-Care Perlu Diutamakan

Memang sangat-sangat mudah bagi ibu-ibu untuk berkorban diri sendiri di dalam menjaga rumah tangga dan membesarkan anak-anak. Makes sense, right? We’re moms. Tapi sebenarnya adalah tak adil kepada diri kita sendiri jika kita sibuk menjaga rumah tangga dan anak-anak tetapi tidak menjaga diri kita sendiri. Jika kita tidak sihat, jika kita jatuh sakit, siapa yang dapat menjalankan tugas-tugas kita? Makanya, dalam juggling sebenarnya kita kena tengok-tengokkan diri kita sendiri juga. Ecehhh…Cakappp… Tapi betullah, ini untuk kebaikan anda juga.

It’s Never A Convenient Time

Tak ada istilah convenient dalam diari kita sebagai seorang ibu ya. Tiba-tiba jer anda dapat panggilan dari pengasuh ataupun pihak sekolah, yang anak anda tidak sihat. Anda perlu bergegas keluar dari pejabat untuk mengambil anak-anak dengan serta-merta. Serta-merta adalah di antara pertengahan mesyuarat penting  ataupun bergegas balik.

Cuti Sakit, Cuti Tahunan, Cuti Kecemasan – Banyak Ke Anak!

Kisahnya Farah ni, seorang yang sangat kedekut cuti sakit, cuti tahunan juga cuti kecemasan jika tidak benar-benar memerlukan. Tetapi… Semenjak bergelar seorang ibu, walaupun masih konsisten kedekut cuti. Ada masa-masa, Farah terpaksa korbankan cuti demi anak. Cuti demi anak ni selalunya yang sangat sinonim bagi seorang ibu adalah apabila anak tidak sihat ataupun kes pengasuh tidak dapat menjaga anak pada waktu dan ketika itu. Jadi sila stand by segala cuti-cuti anda ya? Jangan seronok sangat nak habiskan cuti tu. Sebab kalau dah bercuti tak ingat dunia, nanti bila tiba masa, tak tentu pasal dah kena ambil cuti tanpa gaji pula. Rugilah… Dahlah sekarang ni nilai ringgit semakin menyusut kan? RM 100.00 pun dalam sehari dah boleh habis kalau tak betul-betul. Hu hu hu…. Jadi walaupun RM 50.00 yang dipotong sehari dari gaji bulanan kita, itu adalah sangat-sangat bermakna bagi kita.

Sentiasa Risau Atas Semua Sebab

Tak tau bagaimana orang lain, tetapi ini berlaku pada Farah. Tak tentu pasal kau risau pasal itu, pasal ini. Risau apa orang-orang di sekeliling kita di pejabat fikir bila kita terpaksa ambil cuti dengan kerap hanya semata-mata untuk menghadiri acara sukan sekolah anak, temujanji doktor dan juga aktiviti sekolah anak. Bila kita lewat, kita risau yang orang fikir kita ni tak pandai menguruskan masa dengan efektif. Kita risau yang anak kita masih lagi menangis di tadika bila ditinggalkan. Kita risau kalau kita tak boleh sampai di sekolah anak tepat pada waktunya. Kita risau yang ahli keluarga kita risau bila memikirkan diri kita ni tak cukup rehat. Kita risau yang kita ni tak living up to the standards we set for ourselves as career women and mothers. Risau tak tentu pasal kan? Nak tau tak? Semua ni membazir masa dan tenaga jer sebenarnya. But we can’t help it. Hu hu hu. Nasihat? Kita kena ambil semua perkara ni secara positif. Daripada memikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita, sila yakin dan percaya, komitmen yang kita berikan kepada keluarga itu adalah lebih bermakna dari segala-galanya.

Menetapkan Batas Bukanlah Satu Keinginan Tetapi Adalah Keutaman Bagi Ibu Bekerjaya Atau Bekerja

Tanpa menetapkan batasan bagaimana dan kepada siapa perlu kita laburkan tenaga kita, adalah sukar bagi kita untuk menciptakan suasana harmoni di antara rumah dan juga pejabat. Batasan adalah wajib bagi ibu bekerjaya atau bekerja.

Rasa Bersalah Ke Atas Batasan Yang Kita Tetapkan Sendiri

Ada masa kita akan bertanya kepada diri sendiri sama ada batasan yang kita tetapkan sebenarnya mengakibatkan kita tidak cemerlang di dalam kerjaya kita. Kita bertanya sama ada, itu adalah batasan yang terbaik yang telah kita tetapkan di dalam menyokong misi kita sebagai seorang ibu? Kita melakukan pengecualian kepada batasan yang kita tetapkan sendiri itu dengan kerap. Makanya, batasan yang kita tetapkan itu tidak lagi realisitik dan relevan bila mana kita sendiri tidak mengikuti peraturan yang telah kita tetapkan. Bila agak-agak rasa diri tu tersasar atau terbabas, duduk sekejap dan fikir tentang siapa dan apa yang lebih bermakna serta penting dan tetapkan semula batasan kita itu.

Mommy Guilt Is A Real Thing!

It far surpasses the guilt that we feel about work. Mommy guilt ni adalah satu perasaan yang rasa macam-macam dalam diri kita sebagai seorang ibu yang sebenarnya ada masa-masa boleh buatkan kita menangis sewaktu memandu untuk ke pejabat ataupun menangis bila kita terpaksa menghadiri off site meeting dan memikirkan yang kita tak dapat nak lihat anak-anak sebelum mereka masuk tidur. Mommy guilt ni boleh datang bila-bila masa jer yang dia nak ok? Tak kira siang ke? Tak kira malam ke? Suka dia nak datang, datanglah pada kita rasa tu. Bila kita lihat anak mata anak-anak ataupun bila kita tak dapat lakukan sesuatu untuk anak-anak disebabkan tuntutan kerja, haaa…masa tulah datang rasa bersalah tu bertubi-tubi. Semua orang yang bergelar ibu bekerja rasalah benda ni! Tipu kalau tak pernah rasa! Yang paling penting bila rasa macam ni… tanya pada diri sendiri adakah kita ok dengan keputusan yang kita lakukan? Rasa bersalah seorang ibu ni takkan hilang, cumanya nak overcome kita kena buat sesuatu dengan cara yang sedikit berbeza dari kebiasaan di dalam mengendalikan perasaan bersalah sebagai seorang ibu ni. Remember, it’s not the time that you spend with someone, it’s the energy you bring to the time that you have.

Kita Boleh Melakukannya!

Memang bukan mudah, dan adakalanya perjalanan tu tidak secantik yang kita harapkan, tetapi jika kita percaya kepada diri kita, kita tak akan berhenti dan tak boleh dihentikan. Always.

Weekends Won’t Feel Like Weekends

Bila dah jadi seorang ibu ni, hujung minggu ke? Tak hujung minggu ke? Tak ada beza oiii…Sama jer… Selagi bernafas, selagi tulah berkayuh… Hujung minggu bukan waktu untuk tidur seberapa lama kau nak tidur ataupun menghabiskan masa di gimnasium ke apa. You’re trying your best to be a cheerful, involve mom spenting quality time dengan anak-anak yang mana bila hari bekerja, waktu bersama anak sangat-sangat terhad. Walaupun kau completely exhausted tetapi kau tetap nak luangkan masa untuk anak-anak. Plus kau kena mendobi, beli barang dapur, masak, mengemas segala bagai.

Cemburu Kepada Pengasuh Atau Penjaga Anak

Disebabkan rutin harian kita sebagai ibu bekerjaya atau bekerja yang sibuk dan juga masa yang terhad, ada di antara anak-anak akan menjadi lebih rapat dengan pengasuh atau penjaga berbanding ibu bapa sendiri. Ada di kalangan mak-mak yang akan rasa cemburu kepada pengasuh atau penjaga anak bila mana anak-anak lebih rapat dan kelihatan lebih mudah mendengar kata atau menyayangi penjaga atau pengasuh. Ada terjadi perkara sebegini….

Terkadang Anda Rasa Anda Tidak Dapat Melakukan Yang Terbaik Untuk Anak

Rasa macam ni terjadi bila anda rasa anda tak dapat nak sediakan makanan yang tersedap pada hari bekerja, tak dapat nak luangkan masa lebih lama untuk duduk di sisi anak ketika mereka mengulangkaji pelajaran, tak dapat nak tumpukan pada anak sangat sewaktu hari bekerja bila kadang-kadang kau terpaksa bekerja dari rumah dan biarkan anak bermain sendiri. Huwaaaa… Sedih tau tak? Rasa macam loser pun ada kadang-kadang…Tapi komitmen kerja demi rezeki sesuap nasi, kau nak cakap apa? Tak kerja macam mana nak teruskan kelangsungan hidup yang semakin mencabar sekarang ni kan? Crying face

Melangkah Masuk Ke Pintu Rumah Adalah Perasaan Terbaik Seorang Ibu Bekerja

So here comes the best part. Keluar pejabat, ambil anak dan balik rumah. Ataupun keluar pejabat dan balik rumah. Anak-anak berlari-lari teruja ke pintu rumah untuk sambut mak balik. Get ready for some hugs so big you’ll sometimes get knocked over. Your heart will melt at the excited young kids, the uncontrollable hand waves and the leg hugs. Rasa macam semuanya ok waktu ni. You made it through another day. Anda ada kerjaya, ada anak yang doesn’t seem fazed by your absence and you couldn’t be more grateful for this and in love with him over and over again. You gonna make it after all!

Tu diaaa…panjang lebar kakak sharing. Tapi betullah kan? Memang ada rasa macam ni kan bila kita adalah seorang ibu yang bekerjaya ataupun bekerja. Winking smile. Diharapkan Farah dapat menjawab persoalan Puan Juliana… Dan diharapkan Puan Juliana berpuas-hati dengan perkongsian Farah. Jika ada kekurangan di sana sini tu… Harap dimaafkan lah ya? Farah pun masih di dalam proses pembelajaran juga…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !